Ah.. Iqin datang tu. Aku taknak kacau korang aku pergi tugas dulu ye. Bye assalamuaikum.
Okeylah..
Iqin pov.
Awak marah ke??
Tidak lah.-mr.misteri
Saya tahu awak marah tapi saya tidak ada hubungan pun dengan dia.. Kan awak ada cakap yang awak tahu masa silam saya. Saya sengsara selama 7 tahun sebabkan oleh dia. Dan sekarang ni perasaan saya kat dia memang dah tiada. Awak jangan risau k..
Saya tahu.. Saya cuba nak control perasaan saya tapi perasaan cemburu saya yang menguasai saya.. Saya yang patut minta maaf. Lain kali saya akan cuba control perasaan saya.. K.. Okeylah awak.. Awak sambung lah makan nanti apa pulak kawan awak katakan nanti.. Saya nak tanya ni.
Tanyalah.
Mereka dah tahu ke yang awak ni girlfriend saya..
Apa lah awak ni.. Kalau orang lain dengar habis saya.
Lalu aku menutup mulut mr.misteri dengan menggunakan kedua-dua tanganku.Apalah korang ni kalau nak sweet couple kat jauh-jauh dari kantin lah. Nanti jadi tonton orang ramai pula.- Harith menyampuk
Awak cakap dengan dia eihh. Kenapa awak takut kalau mereka tahu??
Memang lah saya takut sebab selama ni mereka pasti akan gelakkan saya sebab ini kali pertama mereka dengar yang ada lelaki yang menyukai saya.
Apa salah nya..
Apa salahnya awak cakap. Mati saya dikerjakan mereka nanti. Dah lah saya nak pergi sana dulu mereka macam perhatikan kita je.. Okeylah bye.. Assalamuaikum.
Masa tu aku baru saja mahu pergi tapi tangan aku dipegang olehnya.
Awak jangan macam ni? Nanti malu saya.
Takpayah nak malu.. Saya cuma tanya yang saya sukakan awak..
-dengan nada perlahan.Awak ni? Okeylah saya nak gi sana.
Lalu mr.misteri lepaskan tangannya..
Masa dia memegang tanganku aku rasa jantung ku berdegup dengan pantas. Tapi aku cuba menafikan perasaan ini kerana aku takut perasaan aku dipermainkan.
Selepas duduk di tempat kami makan.
Iqin, sweetlah dia tu.. -Aza
Handsome pula tu..-Shila .
Apalah kau ni.. Mana ada..
Benar lah.. Dia tu dah ada girlfriend ke?? Sebab aku suka dia lah..- shila menyampuk lagi..
Apa lah kau ni mestilah dia ada girlfriend kau tngok je gaya dia tu siapa yang taknak kat dia..-Aza menyampuk lagi.
Mana sepupu kau. Dari tadi aku tengok tidak ada pun??
Aku menjadi pelik tiba-tiba saja Faz menghilang.Owh. Dia tu nak balik kelas awal katanya.
Kenapa? Kau masih ada perasaan kat dia lagi eih. - shila menyampuk
Kau ni aku dah buang perasaan aku terhadap dia lah.. Siapa suruh dulu aku yang terkejar-kejar cinta dia dan sekarang aku dah tidak ada sedikit pun perasaan cinta dalam hati aku ni.. Aku rasa benci lagi ada..
Sabarlah iqin. Aku tahu kau kuat..
Terima kasih lah korang sebab sentiasa di samping aku kalau aku ada masalah . beri aku nasihat..
Takde apa-apa pun apa gunanya kawan.
Iyalah tu.. Hah.. Lelaki pengawas tu handsomelah.
Sempat lagi dia ni.. Kau tu macam mana dengan kekasih kau tu nanti.. Pasti dia cemburu.
Tak ada dia cemburu! - lagilah Shila berangan..
Tapi sebenarnya mereka tidak tahu yang aku kekasih kepada mr.misteri tu..
Tapi aku mahu merahsiakan dulu.Aku melihat sepintas lalu mr.misteri menjalankan tugasnya. Aku rasa dia tu amanah orangnya. Apa aku ni.. Aku terus sedarkan diri ke alam realiti.
Apahal pulak dia ni.. Iqin kau okey ke??
