bab 20

2.2K 42 0
                                    

Rizal memerhati Armand yang sedang mara ke arahnya.Ya dia perlu bertemu empat mata dengan Armand.Tidak sanggup lagi menahan segalanya.Hubungannya dengan Aisya yang samar-samar perlukan titik noktah.Dia rela sekiranya Armand mahu Aisya kembali,dia tahu,Armand lebih berhak.

"Lama tunggu?"Sapa Armand.
"Tak lama sangatlah.."Ujarnya kembali berbasa-basi.
"So...may you tell me,kenapa awak nak jumpa saya?"Armand terus terang bertanya.Rizal tersenyum.
"Do you love Aisya?"Tersentak Armand dengan pertanyaan itu.
"Awak cintakan dia?"Soal Armand kembali.Rizal mengukir senyuman lagi,kali ini lebih ikhlas.
Armand bertanyaka perasaanya pada Aisya,tipulah kalau dia tidak mencintai Aisya.
"Saya tanya awak,tentang perasaan awak.Bukan saya."
Armand diam seketika.Mencari kata-kata yang sesuai untuk dikatakan pada Rizal.
"Rizal...sesungguhnya cinta saya pada Aisya tak mampu saya ungkap.Tapi saya sedar...saya tak mungkin miliknya kembali.Dia jauh dari gapaian saya.Mungkin inilah karma yang harus saya lalui setelah apa yang telah saya lakukan 4 tahun lalu padanya."Telus Armand bersuara.
Rizal menatap anak mata Aramnd terpancar keikhlasan pada kata-katanya.
"Kenapa awak tak cari Aisya dulu?"
Armand diam lagi.Rizal seolah menjerat hatinya.
"Saya akui,mengenali Aisya Humairah mendekatkan saya pada erti cinta.Saya tahu Aisya sedia maklum akan perasaan saya terhadapnya.Tapi.."Rizal menyisip jus oren dihadapannya.Membiarkan Armand mencerna kata-katanya tadi.
"Cinta dia untuk awak masih ada.Terus terang saya katakan,saya pernah offer untuk bantu dia menamatkan kisah rumah tangga awak berdua.Tapi,setiap kali saya bersuara,setiap kali itulah..Aisya akan berdalih.Dia masih anggap awak suami dia Armand.Awak perlu berusaha sikit saja untuk dapatlan dia kembali dalam hidup awak."
Armand mengeluh lagi.Mengapa semua orang mahukannya kembali dalam hidup Aisya.Tidak ada cara lainkah untuk dia menyembuhkan luka dihati wanita itu.
"Awak pun boleh kalau awak berusaha untuk itu."Armand bersuara akhirnya.
"Armand...Armand...kenapa awak tak..."
"Rizal,kalau awak nak Aisya...tak apa...saya akan lepaskan dia untuk awak.Saya tak fahamlah kenapa semua orang nak saya kembali ke sisi Aisya?Tak ada cara lainkah untuk saya ubatkan kembali luka dihati dia?Aisya sendiri yang mahukan saya ceraikan dia."Pintas Armand lalu bingkas banugn meninggalkan Rizal yang terkebil-kebil.
'Aisya Humairah....'Desis hati Rizal.

