Natasya mengeluh buat kesekian kalinya. Entah ke mana perginya mp3 miliknya tadi. Rasanya sebelum dia turun dari perut kapal terbang tadi, dia telah memasukkan mp3 tersebut ke dalam beg tangannya. Takkanlah hilang pulak.
"Ehem.."
Natasya menoleh kesisi. Kelihatan Iskandar sedang berdiri disisinya.
"Awak cari ni ke?.."Soal Iskandar sambil menunjukkan Mp3 yang berada ditangannya.
"Ehh!.. Haah.. Mana you jumpa?.."Soal Natasya seraya mengambil mp3 tersebut dari tangan Iskandar menyebabkan tangan mereka bersentuhan. Serta merta Iskandar menarik tangannya membuatkan mp3 Natasya jatuh ke lantai.
"Oh my gosh!!.."Natasya terjerit kecil melihat mp3 kesayangannya sudah pecah berderai ke lantai. Iskandar juga terkejut dengan kejadian itu. Tidak dia sangka barang kepunyaan Natasya itu akan terjatuh ke lantai. Disangkanya Natasya sudah memegangnya tadi.
"Apa masalah you ni?!.."Natasya sudah meninggikan suaranya sejurus mengutip mp3 miliknya tadi.
"Maaf.. Saya tak sengaja tadi.. Saya ada wudhu.."Balas Iskandar serba salah.
"Ada wudhu, jadi you lepaskan mp3 I sampai bersepai ke lantai?.."Soal Natasya kegeraman.
"Saya akan ganti yang baru.."
"Ganti?! Senanglah you cakap!.. Tak kiralah you ganti dengan mp3 diperbuat dari emas sekalipun, takkan sama dengan yang ini, tahu tak?!.."Bentak Natasya sebelum beredar dengan airmata yang bergenang. Selama ini dia menjaga mp3 tersebut dengan penuh hati-hati. Tak sangka pula sekelip mata dia kehilangan barang kesayangannya yang dihadiahkan oleh seseorang. Ya. Seseorang yang sangat istimewa namun telah 'pergi' meninggalkannya.
Semakin dia merenung mp3 tersebut, semakin hatinya terasa sebak. Selama ini, mp3 itu hanya dipenuhi dengan lagu nyanyian 'si dia' yang telah pergi. Tetapi kini?. Semuanya hilang sekelip mata. Bahkan kad memori mp3 tersebut juga tidak dijumpai ketika dia mengutip mp3 nya yang telah berkecai tadi. Air mata Natasya mulai mengalir laju. Dari tangisan mulai berubah kepada esakkan sehingga akhirnya dia terduduk disebuah bangku bersama esakkan yang mula kedengaran.
Pandangan orang sekeliling sudah tidak diendahnya lagi. Biarlah apa pun yang ingin dikatakan mereka, dia tidak ambil peduli. Bukannya umpatan itu dapat mengembalikan semula apa yang telah 'hilang'.
"Cik Natasya.."Ketika itu Natasya mengangkat pandangannya. Namun tak lama kemudian dia menjeling tajam sambil mengesat air matanya kasar.
"You nak apa lagi?!.."
"Nah.."Sehelai tisu dihulurkan oleh Iskandar sebelum dia mengambil tempat disisi Natasya."Tak payah nak tunjuk caring sangat!.."Rengus Natasya namun Iskandar masih juga menghulurkan tisu tadi bagai tidak terkesan dengan kata-kata Natasya itu. Tak lama kemudian, gadis itu merampas kasar tisu tersebut sebelum mengesat air matanya.
"Maafkan saya.."
"Mudahlah you minta maaf.. You tak tahu betapa berharganya mp3 tu walaupun dah lama.."
"Saya tahu.. Mp3 tu bermakna untuk awak.. Tapi sumpah.. Saya tak berniat pun nak jatuhkan tadi.. Saya cuma nak elak tersentuh tangan awak.. Saya ada wudhu dan kebetulan dah nak masuk waktu Asar tadi.."ujar Iskandar serba salah. Natasya menghela nafas panjang. Dia juga jadi kesian dengan Iskandar. Bukan salah lelaki itu. Selama ini dia juga tahu bahawa lelaki dan wanita tak boleh bersentuhan. Cuma mungkin terlalu lama tinggal di New York membuatkan dia lupa apa yang pernah dipelajarinya dulu.
"Maafkan I juga.."Gumamnya sekaligus membuatkan Iskandar memandang wajah Natasya. Namun apabila gadis itu mengangkat pandangan, serta merta Iskandar menunduk untuk menjaga pandangan matanya. Merah pipi Iskandar yang berkulit cerah itu apabila ditenung lama oleh Natasya.
"You ni macam perempuan la.."Komen Natasya selamba membuatkan dahi Iskandar berkerut.
"Macam perempuan?"
"Ha'ah.. I pandang sikit pun nak blushing.. Kenapa?.."Iskandar tertawa kecil namun pandangannya masih terarah ke tempat lain."Awak je salah perasan tu.. Saya biasa je.."
"Really?.."Soal Natasya seraya kembali merenung wajah Iskandar. Kali ini lebih dekat sehingga Iskandar dapat menghidu bau wangian Natasya. Berderau darahnya dengan keadaan itu namun serta merta Iskandar beristighfar dan bangun dari duduknya.
"Saya kena pergi.. Dah masuk waktu Asar ni.. Maafkan saya sebab pecahkan mp3 awak tadi.."
"Ehh.. Nanti dulu.."Belum sempat Iskandar melangkah pergi, Natasya sudah memanggilnya.
"Ada apa?"
"You dah pecahkan mp3 I.. Takkanlah nak tinggalkan macam tu saja.. Mana gantinya?.."Soal Natasya sambil tersenyum. Alah, bukanlah dia mengharapkan sangat pun mp3 baru dari Iskandar. Saja dia ingin mengusik ustaz itu. Suka pula dia melihat cara Iskandar yang malu-malu itu. Baginya lelaki seperti itu adalah golongan lelaki terancam. Ya lah. Zaman sekarang kebanyakkan lelaki, mana ada menjaga pandangan matanya lagi. Tapi Iskandar berbeza. Nak pandang wajahnya pun takut-takut. Macamlah dia nak makan orang.
"Sekejap.."Ketika itu Iskandar mengeluarkan sehelai pen dan kertas lalu menulis sesuatu sebelum menghulurkan kepada Natasya.
"Disitu ada nombor telefon dan maklumat saya.. Awak call sajalah nanti.. Saya akan bayar ganti rugi.."Natasya mengangguk sambil tersenyum.
Khaleef Iskandar
019-xxxxxxxx
"Err... Saya kena pergi dulu.. Dah masuk waktu Asar ni.. Assalamualaikum.."Ujar lelaki itu sebelum beredar sambil menarik bagasinya. Natasya tersentak dari lamunannya. Belum sempat dia menjawab, lelaki itu sudah beredar. Tiba-tiba Natasya tersenyum sendirian sambil menggeleng. Pelik sajalah orang-orang dekat sini.
![](https://img.wattpad.com/cover/89159499-288-k667516.jpg)
YOU ARE READING
Devil's Angel (DOML Book 4)
RomanceSalahnya di mana.. Jatuhnya ke mana.. Malang ku ditimpa tangga.. Sayang ku tak apa.. Biar buta mata, janji jasad kambus bersama.. Entah bertemu tah tidak.. Makin hiba hati yang terdesak..