BAIK

425 54 5
                                    

Hitomi termenung ke langit biru, tersandar di batang pokok yang rendang.

Hitomi cuma mahu bersendirian. Disebabkan duitnya telah dirampas Yun, dia tidak mampu membeli makanan di kantin.

Hanya mampu menghabiskan masa rehatnya di taman.

Dan.. Hitomi terdengar perbualan rakan sekelas yang tidak jauh darinya. Cukup buat hatinya lebih terluka.

"Hitomi tu memang menyeramkan. Betul apa yang Yun cakap pasal Hitomi tak suka kita semua."

"Kan.. siapa sangka yang dia tulis macam-macam benda buruk pasal kita dalam buku teks dia. Aku terkejut bila tengok gambar yang Yun tunjukkan. Gambar buku Hitomi pinjamkan kat Yun tempoh hari tu."

"Ah.. yang tulis dia nak bunuh kita semua tu? Perghhh... memang aku dah boleh rasa ada sesuatu yang tak kena dengan Hitomi waktu dia masuk kelas kita dulu."

"Tak silap aku, Yun pun ada mengadu yang duit dia hilang lepas dia cuba berborak dengan Hitomi."

"Ahh.. siapa lagi kalau bukan Hitomi yang curi."

Griiiggggggg....

Hitomi merenung langit. Dari jauh, Dia boleh nampak awan mendung yang mula mendekati arahnya.

Dia tidak pernah mencuri duit Yun, apatah lagi untuk menconteng buku teksnya dan mengutuk rakan kelasnya.

Kenapa Yun tipu?

Nampaknya, petang ini akan hujan lebat. Hitomi bangun, bukan kembali ke kelas, tetapi balik ke rumahnya.

Esok.. Hitomi cuma boleh mengaharap bahawa esok, segalanya akan berubah.

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Yun membuka matanya perlahan-lahan. Badannya terasa sangat berat, seperti seluruh badannya telah kehilangan tenaga.

Pandangan yang kabur tadi mulai terang. Yun dapat rasakan hujan renyai yang menitik di atas badannya.

Baru dia perasan dia terbaring di tepi sungai. Tapi dia tidak boleh ingat bagai mana dia boleh berada di situ.

Memori terakhirnya adalah dia berjalan pulang ke rumah seorang diri.

Kemudian.. ya.. kemudian ada seseorang menekupnya dari belakang dengan sesuatu dan.. semuanya gelap gelita.

Merasakan dirinya dalam bahaya, Yun berusaha mengerakkan badannya untuk berdiri, tetapi gagal.

"Yun.. dah bangun?"

Suara lembut menyedarkan Yun yang ada seseorang sedang memerhatikannya dari tadi.

Dan dia terkejut melihat orang yang memunculkan diri di depannya dengan satu senyuman kecil.

"Hi..tomi?" Agak sukar untuk Dia bersuara.

Dia keliru dengan perkara yang sedang berlaku. Dia keliru melihat senyuman Hitomi.

Tak.. di depannya bukan Hitomi yang dia kenal.

Hitomi mula tunduk dan mengusap rambut Yun perlahan. Perlahan. Seperti mengusap rambut orang yang dicintainya.

"Yun... tak boleh bergerak ke? Jangan risau. Hitomi cuma guna sedikit kloroform dan suntikkan Ubat tidur pada Yun." air mata Hitomi menitik bersama dengan senyumannya yang manis.

"Hitomi? Kau ke yang bawak aku ke sini?? Lepaskan aku!!!"

Hitomi tidak menjawab dan memandang ke arah sungai yang deras akibat hujan lebat tadi.

"Hitomi cuma sedih.. sedih bahawa Yun yang baik hati kena pergi tinggalkan Hitomi. Kenapa agaknya ya? Kenapa semuanya jadi macam ni?"

Air mata Hitomi mengalir tanpa henti. Namun senyumannya masih belum mati.

Kemudian, diangkatnya Yun yang telah lemah dan dibawanya mendekati sungai yang deras.

Yun cuma melepaskan diri, tetapi gagal. Dia tahu apa yang difikirkan Hitomi. Dengan tenaga yang ada, Dia menjerit sekuat hati untuk dilepaskan.

"Tak ada orang kat sini, Yun. Tak perlu menjerit."

Yun terdiam dan memandang Hitomi ketakutan. Air mata Hitomi yang dari tadi mengalir menitik ke atas muka Yun.

Tik..Tik..Tik..

".. maaf.. maafkan aku.. maafkan akuuuu... maaf.. Hitomi maafkan aku.. tolong jangan buat macam ni.. maaaafff.. Lepaskan aku, Hitomi."

Diam... langkah Hitomi terhenti.

".. Yun. Hitomi budak baik kan? sebab tu lah Yun nak berkawan dengan Hitomi, kan?"

Yun menganguk anguk. Takut untuk menaikkan marah Hitomi yang sedang menakutkannya sekarang.

"Yaa ya.. Hitomi baik.. Hitomi baik.. sebab tu lah.. lepaskan Yun.. lepaskan aku.."

Senyuman Hitomi akhirnya mati. Air matanya juga berhenti mangalir.

"Penipu." Sepatah kata terakhir Hitomi sebelum mencampakkan Yun ke dalam sungai.

Hitomi hanya melihat Yun yang semakin lama semakin tenggelam dan akhirnya lemas.

"Tak baik menipu, Yun. Sebab Hitomi tau, Hitomi budak jahat. Sebab tu lah semua orang bencikan Hitomi."

Bisik Hitomi sebelum berlalu pergi dari situ.

Hitomi Budak Baik, Kan? [Complete]Where stories live. Discover now