Natasya tersenyum sendirian sejurus teksi diberhentikan dihadapan sebuah rumah kampung. Dari kejauhan dia melihat seorang wanita separuh abad sedang menyiram pokok bunga. Perlahan-lahan dia mendekat sebelum...
"Ohh mak kau pokok terbalik.. Kau pokok.. Ehh.. Aku terbalik.." Natasya tertawa kuat mendengar wanita itu melatah.
"Subhanallah! Bertuah punya budak!"Mak Jah separuh menjerit sebelum memeluk erat tubuh Natasya.
"Kenapa balik tak beritahu Mak Jah? Isy!.. Tasya ni memang nak kena tau.."Sambil memeluk erat tubuh Natasya, Mak Jah memukulnya lembut.
"Laa.. Mak Jah tak nak Tasya balik ke?.."Soal Natasya sejurus pelukan dirungkaikan. Tersenyum dia melihat Mak Jah yang sedang mengesat air mata yang bergenang ditubir mata.
"Mestilah Mak Jah nak Tasya balik Malaysia.. Dah lama sangat Tasya tinggal kat negara orang putih tu.. Tasya tak rindu Mak Jah ke?.."Natasya tersenyum nipis.
"Rindu lah, Mak Jah.. Sebab itulah Tasya balik sini.."
"Mama Tasya tahu ke Tasya balik sini?.."Mendengarkan pertanyaan Mak Jah, senyuman Natasya mulai hilang.
"Dia kesah ke pasal Tasya lagi? Tasya kan bukan anak dia. Mak Jah lupa ke?"
"Tasya.. Jangan cakap macam tu.. Kalau arwah Syafiq ada, mesti dia nak Tasya balik jumpa mama Tasya.."Natasya tersenyum kelat mendengar nama itu. Sudah bertahun dia cuba untuk tidak mengingat kembali peristiwa lalu."Sebab mama lah, Tasya tak dapat jumpa abang Syafiq.."Gumam Natasya dalam nada berat.
"Tasya.. Tak baik cakap macam tu.. Mak Jah ni mak Syafiq.. Mak Jah sebagai ibu ni lagi sedih dengan kehilangan anak Mak Jah.. Tapi kan itu semua takdir.. Kita kena redha.."Nasihat Mak Jah sambil mengusap bahu Natasya. Gadis itu tersenyum kelat.
"Entahlah, Mak Jah.. Tasya masih belum boleh lupakan apa yang mama buat dulu pada Tasya dan Syafiq.."Mak Jah menghela nafas berat.
"Ingat pesan Mak Jah ni, nak.. Jodoh, ajal maut.. Semua tu terletak pada takdir Allah.. Kita tak boleh nak melawan ketentuan Ilahi.. Mungkin kalau Syafiq masih hidup, Tasya tetap tak akan bersama dia.. Sebab jodoh Tasya dengan orang lain.."
"Tapi kalau tak sebab mama halang keputusan kami nak bertunang. Mesti Syafiq takkan kecewa malam tu. Mesti Syafiq takkan kemalangan sampai tinggalkan Tasya macam sekarang.. Semua ni salah mama! Tasya takkan maafkan mama sampai bila-bila.."Air mata Natasya mula mengalir perlahan sebelum Mak Jah menarik tubuh Natasya kedalam dakapannya.
"Tasya.. Jangan macam ni.. Kalau Tasya sedih.. Mak Jah lagi sedih, nak... Kita semua sayangkan Syafiq tapi Allah lebih sayangkan dia.. Kita tak boleh terus menangis macam ni.. Kesian Syafiq disana nanti.. Tak tenang dia kalau Tasya terus menangisi pemergian dia."Natasya tersenyum kelat sebelum mengesat air matanya.
"Mak Jah masak apa hari ni?"Soalannya sekaligus membuatkan wanita separuh abad itu tertawa kembali.
"Haih.. Tengah menangis pun masih sempat fikir makan?.."
"Ye la.. Tasya lapar ni.. Bila menangis, bertambah lapar pula jadinya.."
"Hmm.. Tahu sangat.. Tasya kalau nampak Mak Jah, memang ingat makan.."Balas wanita itu membuatkan Natasya tersengih comel.
"Mak Jah dan makanan tak dapat dipisahkan.."Ujar Natasya selamba membuatkan Mak Jah menampar pehanya.
"Hisy!.. Jomlah kita masuk dalam.. Nasib baik tadi Mak Jah tergerak hati nak masak lauk kegemaran Tasya tau.."
"Ya?!.. Mak Jah masak apa?!.."
"Tengoklah kat dalam nanti.. Jom masuk?.. Dah senja ni.. Tak elok anak dara duduk luar.."
