Bab 3 Tanpanya

85 0 0
                                    

Busur digengaman kini terlepas. Bidikan anak mata lurus ke depan. Bukan kerana wajah tampan itu yang mencuri perhatian, sebaliknya... ada figura lain yang meransang inkuirinya berdiri di sebelah lelaki tampan bernama Mr. Carl.

'Kenapa tiba-tiba saja lelaki itu memunculkan diri? Hampir lima tahun aku duduk di asrama, dia tidak pernah langsung datang melawat. Kenapa mesti hari ini yang dia pilih untuk melawatku?'

Persoalan yang berbanir di hati terbiar sepi. Tambah menduga sabar apabila lelaki itu dilihatnya berjabat tangan dengan Mr. Carl lantas melangkah pergi. Dirinya bagaikan tidak wujud di muka bumi ini.

Hilang nafsunya untuk bermain busur hari ini. Nafas seakan-akan terhenti saat anak mata tertikam pandang dengan lelaki yang memandu pacuan empat roda yang melewati tepi padang sasar.

"Naim... teruskan latihan." Suara itu mematikan tujahan retina yang menghantar pergi kenderaan yang baru saja hilang dari pandangan.

"Saya nak balik, Mr. Carl. Tak ada mood nak berlatih. Esok saya sambung latihan. Boleh?" Nadanya bersahaja. Namun rentaknya mampu dibaca oleh lelaki separuh abad itu.

"Kenapa dengan kamu, Naim? Kamu tak sihatkah?"

"Tak, saya okey. Cuma... saya tak ada mood." Suaranya direndahkan tapi mampu singgah ke gegendang lelaki berbaju t-shirt itu.

"Tak ada mood sebab ayah kamu tadikah? Dia kirim salam. Dia tak sempat jumpa kamu sebab ada perkara yang dia nak selesaikan."

"Tak mengapa Mr. Carl... saya dah biasa hidup tanpa dia." Selajur kaki di bawa melangkah. Hati bagaikan dihiris- hiris.

Garisan WaktuWhere stories live. Discover now