Part 1- Mengguris hati ditikam lidah tajam

131 3 0
                                    

"You dah ready nak jumpa my mom?" Tanya Roslan sambil memandang tepat ke mataku.

Aku mengangguk. Tudung Ariani yang baru dibeli semalam aku betulkan sedikit. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

"Okey, jom masuk."

Aku melangkah masuk ke rumah banglo tiga tingkat ini. Sungguh aku terpegun melihat perabot-perabot di ruang tamu rumah Roslan yang bertemakan english style. Tidak seperti rumah usang aku di kampung dulu. Duduk di lantai hanya beralaskan kayu yang sudah reput sedikit. Aku memandang ke sudut kiri. Tersusun gambar portrait keluarga di atas almari berwarna putih itu. Roslan ini betul-betul dari keluarga yang senang. Lihat saja gaya mereka bergambar, seperti orang yang cukup makan, cukup tidur, cukup segala-galanya.

"So, you're Diana right?" Tiba-tiba aku ditegur seorang wanita yang berjubah merah jambu. Sungguh elegant walaupun hanya duduk di rumah. Atau mungkin dia baru saja balik dari shopping mall? Mana mungkin. Aku pernah tengok tv, orang kaya memang style dia macam nie.

"Ya." Jawab aku ringkas sambil bersalaman dengannya. Tangannya ditarik laju sebelum aku sempat menciumnya. Aku mula rasa berdebar dengan sikap ibunya yang seperti tidak suka dengan kehadiran aku.

"Have a seat." Kata ibu Roslan lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

Aku terus duduk di atas sofa yang cukup lembut. Aku memandang Roslan yang tidak henti tersenyum kerana gembira dengan kehadiran aku ke rumahnya. Lagipun ini entah kali ke berapa ratus dia mengajak aku untuk berjumpa  ibunya. Cuma aku saja yang tidak bersedia lagi.

"Mommy and Diana borak dulu. I nak pergi toilet kejap." Roslan bangun dan terus naik ke atas. Aku mula berasa tidak selesa selepas dibiarkan berdua bersama ibunya tanpa bicara. Kalau ikutkan hati, aku mahu ikut saja Roslan ke tandas. Tapi nanti apa pula kata ibunya. Otak aku mula ligat memikirkan soalan-soalan yang biasa ditanya apabila kali pertama bertemu dengan bakal mak mertua. Jantung aku ini kejap rasa kejap tak. Memang sah aku tengah cuak tahap kritikal. Aku meramas jari jemari aku sehingga menampakkan cincin yang diberi oleh Roslan.

"Itu cincin yang Roslan bagi?" Tanya ibunya sambil menjeling tajam.

"Ya makcik. Roslan melamar saya di Secret Recipe di KLCC minggu lepas." Kata aku sambil tersenyum manis.

"Dont called me makcik. Mana adab you cakap dengan orang kaya macam I nie? Panggil I Datin Sabrina."

"Maafkan saya datin. Saya tak tahu. Roslan tak pernah cakap ibunya  seorang datin." Jelas aku kerana rasa bersalah. Sejujurnya Roslan jarang bercakap tentang keluarganya dan dia juga seorang yang humble. Baginya, kemewahan tidak memberikan kasih sayang kepadanya. Kerana itu, dia terima aku seadanya walaupun tahu aku bukanlah daripada keluarga yang senang.

"Let me tell you Diana. You memang tak layak untuk anak I. Look at yourself! You have nothing!" Kata Datin Sabrina dengan suara yang tinggi.

Aku tersentak mendengar kata-katanya. Mataku mula berkaca menahan air mata yang bakal mengalir.

"Tapi saya ikhlas cintakan Roslan." Kata aku tersekat-sekat.

"Perempuan kampung macam you nie hanya tahu berpura-pura. Entah kat manalah Roslan berkenan sangat dengan you. Muka biasa-biasa je. Takde yang menarik lansung."

"Kalau cinta itu pandang rupa, itu bukan kami." Kata aku ringkas. Air mata yang aku tahan kini mengalir deras.

"Kalau bukan rupa yang dipandang, pasti wang yang menjadi idaman kau! Dasar perempuan kampung mata duitan!" Kata Datin Sabrina sambil mencelik biji matanya.

Kata-katanya seperti pisau yang merobek jantungku. Aku tidak sangka pertemuan yang sepatutnya indah bertukar menjadi igauan ngeri dalam hidup aku. Sungguh aku tidak mampu lagi menahan lontaran racun yang melumpuhkan segala perasaanku. Aku terus mengambil handbag aku dan keluar dari rumah itu sambil menangis teresak-esak. Roslan yang baru saja turun ke ruang tamu terkejut melihat aku berlari tanpa meninggalkan pesan.

"Mommy what happened?!" Tanya Roslan. Dahinya berkerut. Dia mahu mengejar Diana tapi dihalang oleh ibunya.

"Enough Roslan! Dia tak layak untuk you." Kata ibunya dengan suara tegas. Beliau berasa sungguh geram melihat sikap anaknya yang seperti orang gila.

"But she's my girlfriend. Roslan dah janji nak kahwin dengan dia." Rintih Roslan sehingga air matanya mengalir.

"No! Roslan kena kahwin dengan Sherry. Mommy dah bincang dengan Datin Maria about this." Kata ibunya.

"Tapi..."

"Roslan, you kena ingat. Kalau bukan Datin Maria. Dah lama kita muflis. Kita takkan duduk kat mana kita berdiri sekarang." Jelas ibunya lagi.

"Bullshit! Ini semua sebab terhutang budi. What about Diana?! Lansung tak fikir perasaan dia." Jawab Roslan. Hatinya begitu risau memikirkan keadaan Diana sekarang. Pasti dia tidak berhenti menangis.

"Perasaan mommy atau perasaan dia. Mana lagi penting?" Datin Sabrina sengaja menjerut anaknya dengan soalan yang pasti tidak mampu dijawab. Dia terus naik ke bilik dan membiarkan anaknya berserabut di situ.

"Arghh!" Roslan menjerit bagi melepaskan tekanannya. Dia terus keluar dari rumah dah memandu BMW 5 series untuk mencari Diana. Anak matanya liar memandang di setiap pelusuk jalan dan bangunan. Mengharapkan ada kelibat gadis memakai baju kurung berwarna biru muda sedang berjalan kaki seorang diri. Fikirannya sungguh serabut. Diana pula tidak dapat dihubungi dari tadi. Hati lelaki mana yang tidak risau jika kekasihnya pergi begitu saja.

Duri Cinta AgungWhere stories live. Discover now