Telefon di dail berulang - ulang kali. Penat jarinya menekan nombor yang sama dari pagi tadi. Selalunya Danial akan mengangkat panggilannya walaupun yang diterima adalah makian. Melisa sedar yang dirinya seperti wanita yang gila talak tetapi apakan daya. Dia sayangkan Danial lebih - lebih lagi lelaki itu adalah lubuk emasnya.
Selepas kejadian hari itu, dia semakin hilang arah. Tak tahu cara yang bagaimana lagi untuk memujuk Danial agar mereka kembali bercinta. Danial memang sukar dipujuk. Mentang - mentanglah dia tu ramai yang gila - gilakannya, bukan main lagi kita dibuang seperti sampah. Geram dengan sikap Danial.
Loceng rumahnya berbunyi kuat malah berkali - kali. Dalam kemalasan, Melisa bangun dan menuju ke pintu. Matanya menangkap batang tubuh milik lelaki yang sangat dia kenali. Jehan. Apa lagi yang lelaki ini mahukan?
"You nak apa?" Tanya Melisa acuh tak acuh. Sengaja pintu pagarnya tidak dibuka.
"Nak you lah. Bukalah pintu ni." Jawab Jehan.
"Tak payah nak mengada - ngadalah. I malas nak layan." Melissa menolak. Hatinya masih sebal apabila mengenangkan janji kosong yang telah dibuat oleh Jehan.
"Kenapa marah - marah ni? Meh sini, I tenangkan you." Melissa menjeling garang.
"You dah janji nak pujuk Danial supaya balik pada I tapi tak ada pun. Jadi buat apa I nak layan you lagi?" Jerkah Melissa. Barannya semakin meninggi. Dahlah Danial tak angkat telefon, dia pula datang menganggu. Mengabiskan beras je melayan mamat gila ni.
"You bukan tak kenal Danial tu macam mana. Sekali dia kata tak nak, seribu kali dia tolak. Puas I pujuk dia." Jehan menipu. Mana berani Jehan menyebut nama Melissa dihadapan Danial. Mahu kena terajang free nanti.
Selepas pergaduhan besar - besaran di pejabat hari tu, semua teman - temannya diberi amaran untuk tidak menyebut nama atau apa - apa kaitan berkenaan Melissa dihadapannya. Jadi bagaimana nak pujuk Danial? Lagipun buat apa dia memujuk Danial kalau dia sendiri nak 'makan' Melissa?
"Yelah tu. Padahal you tak cuba pujuk dia pun kan?" Melissa menduga. Hampir - hampir saja Jehan membuat muka terperanjat. Dia sehabis daya membuat muka belas ihsan supaya Melissa mempercayainya.
"Betullah you. Takkanlah I tak bantu kawan I sendiri. Lagipun I tengok semenjak dia putus dengan you, wajah dia semakin kusut. Tak sanggup I tengok keadaan dia sekarang ni. I rasa dia teringatkan youlah."
"Betul ke? You rasa dia sayangkan I lagi ke?" Melissa yang gembira mendengar perkhabaran baik itu terus mengenggam kunci dan membuka pintu pagar.
Jehan masih lagi dengan lakonannya. Yes, jerat aku mengena. "I rasa dia masih sayangkan you lah. Semalam dia tak keluar makan tengahari. Bila I pergi tengok dia kat bilik, rupa - rupanya tengah tengok gambar you."
Amboi, bukan main lagi Jehan menambah perasa. Melisa terus memaut lengan Jehan dan melentokkan kepalanya di bahu Jehan. 'Memang hebat jerat yang aku pakai kali ni. Dah agak, bukan susah nak dapat perempuan murah macam ni.' -
"I tahu dia sayangkan I. Dia ego je tu. I dah habis idealah macam mana nak pujuk Danial. You ada idea tak?" Tanya Melissa dengan manjanya. Tubuhnya sengaja digesel - geselkan supaya mengena Jehan.
'Aish betina ni. Kang aku ngap sekarang macam gelojoh pula. Rileks, ikan dah terlekat kat mata kail. Kena layan air deras dulu. Kalau rentap nanti ikan menjauh pula. '
"I adalah dua tiga idea tapi itupun kalau you nak terimalah." Jehan cuba bermain tarik tali. Dia pasti Melissa akan jatuh juga ditangannya. Bukan sekali ini dia mencuba dan banyak kali. Setiap umpan yang diberi pasti Melissa akan ada dalam jaringnya.
"Kongsilah idea tu dengan I. Mana tahu ada satu dua yang boleh I guna untuk Danial."
"Tapi apa yang I dapat?" Senyuman gatalnya mula muncul.
YOU ARE READING
CERPEN = Cinta! Kali ini bukan dia.
Short StoryKerana masa lalu, hidupnya penuh dengan hati - hati tetapi siapa mampu melawan takdir? Siapa kata hidup derita selamanya? Tak mungkin selamanya watak jahat akan berkekalan sehingga akhirnya.