BAB 1

15 0 0
                                    

" Apa yang omma cakapkan ni?! "berang Yeon Soo apabila omma dan appanya memberitahu perkara itu kepadanya.

"Kami dah bincang elok-elok dan omma dan appa dah tekad dengan keputusan yang kami buat ni. Kamu kena ikut juga dan tidak boleh membantah!"ujar appa Yeon Soo dengan nada yang tegas.

"Tapi Yeon Soo tak kahwin,I want to have my own life!Don't you get it ?!"ujar Yeon Soo dalam keadaan yang marah.

"Kami tak kira,kamu kena setuju juga dengan keputusan yang kami buat ni. Hari Khamis ni merupakan hari untuk kamu nikah. Keputusan appa muktamad!.
"appa Yeon Soo berkata dengan berangnya.

Yeon Soo berlari dari ruang makan rumahnya tanpa menghiraukan panggilan dari ommanya dan menaiki tangga lalu masuk kedalam biliknya dengan menghempaskan pintu begitu kuat.

"Ni semua salah awak, kalau awak tak cakap elok-elok dengan Yeon Soo semua benda ni memang takkan jadi!"kata Puan Oh dengan nada yang marah namun Encik Oh hanya menayangkan muka tidak bersalah kepada Puan Oh kemudian kembali bersarapan pagi.

Yeon Soo duduk di sebalik pintu sambil memeluk kedua-dua belaja kakinya.Dia benar-benar kecewa dengan ibu bapanya yang membuat keputusan tanpa memberitahunya.

Dia memukul dirinya sendiri menggunakan tangannya sambil menangis. Kemudian secara perlahan-lahan dia tertidur bersandarkan pintu setelah puas menangis.

Sudah dua hari Yeon Soo mengurungkan diri didalam bilik dan tidak mahu menjamah makanan lansung. Perbuatan Yeon Soo ini sangatlah merisaukan Puan Oh.Dia memberitahu mengenai perkara ini kepada Encik Oh kerana tidak mahu berlaku sesuatu kepada anaknya.Encik dan Puan Oh mengambil tindakan untuk membuka pintu bilik Yeon Soo dengan menggunakan kunci pendua.

Setelah berjaya membuka pintu bilik Yeon Soo menggunakan kunci pendua, terus Puan Oh berjalan meluru kearah anaknya dalam keadaan yang panik apabila melihat situasi Yeon Soo Sedang duduk di birai katil sambil memeluk kedua belah kakinya.Puan Oh memeluk anaknya itu dan mencium dahi anaknya.

"Yeon Soo, kenapa kamu jadi macam ni?!"ujar Puan Oh sambil masih nengekalkan posisinya iaitu memeluk Yeon Soo. Sedih dia melihat anaknya berkeadaan seperti itu.

"Kamu ingat appa akan batalkan rancangan yang appa dan omma buat tu kalau kamu bersikap macam ni?!.Tidak sesekali appa akan batalkan rancangan tu!"kata Encik Oh dengan nada yang sangat tegas.

"Bila masa Yeon Soo kata yang Yeon Soo buat semua ni semata - mata nak batalkan rancangan tu?.Yeon Soo dah buat keputusan yang Yeon Soo setuju dengan keputusan appa dan omma.Yeon Soo dah fikir masak-masak. "kata Yeon Soo tanpa berfikir.

Puan Oh berasa sungguh gembira dengan keputusan yang telah dibuat oleh anaknya itu. Dia memeluk anaknya dan mengucapkan terima kasih kepada Yeon Soo.

"Terima kasih sayang sebab anak omma ni sudi tunaikan permintaan appa dan omma. Pasal persediaan perkahwinan kamu jangan risau,kami dah siapkan semuanya untuk kamu. "Puan Oh nengucup dahi Yeon Soo kemudian memandangnya.

Yeon Soo menghadiahkan sebuah senyuman buat appa dan ommanya walaupun dia sebenarnya tidak rela dengan majlis perkahwinan ini dan dia setuju kerana appa dan ommanya bukannya secara sukarela.