Aisya mencium tangan Tan Sri Yunus penuh kasih.Wajah tua itu ditatapnya penuh kasihan.Terlantar di atas katil begini.Air matanya mengalir lagi.Keriukkan pintu dibuka dari luar,mematikan tingkahnya.Wajah Armand yang sugul memaku pandangannya.
'Kenapa dia kelihatan begitu tertekan?'Desis hati Aisya.Dia bangun memberi ruang untuk Armand.
"Aisya....boleh tunggu kat luar kejap?"Pinta Armand.
Aisya mengangguk.Dia faham mungkin Armand perlukan ruang untuk bersendirian dengan Tan Sri Yunus.
Armand mengenggam jemari Tan Sri Yunus lembut.Matanya meliar memandang wajah tua itu.Hatinya di pagut hiba.
"Atuk...kenapa semuaorang tak faham perasaan Mand.Bukan Mand kejam untuk buang Aisya dari hidup Mand.Mand tak kuat untuk terus bersama Aisya atuk.She's to valueless to me.Mand takut atuk..Mand takut untuk hadapi sekali lagi hidup dengan dia.Mand takut Mand akan sakitkah hati dia lebih dari apa yang Mand lakukah dulu.Mand tak sanggup atuk.Mand tak sanggup.Dah banyak Mand lukakan hati Aisya....Tapi Mand juga takut untuk berpisah dengan Aisya.Tak cukup lagi ke tempoh 4 tahun ni untuk hukum Mand atuk...Mand tak kuat...."Bersama sedu sedan Armand meluahkan rahsia hatinya.
Tan Sri Yunus yang telah sedar tatkala Armand menggenggam jemarinya turut mengelirkan air matanya.Hiba rasa hatinya.
"Mand...."sayup suara Tan Sri Yunus.Mematikan tangisan Armand.
"Atukk..."
"Sabar cu,atuk faham...."
"Atuk...bukan tidak terlintas dihati Armand untuk miliki Aisya kembali.Tapi..boleh dia terima Armand yang dah tak sempurna ni?Boleh ke atuk?Armand si tempang?Si kaki palsu!Boleh ke atuk?"Lirih suara Armand.
Tan Sri Yunus makin esak tangisannya.
"Aisya berhak untuk dapat orang lain yang lebih sempurna,yang lebih berdaya.Sedangkan..Mand.. Mand tak mampu.Hidup bergantungkan kaki palsu.Kaki palsu atuk.."Sayu suara Armand.
Ya,kemalangan 4tahun lalu meragut kaki kirinya.Dia gagah menjalani hidupnya bersama sejuta rasa syukur nyawanya tidak turut melayang.Mujur jua langkahnya tidak kekok berbekalkan kaki palsu itu.
Aisya yang bersembunyi dibalik pintu terduduk,automatik air matanya mengalir laju.Begitu banyak yang tersimpan disebalik ketenangan seorang lelaki bernama Aramnd Jericho.Sedangkan bibirnya tidak henti meragui lelaki itu.Tidak menunggu lama Aisya masuk ke dalam bilik yang menempatkan Tan Sri Yunus itu.
Matanya yang berair tidak dihiraukan.Wajah Armand dan Tan Sri Yunus yang tergamam dengan kehadiran Aisya yang tiba-tiba itu.
"Armand..."Aisya meraih tangan Armand,diturunkan lututnya melutut dihadapan Armand.Serta-merta kasihnya tertumpah melihat wajah ikhlas Armand.
Aramnd tersentak dengan perlakuan Aisya.Selepas 4 tahun,ini kali pertama Aisya menyentuh tangannya.
Aisya tunduk mencium jemari Armand,air mata bercucuran membasahi pipi licin Aisya.Tersengguk-sengguk dia menangis.
"Armand,maafkan saya kerana terlalu ego...saya pentingkan diri sendiri.Saya isteri yang nusyuz.."Wajahnya disembamkan keriba Armand.Armand terkejut.
"Aisya...awak.."
Aisya mengangkat wajah seraya menahan Armand dari bersuara dengan tangannya.
"Armand,mahu tak awak terima saya kembali jadi isteri awak?"Soal Aisya.Armand terpempan.
"Saya..saaa.."Suara Armand tersekat disitu.
"Armand,saya tak kisah apa pun yang terjadi pada awak.Saya Cuma mahukan awak kembali dalam hidup saya.Omar,anak kita,dia perlukan awak dan saya untuk menyempurnakan hidup dia.."Lembut suara Aisya.
Armand terkedu.Adakah Aisya mendengar setiap butir kata-katanya tadi?Pantas dia menolak tubuh Aisya,jatuh terduduk dibuatnya.
"Aisya...saya tak perlukan simpati awak Aisya.Awak ada Rizal.Dia lebih layak untuk awak.Saya ni tempang,cacat!Cacat Aisya."Ujar Armand seraya menyelak kaki seluar yang dipakainya.
Terpampang kaki plastik yang bersambung dengan lutut Armand.
Tangisan Aisya terhenti serta-merta.Tumpah simpatinya,bergunung penyesalannya.
"Ini..awak tengok ni.Ada ke perempuan yang nak lelaki macam saya?Cakap Aisya!Kalau awak kembali kepada saya semata-mata kerana simpati,baiklah kita perpisah Aisya.Tak guna kalau awak pura-pura. "Luah Armand.
Tan Sri Yunus yang diam tidak berkutik mengalirkan air mata.Tidak sanggup melihat kepedihan Armand,cukuplah 4 tahun ini dia terseksa dek perbuatannya sendiri.
"Armand,percayalah...tidak pernah sedetik pun saya berhenti dari mengingati awak selama 4 tahun ini.Sekalipun dulu awak tidak pernah menerima saya sebagai isteri kepada awak...saya tetap sayangkan awak."Aisya merayu lagi.
"Stop it Aisya!Rayuan awak buat saya makin terseksa.It's hurt me.Awak buat saya rasa makin tidak berguna!"

Aisya dengan tidak semena-mena memeluk kaki kanan Armand.Tangisannya berlagu lagi.
"Please Armand...saya.."
Tidak menunggu lama Armand mengatur langkah keluar dari kamar yang dirasakan semakin sempit itu.Tidak sanggup dia melihat air mata Aisya.Itu akan melembutkan hatinya.Membuatkan dia berat untuk melepaska Aisya,yang pastinya..Rizal lebih layak buat Aisya.

"Cinta Di Hati Aisya"Where stories live. Discover now