"Hahaha berani kau kacau bini aku." Ray menumbuk perlahan bahu ejat.
"Lek lek bro. Aku gurau je." Ejat menarik anisya ke dalam pelukannya."Ouh please get a room" asyurah menjelig matanya ke atas tanda menyampah dengan drama ejat dan anisya.
"Eleh kau jealous kan" anisya ketawa perlahan lalu mengambil tempat di sisi suaminya. Dia memegang erat tangan suaminya dan bermain dengan urat tangan ejat.Mereka semua mengambil tempat masing.
Ana memandang wajah ray yang terlihat bahagia ketawa di samping rakan rakannya ."Amboi kat rumah hari2 menghadap muka laki kau, takkan kat sini pon nak curi2 tengok lagi" farah menyakat ana.
Mereka semua terdiam, lalu ray memandang ana dengan senyuman yang paling menawan.
"Cer cerita sikit. Macam mana korang boleh membesar sama2 lepastu kahwin" ana menukar topik dan menumpukan perhatiannya kepada mereka semula. "Okay first aku nak tau asyurah. Bukan last kau dengan zack ke. Ni apa kehe lagi melekat dengan zarel ni.?" Ana tertawa perlahan.
"Beb aku mintak maaf do, Aku tak tau cerita. Kalau bukan sebab si sazzy sial tu, mesti dulu kau tak lari dari kitorang. Lepas kau pergi aku dapat tau yang sazzy cuba lagakan kita semua. Tapi salah kau jugak, sebab tak bagitau laki aku ni cousin kau. Sepanjang aku balik rumah mak mertua masa raya, aku tak pernah nampak ray dengan kau pon balik. Haih merajuk betul kau ye." Asyurah senyum pahit mengenangkan kesilapannya yang lepas.
"Hahahaha nanti aku cerita. Haa sambung cepat. Apa jadi kat zack dengan sazzy?" Ana teruja ingin tahu.
"Hmm sazzy dah masuk hospital gila. Aku dengar dia meroyan sebab laki dia ceraikan dia." Nina menyampuk.
"Aik?? Kene cerai sebab apa?" Ana bertanya.
"Haihh sazzy tu kemaruk harta sangat. Sampai dia nak bomoh2 kan laki dia. Laki dia dapat tau, hm talak tiga terus" nina menyambung lagi.
"Awak kalau saya dapat tau awak nak bomoh2 kan saya, kene awak" zarul yang tiba tina menyampuk dan sengaja menyakat nina sehingga muka nina merah .
"Yang pasal zack ni pulak, dia pakat dengan si sazzy. Sazzy lah yang tukar dia jadi macam tu. Dia kata dia jadi macam tu sebab dendam dekat asyurah. Tapi tu dulu. Sekarang dia dah okay and dah tak kacau syura lagi." Wanie pula bercerita.
"Dia kata?" Ana hairan. "Yelah dia datang kat kitorang, dia serba salah. Dia cerita lah balik benda betul. Tuha dia dah bahagia dengan bini model dia tu. Dapat anak dah pon." Wanie menuding jari ke arah pasangan itu.
Benar kata wanie, mereka nampak sungguh bahagia."Macam mana kau boleh baik dengan bini kau weh?" Ana memukul lembut bahu zarel
"Biarlah ianya menjadi rahsia agung aku dengan bini aku." Zarel mengenyit mata ke arah asyurah, lalu mencium manja pipi asyurah.
"Eh tolong eh jangan nak bercengkerama dekat sini. Nak anak pergi masuk bilik sana" ejat berkata selamba.
"Jap aku nak tanya. Nelie? Aiman?" Ana bertanya lagi. Baru dia perasan akan ketidak hadiran mereka.
"Em nelie sekarang ni, kat oversea. Maklumlah dia dah jadi fashion designer paling top. So kau faham2 jelah. Emm aiman pulak,..." farah memandang sayu mata ana.
Ana faham dengan pandangan itu. Begitu juga dengan mereka yang lain.
"So turn kau pulak ana. Cerita lah" wanie memandang ke dalam mata ana meminta penjelasan.
Ana beralih tempat ke sebelah ray.
Ray memegang tangan ana dan menggenggam erat tangan isterinya tanda memberi kekuatan.
Ana menarik nafas sedalam dalamnya. Tanda bersedia mahu bercerita.
"Time aku......."
YOU ARE READING
KITA
Teen Fiction"Bodoh punya alakatak, dahla nama geng katak, perangai macam katak. Eee sakitnya hati aku. Nak lagi dengan sezzy tu. Sudahlah letak span, ape dia ingat dia bagus sangat?" -anisya2k16-