"Kita kembali lagi di Edisi Malam Minggu! dan sayalah host kamu, PROBE THE GREAT! Hari ini kita ada tetamu khas dari Kuala Lumpur!" Probe terbang dari satu ke tempat ke satu tempat "Tapi, sebelum kita mulakan program kita pada malam ini, saya akan bertanya kepada para penonton atau para readers tentang soalan pada minggu lepas. Siapakah yang paling menakutkan, adakah hantu atau Kapten Kaizo? Ramai readers kata hantu.. apa kata para penonton di bawah pula?"
Probe turun dari tempat set dia dia melihat-lihat, siapakah yang akan memberikan jawapan kepadanya. Dia nampak Boboiboy Blaze sedang melompat-lompat untuk menjawap soalan Probe tadi
"Ya! kita ada penonton yang tidak sabar untuk menjawap" Probe terbang ke arah Boboiboy Blaze "Apakah jawapan kamu?"
"HANTU! sebab saya tidak tahu Kapten Kaizo menakutkan tahap mana tapi... " Probe terus beredar dari situ. Boboiboy Blaze tidak sempat untuk habiskan ayat dia
"HAH! GOPAL PULA!" Gopal sedang menutup mukanya dengan tangan, dia tidak mahu menjawap soalan Probe "Apakah jawapan kamu? saya tahu kamu sukakan hantu"
"Errr... kalau saya jawap Hantu Kaizo boleh? sebab dia tue perangai macam hantu.. macam adik dia yang tak gu-" Gopal terpandang renungan tajam Kaizo di belakang set Edisi Malam minggu "Tak tak.. Kapten Kaizo bukan hantu.. hehehehe..."
"Aik?" Probe rasa pelik pula dengan Gopal tetapi di teruskan sahaja dengan program dia "Baiklah, kita akan bawa keluar tetamu khas kita yang cantik, sungguh menawan, sungguh berbudi bahasa yang datang dari jauh iaitu Lynna! Mengikut data-data yang saya dapat, ramai katakan dia adalah teman istimewa Kapten Kaizo tetapi mereka menolak dakwaan itu. Mereka hanyalah kawan biasa sahaja, jadi para readers atau para penonton perempuan, boleh mengurat Kapten Kaizo lagi.. itu pun kalau berjayalah"
Lynna keluar dari belakang set Edisi Malam Minggu dan melambai-lambai para penonton yang tidak begitu ramai. Probe terbang kembali ke setnya "Silakan duduk Lynna"
"Terima kasih Probe" kata Lynna sambil duduk di atas sofa "Terima kasih kerana sudi menjemput saya di Edisi Malam minggu.. tak sangka pula kamu buat program nie"
Probe menjadi malu sebenar "Sebenarnya, ini author yang suruh tapi saya suka jadi pengacara host nie.. sebab best! takdelah saya kena ikut cakap encik bos aje" kata Probe dan lalu dia pandang ke arah kamera "Encik bos jangan risau, saya tetap sayangkan encik bos"
"Lynna nie sebenarnya sudah lama berkawan dengan Kapten Kaizo?"
"Dari tahun lepas lagi saya sudah berkawan dengan dia"
"Oh.. tetapi kenapa korang dua tak... maksud saya kenapa Kapten Kaizo bukan teman istimewa cik Lynna?" Lynna tergelak sedikit apabila dia mendengar soalan itu
"Sebenarnya, saya sudah mempunyai teman istimewa tersendiri" Lynna kenyitkan matanya di kamera. Ada juga yang jatuh hati dengan kenyitkan mata Lynna kecuali Kaizo. Dia hanya mendengar saya perbualan mereka berdua dengan begitu serius
"Ala, Lynna sudah mempunyai teman istimewa" bisik Probe
"Ok... saya akan menjemput tetamu seterusnya! iaitu Kapten Kaizo sendiri!" Para penonton di markas kotak menepuk tangan mereka sambil melihat Kaizo keluar dari set belakang Edisi Malam Minggu. Dia dengan muka serius, tiada senyuman atau lambaian dari dia. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Lynna
"Pasangan yang secocok!" kata Probe. Kaizo pandang Probe dengan muka menakutkan dia
"Kau nampak pedang tenaga aku?"
"Nampak.. nampak" Mengigil Probe "saya bergurau sahaja.. maaf Kapten Kaizo" Probe terus betulkan suara takut dia "Encik Kaizo, minggu lepas encik Kaizo meninggalkan rancangan Edisi Malam Minggu sebab saya tanya pasal hantu.. dan saya ingin meminta maaf tentang itu"
![](https://img.wattpad.com/cover/90112970-288-k77525.jpg)