Pada bulan puasa, pelajar-pelajar SMKST sibuk menyiapkan sampul raya. Ketika itu, Hidayah sedang menuju ke tandas. Dia ternampak ada sepasang pelajar sedang berdua-duaan. Dengan penuh hairan, Hidayah menuju ke arah mereka. Rupa-rupanya mereka adalah Iman dan Alia. Hidayah mencuri dengar perbualan mereka. Mereka membahasakan diri mereka " biy & sayang ". Ketika orang lain sibuk belajar, mereka sibuk berdating pulak getus hati kecil Hidayah. Lantas, Hidayah teringat bahawa sejak kebelakangan ini Iman seperti acuh tidak acuh sahaja dengan dia. Dengan tidak semena-mena, Hidayah menengking mereka " ooo, ini kerja korang belakang aku selama ni, depan-depan kau pura-pura baik tapi belakang-belakang kau tikam aku". Hidayah mengamuk sakan. Lalu, Hidayah meninggalkan mereka dan kembali ke dewan. Hidayah duduk di sudut dewan yang paling hujung jauh dari rakan-rakan yang lain. Selepas itu Rahman datang ke arah Hidayah, Rahman pun bertanya kenapa Hidayah duduk jauh dari rakan-rakan yang lain. Lalu, Hidayah pun bercerita apa yang dah terjadi padanya sehinngakan dia mengamuk, Rahman pun bagi nasihat kepada Hidayah supaya bertenang dan relakskan diri. Beberapa hari kemudian, Hidayah dengan Iman putus sebab HIdayah sudah tak tahan dengan perangai Iman yang "Playboy" tu. Lama- kelamaan, perasaannya terhadap Iman hilang dan Hidayah seperti bermusuhan dengan Iman semenjak peristiwa itu. Setelah beberapa bulan, masuknya beberapa orang pelajar baharu. Antaranya, Naza, Faidatul, Zaid, Amirul,Nabil, Aiman, Zul, dan Khairul. Hidayah dan mereka mengambil masa yang agak lama untuk berkenalan sesama sendiri. Pada mula perkenalan mereka, semuanya baik-baik sahaja. Setelah beberapa lama, terdapat seorang " batu api " yang dengki. Dia ialah Linda. Linda sering menjaja cerita yang bukan-bukan terhadap mereka. Kadangkala, tercetusnya perbalahan dan pergaduhan.
YOU ARE READING
Tentang Best Friend
Short StorySahabat selalu menghiasi dan mewarnai hidup kita, suka duka mungkin sudah kita lalui bersama sahabat seiring berjalannya waktu. Cobaan dan godaan juga sudah mengisi hari hari bersama seorang sahabat. Begitu pula telah banyak kesan kesan indah juga t...