Untitled Part 2

14 1 0
                                    

Pada hari pertama persekolahan, Hidayah kini telah mencecah usia 13 tahun. Setelah ibu dan ayahnya selesai menyelesaikan hal persekolahan Hidayah, guru kelas barunya Cikgu Lim telah membawa tingkatan 1 Anggerik ke pusat sumber untuk sesi suai kenal. Semasa sesi suai kenal dijalankan, hidayah telah mendapat 2 rakan baru iaitu Linda dan Johan. 

Kringgg ... Kringgg ... Kringgg ... (menandakan bermulanya waktu rehat)

Pada waktu rehat, kerana masih tidak biasa dengan persekitaran baru, Hidayah makan keseorangan.Ketika nak beratur, terdapat sekumpulan pelajar dari tingkatan 4 Kreatif berbisik-bisik. Tiba-tiba, salah seorang pelajar dari kumpulan tadi menuju ke arah Hidayah lalu memberikannya sepucuk surat. Setibanya di depan kelas, Hidayah terus membuka surat misteri tersebut. Rupa-rupanya surat misteri itu merupakan surat cinta. Hidayah berasa amat terkejut kerana tidak menyangka bahawa dia akan menerima surat cinta pada hari pertama persekolahan. Keesokan harinya, dalam pukul 6:30 pagi sekali lagi, Hidayah menerima surat cinta dari orang yang pertama. Amirul Asyraf memberitahu bahawa pengirim surat tersebut ialah Ali. Lama-kelamaan, mereka berbalas-balas surat. Dan akhirnya mereka bercinta. Namun, masuk sahaja bulan yang kedua, Hidayah mula menyukai Iman. Hidayah dan Iman semakin rapat. Hidayah menulis sepucuk surat bahawa dia menyukai Iman dan menyerahkannya sendiri ke tangan Iman di hadapan kelas pelajar lelaki yang diminatinya itu. Keesokkan harinya, Iman membalas suratnya dan bersetuju untuk bercinta dengan Hidayah. Pada pertengahan bulan, Ali dan Iman bertelagah sesama sendiri kerana merebutkan cinta Hidayah. Tapi, pada yang sama Hidayah menaruh perasaan terhadap orang lain. Orang tersebut ialah Rahman yang juga merupakan abang angkat kepada Iman. Hidayah mesej Rahman bahawa dia meminati Rahman. Kemudian, Rahman dan Hidayah bercinta. Beberapa minggu sebelum bulan puasa, seorang pelajar perempuan telah pindah masuk ke sekolah itu. Kelas yang sama dengan Hidayah. Hidayah memulakan sesi perkenalan. Pelajar itu memperkenalkan dirinya Alia. Pada waktu rehat, Hidayah memperkenalkan Alia kepada Rahman, Iman, Linda, Johan, Irfan, dan Ali.  

Tentang Best FriendWhere stories live. Discover now