Minggu ke 7

644 37 2
                                        

"Kita kembali lagi di EDISI MALAM MINGGU! YEAHHH! tepuk tangan semua" Para penonton dan juga readers kena paksa tepuk tangan oleh Probe. Hari ini semua berpakaian seperti itik dan Probe memakai topi kepala itik. Microphone dia pada hari ini berwarna kuning. Hiasan di studio markas kotak juga berubah, terdapat pelbagai warna belon berbentuk itik "Sepatutnya Edisi Malam Minggu untuk esok tapi kita nak sambut hari jadi seseorang" bisik Probe di hadapan kamera. Ramai yang hadir pada hari ini, termasuklah Lynna, Rizu, Bella pun ada sekali, Ratu Lily pun ada juga dan ramai lagi "Hari ini kita ada kejutan khas untuk Kapten Sadis atau lebih dikenali sebagai KAPTEN KAIZO!"

Fang membawa abangnya naik ke atas pentas kerana mata Kazio telah ditutup dengan sehelai kain "Kau nak bawa aku ke mana ni?" Telinga dia pun dia tutup juga dengan earphone. Fang telah memasang lagu rock untuk abang dia

"Baiklah, saya akan kira sampai tiga... 1,2,3"

Terus balutan dimata Kaizo dan earphone nya dibuka oleh Fang "HAPPY BIRTHDAY KAPTEN KAIZO!" Probe sudah pun keluarkan sebuah kek 20 tingkat. Kaizo terkejut dengan kek tersebut dan hiasan berbentuk itik di dalam studio markas kotak. Terdapat pelbagai hadiah di sebuah meja, semuanya untuk Kaizo. Meja makanan, meja hadiah dan juga kerusi khas telah tersedia ditepi pentas. Probe terus letak sebuah topi itik di atas kepala Kaizo

"Errr.. cukup ke kek ni? kalau tak cukup.. saya tambah satu lagi!" Probe pegang satu lagi kek dan lalu dia letakkan kek itu di bahagian atas sekali "Jangan terjatuh sudah, saya sudah penat-penat buat kek lobak merah ni" Probe melihat kek dia yang begitu tinggi. Dia rasa sangat bangga dengan diri dia "Baiklah, kita ada persembahan dari Fang dengan lagunya Can't Help Falling in Love" Probe menyuruh Kaizo duduk di atas kerusi khas dia sambil saksikan adiknya membuat sebuah persembahan

Fang berdiri sambil memetik guitar dia "Lagu ini khas untuk semua yang saya sayangi terutama sekali abang saya" kata Fang sambil tersenyum

Wise men say
Only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Shall I stay?
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you?

Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be
Take my hand,
Take my whole life, too
For I can't help falling in love with you

Like a river flows
Surely to the sea
Darling, so it goes
Some things are meant to be
Take my hand,
Take my whole life, too
For I can't help falling in love with you
For I can't help falling in love with you

"Selamat hari jadi abang!" kata Fang sambil melihat abangnya yang sedang duduk di atas sofa sambil membuka hadiah dari Lily. Penonton di studio markas kotak memberikan tepukan gemuruh kepada Fang "Sekarang saya akan-" terus Fang kena tolak dengan Probe. Fang bergolek-golek dan lalu dia jatuh dibawah pentas bersama dengan guitar dia. Fang melihat guitar dia ada kerosakkan yang teruk, dia mula berapi-api dengan Probe

"Hehehehe.. maaf yea Fang. Baiklah, kita akan-" Fang terus muncul di belakang Probe dengan guitar dia yang telak rosak. Lalu dia mengetuk-getuk Probe dengan guitar tersebut "ADOI! ADOI! MAAFKAN AKU FANGGG!" Fang terus mengejar Probe yang cuba terbang selamatkan diri daripada kena ketukan lagi

"Hmmm.. nampaknya robot badut kita kena kejar dengan adik aku. Kita akan berehat sebentar" kata Kaizo sambil melihat itik biru bulat, hadiah dari Lily "Apakah benda ini? SIAPA YANG BAGI AKU ITIK!" Semua menggigil ketakutan, Lily pula sorok di belakang kerusi Boboiboy

--------------------------------------------

"Aduh, sakitnya badan aku" Probe muncul kembali dengan plaster di merata tempat badan besi dia dan sebuah benjol besar di kepala besi dia. Fang sedang duduk diam di bawah pentas kerana dia sudah pun berpuas hati dapat belasah Probe sepuas-puasnya "Baiklah, sebelum kita mulakan acara kita. Encik Boss saya akan berikan sepotong kek kepada kamu semua. Kek ini sudah dipotong khas oleh Kapten Kaizo sebentar tadi, semasa saya kena belasah dengan adik beliau. Dia telah menggunakan pedang tenaganya untuk memotong kek ini tapi jangan risau, encik bos tidak meletak apa-apa jenis racun di dalam kek tersebut"

Edisi Malam MingguCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang