Selagi masih ada sisa cinta, aku tetap setia.
Selagi masih ada kasih, aku tetap bertahan.
Selagi masih ada sayang, aku tetap bersama.Bergantung pada kau,
Aku turut sahaja,
Tiada kuasa untuk aku mengubah,
Kerana diri kau, milik kau.Andai kau berubah fikiran,
Tidak mengapa,
Aku masih boleh hidup.Kau kata jadikan kenangan andai tak sehaluan untuk terus kekalkan hubungan.
Jika tidak bertahan, akan aku bingkaikan setiap kenangan itu di dinding hati yang pernah didiami kamu.