"Hahh, amik air sembahyang lah. Takde orang rasanya dalam surau , takpelah sembahyang jelah." Wanie membebel.
Wanie pon berlalu pergi ke tempat wudhuk. Setelah 5 minit dia pon keluar untuk memakai telekung yang di bawanya.
Tiba tiba....
"Assalamualaikum." Suara seseorang yang amat dikenalinya. Wanie memandang ke arah empunya suara dan menjeling tajam. Bukan wanie tidak suka akan kehadiran dia, tapi baginya biarlah dia jual mahal sedikit.
"Waalaikumussalam." Balas wanie sepatah.
"Kau buat ape dekat sini? Sorang pulak tu?" Naufak bertanya prihatin.
"Ehh tak nampak ke aku tengah siang ikan ni. Lol dah tau tanya lagi. Aku nak solat le." Wanie berlalu.
"Em wanie. Aku imamkan kau k? Alang alang dah ade kat sini. Kita solat sama sama okay?" Naufal memujuk wanie.
"Hmm takpelah, lagipon lagi afdal kan solat ramai ramai. Hm okay" bisik hati wanie.
"Okay." Wanie membalas tenang.
Naufal melaungkan iqamat. Wanie terkedu dan hampir pengsan mendengar suara naufal. Sungguh indah sampai mampu membuat wanie terkedu. Ya. Wanie dah mula sayangkan dia.
Mereka pon solat bersama sama sehingga habis tahyat akhir. Naufal pon membaca doa dan diaminkan wanie.
"Bismillahhirahmanirrahim, ya allah ya tuhanku kau ampunilah segala dosa dosa ku, ampunilah segala dosa kedua ibu bapa ku. Kawan kawan ku, sesungguhnya aku dan mereka hanyalah insan yang lemah yang sering melakukan dosa. Ya allah kau tempatkanlah kekasih junjunganmu tempat tertinggi seperti yang engkau janjikan. Ya allah ya tuhanku, kau ikhlas kanlah hati kami menerima segala ilmu yang telah disampaikan, kau ikhlaskan lah hati kami dalam menghadapi perjuangan pembelajaran kau permudahkanlah segalanya ya allah, Ya allah ya tuhanku yang maha mengetahui. Yang maha mendengar, yang bijaksana merancang. Aku merayu dengan serendah hati kau buka kanlah pintu hati ungku nur shawani supaya menerima aku dengan hati yang ikhlas. Kau jadikanlah dia kawan aku yang ikhlas. Kau jadikanlah dia isteri kepadaku, kau jadikanlah dia ibu kepada anak anak aku satu hari kelak. Sekiranya dia bukanlah yang engkau rancangkan, aku menerima dengan hati yang redha. Amin amin ya rabbal alamin."
Wanie tergamam mendengar doa daripada naufal, sungguh dia tidak menyangka naufal juga suka akan dirinya. Wanie tidak mampu melafazkan kata kata dan hanya mampu berdiam diri sahaja.
Wanie terus bangun daripada duduknya.
"Wanie, aku tau aku ni bukan lelaki yang baik untuk kau. Tapi boleh tak kau bagi aku peluang untuk kenal kau betul betul?" Naufal berkata seraya membantutkan perjalanan wanie.
"Naufal, kau pasti ke? Aku ni banyak syarat. Aku tak suka couple couple ni. Aku tak suka guna saya awak. Aku ntahlah haih." Wanie mengeluh.
"Wanie trust me, insyaallah aku boleh je terima semua kekurangan kau. Tapi dengan syarat kau kene terima aku macam mana aku terima kau. Tapi aku takkan paksa kau...." belum sempat naufal menghabiskan wanie sudah mencelah.
"Aku terima kau." Wanie membalas dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
KITA
Teen Fiction"Bodoh punya alakatak, dahla nama geng katak, perangai macam katak. Eee sakitnya hati aku. Nak lagi dengan sezzy tu. Sudahlah letak span, ape dia ingat dia bagus sangat?" -anisya2k16-