Ah. Aku.. Aku okey je..
Apabila aku melihat dia sekali lagi dan saat ini dia pun memandang aku dengan senyum yang manis.
Aku pun membalas senyuman nya..
Ah.. Yang kau ni tersenyum-senyum dah kenapa??-lalu Aza menoleh ke arah orang yang membuatkan aku tersenyum.
Owh..-tapi Aza mendiamkan diri saja kerana kalau ada masa baru dia tanya kepada Iqin..
Aza pov
Iqin inilah kali pertama aku tngok kau happy macam ni.. Aku happy bila aku tngok sekarang ni kau dah happy dan boleh teruskan hidup kau yang lara sebelum beberapa bulan.
Aku doakan kau dapat berbahagia dengan orang yang menyayangi kau dan aku rasakan dia tu lelaki yang terbaik buat kau jika di bandingkan dengan Faz.. Dia dulu tak pernah pun tahu perasaan kau terhadapnya dan aku tahu selama kau suka Faz kau sekali menangis tapi sekarang kau happy.
Aku tahu Shila pasti mahu memikat dia tu tapi aku akan pastikan dia tidak akan merebut kebahagiaan kau sebab aku tidak berapa suka dengan perangai shila .Iqin pov.
Aza kau okey ke?
Kami sudah berada di dalam kelas dan aku masih pelik apabila aku tngok Aza termenung je dari tadi.. Dia dah tahu ke?? Itulah yang bermain di mindaku sekarang ni..
Aku okey. Iqin....?
Ye!! Kau nak kata apa kat aku. Tanyalah??
Boleh tak aku tumpang kereta kau.. Aku nak ajak kau pergi ke suatu tempat.. Boleh tak??
Boleh! Tidak ada masalah.. Kita terus pergi waktu balik sekolah..
Ye.. Tak jauh pun.. Jangan ajak shila.. Sebab aku ada cakap sesuatu dengan kau..
Okey.. No problems.
Aku pun rasa pelik kenapa tiba-tiba Aza ajak aku dan tidak mahu Shila ikut sekali..
Waktu balik
Aku,Aza mengemas barang dan kami mahu pergi ke sesuatu tempat dan kami terpaksa tidak mengajak shila sekali sebab tu permintaan Aza.
Bye aku balik dulu..- Shila berlalu pergi .
Jomlah.. Nanti jam jalan..
Okey..kau tahu ke tempat tu..
Mesti lah..
Okey...
Di tempat parking kereta.
Kami tersempak dengan mr.misteri.
Assalamuaikum awak..-mr.misteri mulakan
Walaikumussalam. Saya dan kawan dah kena pergi dulu ni.
Awak nak pergi mana??
Adalah rahsia. Mana boleh bagitahu.
Eihh kau...(macam kenal dengan mr.misteri)
Aku pun pelik dan hairan aza kenal ke dengan mr.misteri ni..
Aza.
Kau ni Iz....
kata-kata aza tiba-tiba terhenti apabila dia melihat mr.misteri memberi isyarat kepadanya..
Kau kenal dia ke??
Tak lah.. Dia ni seiras macam kawan aku lah..
Owh..
Mr.misteri pov
Fuhh.. Nasib baik tidak kantoi.. Kalau tak mati aku..
Nasib baik aza pandai elak daripada panggil nama aku.
Okey lah awak.. Bawa kereta tu hati-hati tau.. Assalamuaikum.
Aku terus berlalu pergi dan memberi isyarat kepada Aza supaya tidak menceritakan kisah aku kepada iqin.
Aza pov.
Patutlah. Tapi kenapa dia mahu merahsiakan identiti dia depan iqin.. Iqin pun satu takkan lah iqin tak kenal. Mustahil.. Apa yang dah jadi sebenarnya.
Nak tahu kisah selanjutnya.. Vote dulu.. Terima kasih kalau sudah vote..
YOU ARE READING
MR.MISTERI
RandomSiapa awak yang sebenarnya?? Awak tak perlu tahu siapa saya sebab saya akan sentiasa di samping awak- Mr.misteri Apa yang awak nak sampaikan kat saya? Nanti awak tahu juga-Mr. Misteri Kenapa awak muncul depan saya. Saya rasa saya kenal awak tapi say...