BAB 11

514 24 0
                                    

"Aril,tepat pukul 12 tengah malam ni ialah penentuan sama ada kita boleh bersama ataupun sebaliknya.Apapun yang terjadi awak jangan pernah lupakan saya."
"Awak,saya akan ada selalu dengan awak."Aril mengeluarkan sebentuk cincin lalu disarungkan kepada Aurora.Mereka menunggu di tepi pantai dan menghabiskan saat-saat akhir di pantai.Tepat jam 12 tengah malam,tiba-tiba ada sekalung rantai di leher Aurora selepas dirinya bercahaya.Aurora melompat keriangan kerana memang benar selama ini Aril ialah cinta sejatinya.Dia teringat akan kata nenek tua tersebut,"jika benar dia cinta sejati kamu,berikan rantai itu kepada dia,dia boleh bertukar menjadi ikan duyung dan menjadi manusia pada bila-bila masa yang dia mahu jika dia memiliki rantai ini dan kamu hanya perlu membasahkan kaki kamu untuk bertukar menjadi duyung dan keringkan ekormu untuk menukarkannya menjadi kaki."Aurora menceritakan pesan nenek tua itu kepada Aril.Aril juga sangat gembira lalu rantai itu diserahkan kepada Aril.Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan raja di lautan iaitu ayah Aurora untuk mendapat restu.Aurora sangat takut kerana dia mengetahui ketegasan ayahnya tapi dia tidak memberitahu Aril.Dia menyembunyikan rasanya supaya Aril tidak risau.

Cinta si ikan duyungWhere stories live. Discover now