"Anak dara?.."
"Yalah.. Anak dara.."Balas Mak Jah selamba. Ketika itu Natasya berpura-pura terlopong.
"Mak Jah masih anak dara? OMG! Anak dara meletop ni. Fattah Amin kalau tahu Mak Jah anak dara, confirm dia masuk meminang hari ni jugak untuk jadi isteri kedua dia tau."
"Isy! Kamu ni. Merepek tak sudah! Tahu pulak kamu pasal Fattah Amin tu ya?"
"Ehh.. Apa pulak tak tahu, Mak Jah. Fattah Amin tu jiran Tasya je kat New York. Tasya setiap hari hai-hai, bye-bye dengan dia kat beranda."
"Ya? Bila masa Fattah Amin pindah New York. Mak Jah tak tahu pun." Ketika itu Natasya tertawa kuat. Puas hatinya dapat mengenakan Mak Jah."Kenapa ketawa?.."
"Mak Jah ni comel tau. Dari dulu senang sangat Tasya nak kelentong.."
"Cis!.. Bertuah punya budak.."
"Tasya kenal Fattah Amin tu dalam tv je la Mak Jah oii. Housemate Tasya dulu walaupun dia dah tinggal kat New York. Tapi masih layan juga cerita Melayu. Maklumlah.. Pakwe dia kan orang Melayu.."
"Ohh.. Pakwe Tasya?.."
"Pakwe Tasya pun Melayu jugak.."
"Ya?! Siapa nama dia?.."
"Mak Jah lah.."
"Ohh.. Mak Jah.."Balas wanita itu selamba sambil menghidangkan lauk keatas meja makan. Natasya sudah menekup mulutnya menahan tawa. Nampak sangat Mak Jah tak fokus pada topik perbualan mereka itu.
"Eh? Pakwe kamu nama Mak Jah?.."Ketika itu tawa Natasya kedengaran kuat.
"Mak Jah ni slow motion betul laa.."balas Natasya sambil mengesat airmatanya ditubir mata disebabkan terlalu banyak ketawa.
"Kamu ni suka sangat menyakat Mak Jah ya?.."Rengus wanita itu sebelum mencedukkan nasi kedalam pinggan Natasya.
"Waa.. Mak Jah masak Asam Pedas!.. Ada ayam goreng pulak tu.. Haishh.. Gemuklah Tasya kalau setiap hari makan sedap macam ni.."
"Tak apalah.. Tasya makanlah puas-puas.. Dah lama Tasya tak makan makanan Melayu macam ni kan.."Natasya mengangguk bersama senyuman.
"Jangan lupa baca doa.."Gulp. Natasya terdiam sejenak. Baca doa?. Rasanya sudah lama dia tidak berdoa. Sejak kehilangan Syafiq, dia memang langsung tidak pernah hidup sebagai seorang Islam yang sempurna. Bahkan kali terakhir dia berwudhu adalah enam tahun lepas ketika dia bersama Syafiq. Itu pun diajar oleh lelaki itu. Ya lah. Mamanya sejak kecil mana pernah mengajarnya semua itu. Hanya Syafiq dan Mak Jah sajalah yang mengajarnya serba sedikit tentang ilmu agama.
"Tasya? Menung apa tu? Makanlah.."Lamunan Natasya tersentak sebelum dia tersengih lalu menyuap makanan ke mulutnya.
"Macam mana? Sedap tak?"Soal Mak Jah sambil menuang air ke dalam gelas.
"Terbaik!"Balas Natasya sambil mengangkat ibu jarinya. Wanita itu hanya tersenyum gembira. Terubat rindunya buat Syafiq apabila melihat Natasya. Maklumlah, bukan dia tidak tahu. Anak lelaki tunggalnya itu dan Natasya memang rapat. Bahkan mereka pernah bercinta sehingga hampir bertunang. Tetapi disebabkan taksub dengan keturunan. Ibu gadis itu menentang hebat hubungan Natasya dan Syafiq kerana tidak sama taraf. Tanpa Mak Jah sedari, air matanya kembali bergenang ditubir mata. Dia kesiankan Natasya. Walaupun gadis itu kelihatan periang, dia tahu jauh disudut hati Natasya. Gadis itu masih belum dapat melupakan Syafiq.
YOU ARE READING
Devil's Angel (DOML Book 4)
RomanceSalahnya di mana.. Jatuhnya ke mana.. Malang ku ditimpa tangga.. Sayang ku tak apa.. Biar buta mata, janji jasad kambus bersama.. Entah bertemu tah tidak.. Makin hiba hati yang terdesak..