'Omma dan appa kalau nak tahu sebenarnya Yeon Soo buat semua ni untuk appa dan omma. 'getus Yeon Soo didalam hatinya.

Beberapa hari telah berlalu dan Kini tibalah masanya untuk Encik Oh menyerahkan tugasnya kepada orang yang layak iaitu bakal pendamping Yeon Soo. Encik Oh berharap sangat yang dia mampu untuk menjaga Yeon Soo dengan sebaik-baiknya sebagaimana Encik Oh telah menjaga Yeon Soo dari kecil seperti menatang minyak yang penuh.

Sekarang tibalah masanya untuk Yeon Soo berjalan masuk kedalam dewan dan Encik Oh memimpin tangan anaknya sambil melangkah masuk kedalam dewan itu. Encik Oh sempat berpesan kepada Yeon Soo agar menjadi seorang isteri yang baik dan tidak mengingkari arahan suaminya walaupun sesekali.Yeon Soo menundukkan mukanya sewaktu masuk kedalam dewan tersebut kerana tidak sanggup untuk bertentang mata dengan bakal suaminya itu.
Ketika Encik Oh sampai berjalan kearah pengantin lelaki,dia menyerahkan tangan anaknya kepada lelaki tersebut dan Encik Oh sempat berpesan sesuatu kepada lelaki itu.

"Tolong jaga Yeon Hee dengan sebaik-baiknya untuk ahjusshi,yer Min Yoongi?.Mulai sekarang panggil ahjusshi appa dan sesekali mengabaikan Yeon Hee kerana appa yakin dia mampu menjaga kamu dengan baik."Encik Oh menepuk-nepuk bahu lelaki itu perlahan-lahan dan beransur pergi dari situ.

Kini tibalah masa untuk paderi memulakan tugasnya untuk mengahwinkan mereka.Paderi memulakan langkahya dengan menanyakan soalan kepada pihak lelaki dahulu.

"Min Yoongi,sudikah kamu menerima Oh Yeon Soo sebagai pendamping di sisi kamu saat susah atau senang?"ujar paderi itu kepada Yoongi.

Saat Yoongi hendak menjawab soalan yang diujarkan oleh paderi kepadanya,Yeon Hee mengangkat kepalanya lalu dia memandang kearah Yoongi.Yeon Hee tergamam melihat Yoongi.Dia mula merasakan jantungnya berdegup laju dan anak matats menikam tepat memandang kearah Yoongi.

Ya, ianya sudah terjadi iaitu cinta atau lebih tepat dinamakan cinta pandang pertama.Dia tahu mengenai perasaan ini kerana dia pernah merasainya dahulu. Dia tersenyum memandang Yoongi yang memandang kearahnya dengan memberikan pandangan yang aneh.

'Dah kenapa pompuan senyum macam tu dekat aku. Gila ke apa minah tapi cantik dia semasa senyum,comel!.Eh apa yang aku mengarut ni?!.'Yoongi memarahi dirinya sendiri didalam hatinya.

"Saya sudi terima Yeon Soo dalam keadaan susah mahupun senang."Yoongi menarik nafas lega setelah mangucapkan kata-kata itu.

Sekarang tiba pula giliran Yeon Soo untuk menjawab pertanyaan paderi yang bakal dilontarkan terhadap dirinya sebentar lagi.

"Oh Yeon Soo, sudikah kamu untuk berada di sisi Min Yoongi sebagai pendamping hidup dia ketika susah dan senang?"bertanya paderi kepada Yeon Soo.

"Saya sudi menerima Min Yoongi sebagai pendamping hidup saya disaat susah dan senang buat 'selamanya'. "Yeon Soo menekankan sedikit perkataan 'selamanya' itu sambil memandang Yoongi dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Maka saya isytiharkan yang kamu berdua sekarang ialah pasangan suami isteri yang sah."ujar paderi itu kepada kedua-dua pasangan itu.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CAN IWhere stories live. Discover now