BAB 3

1K 42 4
                                    

Wajah Arabella tercongok betul-betul di hadapan muka Monet. Entah sejak bila dia memerhatikan Monet tidur nyenyak sehingga berdengkur. Monet terkuap-kuap kecil, membuka matanya perlahan-lahan, pada ketika cahaya menyerap masuk ke dalam biji matanya, Monet menjerit kerana terperanjat apabila Arabella sedang berdiri memerhatikannya. Jeritan Monet sungguh kuat membuatkan dia terjatuh dari kerusi dan bergolek di lantai. Kepalanya yang terhantuk pada kaki meja digosok-gosok sambil mengaduh. "Teruknya awak terperanjat." kata Arabella sambil tersengih-sengih.

"Siapa yang tak terperanjat, kalau tiba-tiba awak berdiri depan muka saya macam hantu."

"Memang saya hantu pun... Hehehe. Maaf sebab kejutkan awak. Tak tau yang awak mudah terperanjat macam ni."

"Dah lama ker awak bangun?" Soal Monet. Arabella mengangkat kening dan cuba berfikir sesuatu. Belum sempat dia membuka mulut, Monet menyambung suara "Lupa.. Awak mana boleh tidur. Jadi sepanjang malam awak tengok saya?"

"Tak la sepanjang malam. Baru jer tadi. Tapi muka awak nampak...."

"Nampak?"

"Nampak..."

"Nampak apa?"

"Nampak muka awak kesian sangat bila tengah tidur. Macam bayi."

Monet menggeleng-gelengkan kepala dan mendesah. Difikirkan mukanya nampak seperti orang yang baru bunuh diri setelah terjun dari menara 100 tingkat. Berkecai seperti pankek dengan mata yang terbuka separuh. Sebelum ini tiada siapa yang pernah nampak dia tidur. Mesti buruk gila babi. Dan tiada siapa yang pernah bagitau bagaimana wajahnya ketika tidur. Apabila Arabella memberitahu wajahnya nampak macam bayi, yang kesian, yang mengerekot mungkin, Monet menjadi malu dan fikir itu mungkin ayat penyedap hati yang sebenarnya muka dia macam pankek basi. Monet segera bangun lalu menggeliat kecil.

Dia rasa seperti telah tidur begitu lama. Macam baru bangun dari lubang kubur dan tidak pernah merasakan nyenyak yang sebegini. Arabella sebenarnya bukanlah hantu sangat pun dan wajahnya tak hodoh langsung. Dia seperti mana asalnya sebelum dilanggar semalam. Kecantikan yang jarang sekali boleh terlihat di Bruges. Semalam mungkin la gelap dan cahaya suram rumahnya tidak terlalu merperlihatkan wajah sebenar Arabella. Tidak seperti pagi ini apabila Arabella membuka jendela rumahnya. Cahaya pagi menyuluh masuk ke tengah ruang tamu. Cahaya pagi yang menenangkan dan angin dingin yang lembut bertiup menguraikan rambutnya yang perang. Hidungnya yang kecil dan mancung terletak sepadan dengan dua ulas bibirnya yang dipalit lipstik berona oxblood. Dan juga alis matanya, yang tajam seperti pisau yang boleh menghiris luka dengan hanya dari lirikan pandangan matanya sahaja. Jauh sekali dari kejelikan seekor hantu. 

Pada ketika itu Monet baru terperasankan sesuatu. Rumahnya sudah dikemas dan meja, lantai, berus lukisan, mangkuk dan pinggan kotor telah dibersihkan. Seperti bukan berada di dalam rumahnya sendiri apabila segalanya tersusun kemas dan rapi. Rupanya Roho boleh memegang semua benda yang berada di dalam dunia nyata ini. Dan bukan Donut sahaja yang boleh dipegang seperti mana yang dijangkakan semalam. Monet melihat kucingnya yang berada di muka pintu, mendongak melihat ke arah tombol seperti mahu keluar membuang air. Bunyi pintu diketuk membuatkan Monet terperanjat kerana jarang sekali rumahnya didatangi tetamu di awal pagi begini. Tambahan pula hari ini hari Sabtu. Hari cuti yang sepatutnya orang masih lagi berdengkur di atas katil dan memeluk bantal busuk mereka. Pintu diketuk berkali-kali tanpa henti dan Monet berjalan membuka pintu dan mendapati Eliza berada di luar pintu rumahnya. Dengan wajah yang terperanjat jirannya itu tertinjau-tinjau memanjangkan leher untuk melihat ke dalam rumah. "Saya dengar awak menjerit tadi. Awak OK? Saya dapat berita dari puan Betty yang awak kemalangan semalam. Awak langgar siapa? Orang yang awak langgar tu OK? Awak dah makan belum?"

Soalan bertubi-tubi dari Eliza tersebut membuatkan Monet menjadi keliru untuk menjawab yang mana satu. "Err...Semuanya OK, Lizzy."

"Betul?" Eliza menoleh melihat ke arah ruang tamu yang kelihatan kemas teratur. Lebih kemas berbanding wajah Monet yang baru bangun dari tidur tersebut. Dengan rambut yang sergum dan mata yang sembab. "Awak dah sarapan? Saya siapkan roti untuk awak."

"Ehh tak apa. Jangan susah-susah Lizzy." Monet mula teringatkan sesuatu. Biji matanya terbeliak luas. "Ohh.. Saya ada kerja sikit. Kita borak lagi nanti." Cepat-cepat Monet menutup pintu dan menoleh melihat ke arah jam dinding. Dari jam tersebut dilarikan pandangan ke arah papan lukisan yang katanya mahu dilukis semalam tetapi dia tertidur di atas kerusi dengan berus yang masih lagi di dalam genggamannya. "Saya dah terlambat! Kata Monet dengan membungkus barang-barang lukisan dan mengepit sebuah papan kanvas yang berada di atas easel. "Kita nak pergi mana?"

"Lukis angsa!"

LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIAWhere stories live. Discover now