pompuan zaman sekarang memang suka berfikir untuk masa depan... termasuklah remaja.
siap dah fikir nama laki apa.. nk panggil hubbylah.. sayanglah.. babylah.. darlinglah.. daddylah.. dan seangkatan dengannya..
dorang sampai dah fikir laki dorang kerja apa.. pilot, CEO, abg bomba, doktor, manager, chef dan pelbagai lagi..
dorang pun dah terfikir nak rumah macam mana.. boleh nampak pantailah.. pastu ada balkoni.. halaman rumah luas terbentang dengan pokok2 bunga yg subur lagikan segar..
nama anak pun dah fikir.. set dlm otak lagi.. siti aminah kamehameha bagai.. atapun gabungkan nama cthnya Roslan dan Rabiatul dapat anak Rosalatul apa2 ajelah...
kawe nk tnya... solat dah ke blum? tu utk akhirat yg sememangnya pasti.. benda tu blum pasti lagi. memang tak salah nk fikirkan masa depan dengan meluas tapi tak betul dengan caranya cik adik manis oi..
