"Carl..." Nama itu disapa, lantas menyerahkan mug nescaffe panas kepada lelaki berkain palekat yang ralit merenung bintang yang bertaburan.
"Budak tu tak tahu apa-apa, kan." Angin malam yang menyapa balkoni apartment sepertinya menawarkan kenikmatan hingga tidak terdengar panggilan atas namanya sejak tadi.
"Sampai bila nak biar budak Naim tu terus diselubungi keliru?" Bicara satu pihak saja, ketara tidak seimbang.
"Carl... I'm talking to you, do you hear me?" Sedikit meninggi nadanya. Terasa tidak berguna kewujudannya di situ. Bicaranya tidak bersahut. Terasa hati terbakar bak hutan Kalimantan.
Lantas dia angkat kaki dan berlalu pergi. Lelaki separuh abad yang didatanginya pula, tidak langsung menoleh, apa lagi mahu menahan kepergiannya.
Sesudah terdengar pintu di tutup kasar, barulah lelaki berjambang itu menoleh sekilas.
"Belum masanya dia mengenali aku. Biar dulu, waktu yang akan mrnentukan bagaimana kesudahannya." Bisiknya sendiri. Nescafe yang kian suam itu diteguknya hingga habis.
YOU ARE READING
Garisan Waktu
Randomusaha tidak sia-sia andai api semangat juang terus membara tanpa padam walau sedetik