"ONE iced latte. A lot of ice, please," tutur Irina saat membuat pesanan di kaunter. Tanpa menunggu Zachary, dia berjalan menuju ke arah meja yang sudah dijaga oleh Adeline. Zachary ditinggalkan di kaunter untuk menyelesaikan pesanan selebihnya.
Melabuhkan punggung di kerusi, Irina masih tidak dapat menyembunyikan rasa geram dan marahnya. Matanya tertumpu pada Adeline yang duduk elok di dalam highchair sambil memegang telefon Zachary. Boleh pula lelaki itu memberikan telefonnya kepada orang lain. Dilihat kaki Adeline bergayut santai, menikmati waktu itu tanpa beban.
Irina melepaskan keluhan perlahan, cuba menenangkan diri.
Tidak lama kemudian, Zachary mendekati meja bersama dulang berisi makanan dan minuman.
"Yeay, cake!" sorak Adeline riang saat melihat pencuci mulut kegemarannya diletakkan di atas meja.
Irina mengambil telefon Zachary dari tangan Adeline dan meletakkannya ke tepi sebelum menarik kerusi Adeline agar lebih rapat dengan meja. Sepotong kek diletakkan di hadapan anak kecil itu.
"Eat slowly," pesan Irina sambil menyerahkan sudu kepada Adeline. Dia juga meletakkan vanilla milkshake di sebelah piring kek tersebut.
Zachary mengambil tempat duduk bertentangan dengan Irina, meletakkan dulang di tepi meja. Sementara itu, Irina pantas mencapai gelas iced latte miliknya, menggenggamnya dengan kasar. Sedotan panjang menyusul, hampir separuh gelas itu kosong dalam satu tegukan... seperti cuba menyejukkan dirinya yang memuncak dengan panas dan emosi.
"What?" soal Zachary, memandang Irina yang melemparkan pandangan tajam ke arahnya.
"No cursing in front of under age," sambungnya sebelum Irina sempat berkata apa-apa.
Irina menarik nafas panjang, cuba mengawal emosinya, lalu bersandar di kerusi.
"You want some, Iri?" suara kecil Adeline memecah kebisuan, tangannya mengangkat sudu dengan kek kecil yang sudah disuap ke mulutnya separuh jalan.
"No, Adeline. You can eat it," jawab Irina, menolak dengan lembut.
"Okay. How about you, Zach?" soal Adeline, mengalihkan perhatian kepada lelaki di depannya.
"I don't eat cake," jawab Zachary pendek, kembali fokus pada cawan espresso di tangannya.
"You two are really no fun," keluh Adeline, menggeleng kecil seperti seorang dewasa yang kecewa.
Irina mendengus perlahan. "Great. Budak kecil ni... sabar, Irina. Sabar," bisiknya kepada diri sendiri, cuba menahan marah.
Zachary mendengar bisikan itu dan mengulas dengan senyuman sinis. "Aku dah cakap, kau kena belajar bersabar."
"Diam, Zach," balas Irina tajam.
Zachary ingin membalas, tetapi gerakan tangannya terhenti ketika telefon yang terletak di atas meja berdering. Nama Aaron muncul di skrin. Dia segera mengambil telefon itu dan bangun dari tempat duduknya.
Irina menghela nafas lega sejenak, menikmati momen tanpa gangguan Zachary. Pandangannya kembali tertumpu kepada Adeline, yang tampak gembira menikmati keknya.
⋅˚₊‧ ୨୧ ‧₊˚ ⋅
ZACHARY berjalan keluar dari kafe meninggalkan Irina dan Adeline di dalam. Langkahnya tegas, telefon di tangan segera diangkat untuk menjawab panggilan daripada Aaron.
"Kau nak apa call aku?" soal Zachary dingin, tidak berminat untuk berbasa-basi.
"Hi to you too, brother," jawab Aaron dengan nada bergurau.
![](https://img.wattpad.com/cover/88041900-288-k328301.jpg)
YOU ARE READING
The Greatest Marriage Secret
RomanceThe Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan ya...