IRINA mendekatkan wajahnya ke telinga Zachary, suaranya perlahan tetapi cukup jelas untuk lelaki itu dengar. "I need to use the restroom."
Tangannya menepuk lembut bahu lelaki itu, memberi isyarat supaya dia melepaskannya seketika.
Zachary mengerling ke arahnya, kemudian menundukkan wajah dan melabuhkan ciuman pada leher wanita itu, sengaja meninggalkan sedikit kesan.
"Bring your phone with you," arah Zachary, nadanya sedikit tegas tetapi masih mendominasi.
Irina mengangguk kecil, menunjukkan telefon di tangannya sebagai tanda dia akan menurut. Tanpa membuang masa, dia bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari bilik yang dipenuhi dengan lelaki-lelaki berpengaruh itu.
Sebaik sahaja dia berada di luar, Irina menarik nafas dalam-dalam. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan sebelum membetulkan dress satin hitam paras pahanya. Udara luar sedikit melegakan, tetapi dada masih terasa sempit. Berada di dalam ruang tertutup dengan lelaki-lelaki seperti itu terlalu menyesakkan.
Matanya liar mencari papan tanda tandas. Setelah menemukannya, dia terus melangkah masuk dan berdiri di hadapan cermin besar. Pandangannya kosong. Lama sangat aku cari lelaki itu, dan sekarang dia di mana?
Ketika itulah telefonnya berbunyi.
Skrin menampilkan nama yang tidak asing... Ben.
Tanpa membuang masa, Irina membuka mesej itu.
Ben: We found him.
Jantungnya seakan terhenti seketika. Nafasnya tertahan di kerongkong. Jari-jemarinya mengepal kuat di sisi singki marmar putih itu. Matanya merenung skrin telefon. Akhirnya.
Tidak menunggu lama, dia terus menelefon Ben. Hanya beberapa deringan sebelum lelaki itu menjawab.
"Irina."
"Where is he?" soal Irina satu persatu, nadanya tegas dan penuh ketegangan.
Ben terdiam seketika, seakan mencari kata-kata yang sesuai. Namun akhirnya, dia bersuara.
"He died two years ago due to cancer."
Irina membeku. Apa?
Dunia di sekelilingnya terasa seakan berhenti. Suara bising di luar tandas lenyap. Irina terpaku, tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"What?" suaranya bergetar, bukan kerana sedih, tetapi kerana marah.
Bagaimana mungkin Harraz... lelaki yang telah menghancurkan hidupnya... mati begitu sahaja? Selepas segala kekacauan yang lelaki itu tinggalkan, dia hanya menerima berita kematian seperti ini?
Rahangnya menggetap kuat.
"What a fucking joke you're delivering to me, Bentley?" suara Irina rendah tetapi tajam, menggambarkan kekecewaan yang terbuku di hatinya.
Ben menghela nafas panjang di hujung talian. Dia tahu Irina tidak akan menerima berita ini dengan mudah.
"I know this isn't the news you were expecting, and I understand you're upset. But Harraz... he's gone, Irina. He passed away two years ago."
Irina menutup matanya rapat. Tangannya erat menggenggam telefon di sisi. Hatinya penuh dengan rasa tidak puas hati.
"This is a fucking waste of my time."
Dia menggeleng sambil memejamkan mata, cuba menenangkan debaran marah dalam dadanya. Jika Harraz benar-benar sudah mati, bagaimana dengan anaknya?
"What about his son?" soalnya, nadanya lebih terkawal tetapi masih penuh dengan kemarahan yang terpendam.

YOU ARE READING
The Greatest Marriage Secret
RomanceThe Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan ya...