Bab 15

9K 405 12
                                    

     Dafinaa menyarungkan sepasang kasut but Lita ke kakinya. Langkah perlahan diatur ketika menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu.

     Sarah sedang merehatkan badannya di sofa sambil tangannya sibuk membelek majalah Vogue. Deheman Dari Dafinaa membuatkannya dia berpaling.

     "Haa, siap pun kau!" Katanya.

     "Kau taknak letak beg kau kat bilik dulu ke?" Soal Dafinaa apabila terpandang bagasi Sarah yang diletakkan bersebelahan dengan sofa.

     "Alaa, nanti je lah! Jomlah, aku nak makan macaroon ni!" Rengeknya pula.

     "Yelah, yelah!" Akur Dafinaa. Bunyi hon dari luar rumah mengejutkan mereka berdua. "Jom, teksi dah sampai dah tu."

     Mereka berdua melangkah keluar dari rumah. Sebelum berangkat pergi, Dafinaa sempat mengunci pintu rumahnya dan menghidupkan burglar alarm.

     Dafinaa memberitahu pemandu teksi tersebut destinasi mereka. Setelah 40 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di sebuah kafe tempatan. Dafinaa mengeluarkan beberapa keping not lalu memberinya kepada pemandu teksi tersebut.

     "Ha, ni lah tempat aku selalu lepak lepas kerja." Kata Dafinaa.

     "Amboi, lepak ye Kak?" Ketawa Sarah tercetus. "Dah, Jom!" Sarah menarik lengan Dafinaa untuk masuk ke dalam kafe tersebut.

     Mereka berdua duduk di sebuah meja yang berdekatan dengan sebuah tingkap. Sarah memesan secawan coklat panas dan macaroon perisa coklat manakala Dafinaa memesan cappucino dan roti croissant.

     "Ana, aku nak pergi toilet kejap. Tunggu tau." Pesan Sarah sebelum berlalu.

     "Hello." Seorang budak perempuan muncul di hadapan Dafinaa.

     "Hello." Balas Dafinaa.

     "You're that supermodel right?" Tanya budak itu.

     "Yes." Balas Dafinaa.

     "Waliyha! There you are!" Seorang wanita muncul di sebelah budak perempuan tersebut. "I'm sorry- you're that supermodel!" Kata wanita yang bertudung itu. Dafinaa beranggapan bahawa mereka berdua merupakan salah satu daripada keluarga beragama Islam di Paris.

     "You can call me Ana." Kata Dafinaa.

     "I'm Sofia and this is my daughter, Waliyha." Wanita tersebut memperkenalkan diri mereka. "Can we get your autograph?"

    "Sure." Dafinaa menandatangani kertas yang dibawa oleh Waliyha.

    "Thank you." Ucap Sofia.

     "Bye!" Dafinaa melambai ke arah mereka.

     Tidak lama kemudian, Sarah kembali ke tempat duduknya. Pesanan mereka telah sampai. Perbualan Sarah dan Dafinaa terganggu dengan teguran seorang lelaki.

      "Assalamualaikum" Ucap lelaki tersebut.

      "Waalaikumussalam" Jawab mereka berdua serentak.

      "Al?" Panggil Sarah. "Eh duduklah sini." Jemput Sarah.

     Haq dan Dafinaa bertukar pandangan. Sarah tidak berhenti memberitahu cerita tentang kawan kawannya sedangkan Haq hanya membalas dengan anggukan dan senyuman.

     "Saya tak sabar nak shopping baju pengantin dengan awak." Kata Sarah dengan teruja.

     "Aku ada kenal pereka baju muslimah dari Malaysia ni, dia ada buka butik pengantin. Kalau kau nak, aku boleh tunjukkan kat kau." Cadang Dafinaa. Haq kelihatan bingung.

Eh, Mr. Pilot?Where stories live. Discover now