5 | the truth

2.5K 366 64
                                    

Langkah mereka berdua terhenti di sebuah reban angsa yang elok berpagar.

Ini tujuan sebenar Jimin mengajak Jungkook curi keluar dari asrama selepas sarapan tadi.

Jimin mahu memberi satu perkara baru kepada Jungkook. Bagi dia sedar sikit sekolah berasrama di kawasan pedalaman takdelah bosan mana.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" tanya Jimin setelah lama mereka diamkan diri merenung angsa di situ.

"Angsa la... kan?" Jungkook agak pelik dengan pertanyaan Jimin.

Jimin menggelengkan kepalanya sebelum kembali berbicara.

"Cuba tengok lagi sekali.. " katanya.

Jungkook menajamkan pandangannya ke arah sekumpulan angsa yang sedang terkedek-kedek ke arah lopak air.

Di sebelah lopak air tersebut kelihatan ada satu timbunan daun-daun kering dan di dalamnya ada...

"Oh! Ada telur angsa!! " jawab Jungkook teruja.

Bagi Jungkook itulah kali pertama dia dapat melihat telur angsa yang agak besar saiznya berbanding telur ayam.

Lol budak bandar sangat si anak Tuan Jeon ni.

Secara mengejut tiba-tiba Jungkook memanjat pagar yang menghadang reban tersebut.

"Woo woo dongsaeng, relaks" sempat Jimin menahan Jungkook sambil menepuk-nepuk bahu budak itu.

Jungkook kembali berdiri tegak di sisi Jimin menanti apa yang hendak disampaikan Jimin.

"Angsa ni dia kawal bebetul telur dia. Kalau kau nak curi telur dorng ada satu aje cara dia... " terang Jimin.

dan caranya ialah-

Selesai mereka berdua melompat ke dalam reban tersebut seperti yang dibincangkan Jungkook segera mengejar dan menangkap seekor angsa betina yang berwarna putih.

Kata Jimin, jika berbuat demikian kawan angsa yang lain akan mengejarnya sementara itu Jimin bolehlah mencurinya.

Ahaks pandai. 😝

"Yaa ppali Jimin! " teriak Jungkook apabila angsa yang lain mengganas mengejarnya dari belakang.

Jimin yang gayanya seperti pencuri terus mendapatkan telur yang berada di timbunan tersebut.

"Aaaaaahhhhhhhhhhhh sakiiit!!" jerit Jungkook lagi apabila salah seekor angsa jantan mematuk punggungnya berkali-kali.

"Ok. Dah dapat dah! Lepaskan angsa tu cepat keluar dari sini" arah Jimin seusai kesemua telur telah selamat dibungkus menggunakan bajunya.

Ya, memang penat. Tetapi kerjasama mereka berdua membuahkan hasil. Mujur di sebuah warung terdekat tauke itu memberi kebenaran mereka berdua untuk menggoreng telur tersebut.

Nasib tak kantoi curi telur angsa orang. Apa-apa pun mereka berdua sudah kekenyangan memandangkan saiz telur angsa besar dan berkhasiat.

Mereka membuat keputusan untuk balik ke asrama memandangkan hari kian petang.

Mood Jungkook harini agak gembira kerana dia dapat melakukan satu perkara yang baru yang belum pernah dibuatnya. Akhirnya ada juga perkara yang tidak membosankan di sini.

Sesampai sahaja di asrama, satu persatu anak tangga dinaiki untuk mengemaskan diri di dorm memandangkan keadaan mereka berdua sudah lecun akibat hujan tadi dan beberapa kotoran lumpur tertompok di baju.

"Jungkook..... "

tawa mereka berdua terhenti seketika kerana ada yang memanggil.

Kelihatan Puan Minjun di sudut pondok telefon asrama memandang ke arah Jungkook.

; Dead Friend. jjk'pjWhere stories live. Discover now