BAB 4

568 24 0
                                    

Kedengaran orang mengetuk pintu berkali-kali.Aril yang sedang menonton televisyen bingkas bangun untuk membuka pintu.Aurora hanya memerhatikan sahaja.Sebaik sahaja Aril membuka pintu Lena terus masuk ke rumahnya walaupun belum dijemput masuk.Lena adalah teman wanitanya yang amat dia sayangi.Langkah Lena terhenti sebaik sahaja ternampak Aurora.
"You siapa perempuan ni?Dia kan perempuan yang jawab masa i call you tadi."Tanya Lena dengan kasar.
"Dengar dulu I explain.I tolong dia je.Kesian dia,dia takde siapa-siapa.Jadi,i kena tolong dia."panjang lebar penjelasan Aril tapi dia diendahkan oleh Lena.
"Alasan you je kan.Padahal kot-kot you dah buat apa-apa kat dia.Siap duduk serumah lagi."
"Mana ada lah.You cuba percaya kat I"
"I takkan percaya you lagi.Mulai sekarang you dengan i dah takde apa-apa.Faham."Lena berlalu meninggalkan Aril walaupun cuba ditahan oleh Aril tapi gagal.Lena dibiarkan pergi,Aril terduduk dan mahu mengalirkan air mata.Dia sangat sayangkan Lena.Aurora yang memerhatikan dari tadi hanya mendiamkan diri.Sudah tiba masanya untuk dia membuat tindakan supaya keadaan Aril tidak bertambah buruk.
"Aril..."belum sempat Aurora melanjutkan kata-katanya,Aril menyampuk.
"Sudahlah kau,semua salah kau.Kenapa kau jawab fon aku.Kau tahu tak aku gaduh dengan Lena sebab kau.Bertahun aku kejar Lena sebab nak jadikan dia kekasih aku.Bertahun aku bertepuk sebelah tangan akhirnya dia terima aku."Aril menyalahkan Aurora kerana dia sangat tertekan.
"Aril,saya mintak maaf.Saya janji saya akan pulihkan hubungan awak dengan Lena tapi awak kena tolong saya.Ada perkara yang sebenarnya saya hendak beritahu awak."Aurora merasa ini lah waktu yang tepat untuk dia memberitahu Aril akan kebenaran.Aril mengangkat muka menandakan dia mahu mendengar penjelasan Aurora.Aurora menarik tangan Aril ke bilik air.Aril agak terkejut namun dia hanya mengikutkan sahaja.
"Saya sebenarnya ikan duyung daripada lautan.Saya datang ke daratan sebab hendak mencari cinta sejati saya.Saya ada minat dekat seorang manusia bernama Rafael,sebab dia saya berhasrat untuk menjadi manusia.Saya rasa dia lah cinta sejati saya.Saya minum satu ramuan untuk menjadi manusia tetapi dengan syarat saya harus menemui cinta sejati saya jika tidak saya tidak boleh selama-lamanya menemui cinta sejati saya dan saya jugak tidak boleh menjadi duyung semula."panjang lebar penjelasan Aurora.
"Awak kalau awak rasa nak buat lawak sebab nak happy kan saya,saya rasa baik tak payah.Saya sedih sangat sekarang ni."
"Saya ada bukti."Aurora duduk lalu menjiruskan air ke kaki nya.Serta merta kakinya bertukar menjadi ekornya yang kebiruan dan berkilat.Mata Aril terbeliak melihat ekor Aurora.
"Jadi awak tak tipu?Awak ikan duyung yang sebenar?"Aril sangat terkejut sehingga mahu jatuh pengsan tapi dia gagahkan diri.
"Saya tak pernah tipu.Jadi,awak kena tolong saya.Saya akan tolong awak balik."
"Maksudnya?"Aril meminta penjelasan.
"Awak tolong saya dapatkan Rafael,saya tolong awak dapatkan Lena semula."Aril bersetuju namun mengangguk.Matanya tidak renggang memerhatikan ekor Aurora.Aurora mengibas-ngibas ekornya.Sudah menjadi hobinya untuk mengibas-ngibas ekornya."Awak jangan risau."kata Aurora kepada Aril.
"Baiklah.Saya percayakan awak."

Cinta si ikan duyungWhere stories live. Discover now