- Tak Semudah Itu (Part 2) -

0 1 5
                                    

Jun menatap hujan deras yang turun dengan getaran hatinya yang hampa. Wajahnya yang tampan dan dulu penuh dengan senyuman kini hilang dalam penyesalan. Dia mendakap erat sebuah frame gambar yang menggambarkan kebahagiaan masa lalu yang hilang.

Kisah ini bermula beberapa waktu yang lalu ketika Jun masih terlena dalam hubungannya dengan kekasihnya, Hana. Mereka adalah pasangan yang sangat bahagia walaupun hubungan mereka disorokkan dari semua orang kecuali rakan terdekat. Hana adalah seorang yang penyayang dan selalu ada untuk Jun, memberikan sokongan dalam setiap langkah hidupnya.

Namun, ketamakan dan godaan datang merayu Jun. Dia tergoda dengan rayuan seorang wanita lain yang memainkan perasaannya. Nafsu yang membutakan fikirannya membuat Jun tergoda untuk memasuki hubungan yang berbahaya ini, mempertaruhkan cinta dan kesetiaan yang diberikan Hana.

Jun berbohong kepada Hana, menutupi pertemuannya bersama Seuli dengan pelbagai alasan seperti ada meeting Majlis Perwakilan Pelajar, study group dan lain-lain. Haha.. Ya, dia menyalahgunakan jawatan dia sebagai Ketua MPP untuk berbohong atas hubungan sulit yang dia ada. Setiap kali dia dan Hana berjumpa, kesalahannya semakin dalam, seperti terperangkap dalam lembah kebohongan dan pengkhianatan. Hati Jun bergumam dengan rasa bersalah, tetapi nafsu dan egonya terus menguasai diri. Baginya tidak kental seorang lelaki jika tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Ya, kepercayaan dan cinta Hana dipertaruhkan.

Suatu hari, ketika Jun dan Hana sedang berjalan-jalan di tepi pantai, mereka melihat pasangan tua yang bahagia, saling berpegangan tangan dengan senyum yang tulus di wajah mereka. Jun merasakan penyesalan yang dalam merayap perlahan ke dalam hatinya. Dia menyedari betapa berharganya cinta yang dia miliki dan kebahagiaan yang telah dia khianati. Tetapi masih lagi dengan EGO seorang lelaki.

Seketika waktu berlalu, Jun semakin menyedari betapa dia telah merosakkan kepercayaan dan kesetiaan Hana. Dia mengambil keputusan untuk berterus terang pada umum tentang hubungannya bersama Seuli memandangkan tidak ada yang tahu tentang hubungan dia dan Hana. Hubungan dia dan Seuli diterima ramai kerana bagi mereka Jun dan Seuli sangat serasi. Mana tidaknya, KMPP dan PKMPP menjalinkan hubungan cinta. Sama cantik, sama padan.

** SKIP **

Tidak perlu mengambil masa yang lama, kebenaran terbongkar jua. Jun tertipu dengan kata cinta yang diberikan oleh Seuli. Gadis itu hanya mahukan kemewahan dan populariti yang ada pada Jun. Setelah semua itu Seuli dapatkan, Jun ditinggalkan. Jun menyedarinya ketika mana dia bersama sahabatnya pergi ke kelab malam dan bertemu Seuli yang mabuk bersama seorang lelaki yang kengakui dia adalah kekasih Seuli dan Jun telah mendengar fakta itu dari mulut Seuli sendiri.

 Jun menyedarinya ketika mana dia bersama sahabatnya pergi ke kelab malam dan bertemu Seuli yang mabuk bersama seorang lelaki yang kengakui dia adalah kekasih Seuli dan Jun telah mendengar fakta itu dari mulut Seuli sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dalam pertemuan mereka yang terakhir, Jun mengakui kesalahannya. Dia meluapkan penyesalan yang mendalam, menyampaikan setiap kebohongan dan pengkhianatan yang dia lakukan. Air mata mengalir dari mata milik Jun menunjukkan kekesalan yang dia rasa. Mereka menyedari bahwa cinta mereka dihancurkan oleh pengkhianatan Jun.

Hana, dengan penuh kesedihan dan kecewa, memandang Jun dengan tatapan yang penuh dengan rasa sakit. Dia mencuba untuk memahami dan memaafkan, tetapi luka yang dalam dan hancur ini tidak mudah disembuhkan. Lelaki yang dia sudah anggap sebagai 'rumah' dan 'dunia' itu mengkhianati dia. Siapa yang tidak marah? Meskipun Jun memohon, Hana tahu bahwa dia tidak lagi dapat mempercayai Jun sepenuhnya.

Jun berdiri di hadapan cafe setelah dia menghantar kepergian Hana. Hujan turun seperti mengiyakan kesedihan yang Jun alami. Kini dia sedar dan tahu bahwa dia telah kehilangan segalanya. Kekasihnya yang dia cintai, kebahagiaan yang mereka kongsikan, dan kepercayaan yang telah dia hancurkan. Penyesalan yang tak dapat dihindarkan menguasai dirinya saat dia menyedari betapa bodohnya tindakkan yang telah dia perbuat.

Hujan terus turun, mencerminkan air mata yang tak terucapkan dari Jun. Dia menghulurkan tangannya dan membiarkan butiran hujan membasuh wajahnya yang penuh penyesalan. Dia berharap ada cara untuk mengulang waktu, untuk memperbaiki semua kesalahan yang telah dia perbuat. Namun, dia tahu bahwa waktu tidak akan undur lagi.

Dalam keheningan yang dalam, Jun bersumpah pada dirinya sendiri. Dia akan belajar dari kesalahannya dan menjadi pribadi yang lebih baik. Dia akan membawa rasa penyesalan ini sebagai peringatan tentang keberanian untuk bertindak dengan integrasi dan menjaga kepercayaan orang yang mencintainya. Semoga suatu hari nanti, dia dapat menebus kesalahannya dan menemukan cinta yang tulus dan sejati sekali lagi.

TAMAT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEVENTEEN (세븐틴) OneShot *Malay*Where stories live. Discover now