-Anniversary (기념일)-

89 8 21
                                    

Bunyi tangisan bayi mula kedengaran. Aku berlari pantas dari arah dapur menuju ke suara tangisan tersebut.

"Anak omma bosan ye. Omma buka TV untuk Jae. Omma nak masak untuk appa kamu. Nanti dia balik kerja, makanan tak siap. Kesian appa kan. Anak omma duduk diam diam kat sini okay." Punggung Jae di tepuk perlahan. Memang itu tabiat aku untuk memujuk anak lelaki aku seorang ni. Seperti memahami ayat yang diucapkan, MinJae berhenti menangis. TV dibuka dan aku berlalu melepasi anak² gadis aku pula.

"Anak-anak omma buat apa ni!?" Aku terjerit kecil melihat anak kembar aku berebut satu kotak yang sudah agak lama. Rebutan tersebut terhenti apabila jeritan aku kedengaran. MinSeo dan MinJu terpempan sebelum kedua dua mereka menangis kerana terkejut.

"Macam mana album ni ada dekat sini!?" Album Boys Be yang sudah 10 tahun disimpan. Bukan setakat album tersebut, mini album 17Carat, album Love&Letter, Repackage album, dan album yang lain juga. Gambar-gambar juga berselerak di sekitar kotak kesayangan dia. Sekeping gambar dicapai. Aku tersenyum sebelum air mata mengalir perlahan.

"Kenapa omma nangis." Tanya MinJu dengan saki baki tangisannya. Aku hanya menggeleng perlahan. Gambar yang menunjukkan 13 jejaka sedang tersenyum. 10 tahun dulu mereka menjadi pujaannya. Ya.. Mereka adalah Seventeen. Setiap kali Concerts, dan Fanmeeting, aku akan ikut serta tidak kira waktu.

13 jejaka yang debut ketika aku berumur 18 tahun tidak pernah mengecewakan. Memori ketika tahun 2013, SeventeenTV mula berlegar-legar di kepala. Saat susah senang Seventeen berlatih ketika di Seventeen Project. Aku menjadi penonton setia ketika itu. Gelagat mereka, gelak ketawa mereka, tangisan mereka. Aku turut merasainya.

Kini aku sudah berumah tangga. Mempunyai sepasang anak kembar MinSeo dan MinJu yang berumur 3 tahun dan anak lelakinya MinJae berumur setahun 5 bulan. Aku sudah meninggalkan era tersebut. Semua harta pusaka tersebut aku simpan elok untuk disorokkan dari sang suami.

Air mata di seka. Dia meneruskan kerja yang tertangguh tadi sebelum suaminya pulang ke rumah. Setelah selesai, aku kembali ke tempat yang diselerakkan oleh anak kembarku. Satu per satu barang dimasukkan kedalam kotak termasuklah keychain, light stick, alat tulis, poster, file, gambar dan lain-lain sebelum aku ternampak kertas yang terlipat cantik yang terselit di buku nota. Kertas yang sudah berubah warna tersebut menarik minat. ada beberapa coretan tertulis di dalamnya. Senyuman tipis terukir sebelum kotak tersebut ditutup rapat dan disimpan. Kertas tersebut dimasukkan ke dalam poket cardigan yang tersarung.

Deruman enjin diluar rumah menarik minat anak kembar aku untuk berlari ke pintu. Aku mendukung MinJae sebelum mengikuti MinSeo dan MinJu ke pintu.

Pintu terkuak dari luar. Kelibat beberapa orang diluar kelihatan. "Appa!!!!!!" Jerit MinJu dan MinSeo sebelum menerpa kearah appa mereka.

"Anak-anak appa." Aku tersenyum senang melihat gelagat anak beranak tersebut.

"Cheol, ajak lah semua masuk. Saya dah masak untuk semua." Ya, dia suami aku. Choi SeungCheol atau lebih dekenali sebagai S.Coups. 4 tahun lepas kami mendirikan rumah tangga setelah 3 tahun menjalinkan hubungan yang pada awalnya aku hanya seorang peminat misteri. Kini kami bahagia.

Ruang tamu dipenuhi dengan member yang lain seperti Jeonghan, Joshua, Woozi, Jun, Hoshi, Wonwoo, Mingyu, DK, The8, Seungkwan, Vernon, dan Dino.

Teringat ketika mereka menyambut ulang tahun pertama mereka di Vapps. Saat sitcom yang mereka lakukan untuk ulang tahun ke-10 mereka. Ada diantara lakonan tersebut menjadi kenyataan. DK sudah berkahwin dengan gadis pilihan dia. Ketika majlis tersebut, aku dan Cheol tergelak apabila menyakat DK tentang gurauan Jeonghan. Masin mulut dia! Jun pula sudah menjadi pengarah di China dan sedang sibuk dengan drama lakonannya yang terbaru. Mingyu dan Wonwoo menjadi pelakon utama setelah beberapa drama TV yang mereka bintangi sebagai pelakon pembantu menjadi hit. Woozi akan ke US untuk merakamkan lagu bersama beberapa penyanyi di sana. Seungkwan dan Hoshi sudah menjadi pengacara TV. Yang lain juga sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

Beberapa bulan lagi Mingyu dan Hoshi akan mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan mereka.

Dalam gelak tawa mereka, aku teringatkan kertas yang aku jumpa tadi. Lengan S.Coups dicuit agar dia mengikuti langkahku ke dapur.

"Happy anniversary dear." Aku mengucup lembut kedua pipi Cheol. "Awak nak tahu, tadi Seo dengan Ji selerakkan barang saya. And I found this letter!!" Aku menyerahkan lipatan kertas tersebut pada S.Coups.

--
*TERIMA KASIH*

❝Terima kasih Seventeen kerana hadir dalam diri saya dan membawa muzik yang menarik dan hebat.
Terima kasih kerana menjadi inspirasi saya sejak kalian debut.
Terima kasih Seventeen kerana berjaya mengubah hidup saya menjadi yang lebih baik.
Terima kasih kerana membuat saya gembira
Terima kasih kerana dilahirkan
Dan
Terima kasih untuk segalanya
--

Yang terinspirasi, peminat kalian.
I'll always love you to the moon.... 💕
_05/10/2016_
--

"9 years ago!? Seriously yeobo? You're my fans? Ouh sorry.. I mean our fan!?"

Aku hanya mengangguk. Selama ini aku hanya mendiamkan diri sebagai seorang peminat. Selama perkenalan kami, aku tidak pernah sekali pun menunjukkan perasaan sebagai seorang peminat. Aku cuba kawal diri dan kini aku berjaya menakluk hati lelaki dihadapan aku kini. Bias breaker!! "Before debut. Sejak 17TV" jawab aku ringkas.

"And why you never told me that you are our fan?"

"Saja."

"Awak simpan lagi gambar polaroid kami? No, wait. Gambar polaroid ni special untuk 3 peminat yang bertuah sahaja. Surat peminat yang menjadi pilihan kami. Such a daebak fan!!" Kata S.Coups.

"Well yeobo.. thank you for all happiness that you give to me. I love you to the moon.."

"Thank you for being such a great wife to me and good omma to our children. Love you too babe." S.Coups mencium dahi aku.

"Awhhhh.. so sweet laki bini dekat dapur ni." Kata Jeonghan. "Kitorang punyalah tunggu uri leader untuk start record Vapps ni. Korang bermanis manis dekat dapur."

Alah shemale ni!! Tau lah kau dah manly sekarang, tapi mulut joyah kau tetap tak boleh ubah.

**The End**

SEVENTEEN (세븐틴) OneShot *Malay*Where stories live. Discover now