Ep4

10 0 0
                                    

Sesampai saja di taman dan mengambil tempat yang berdekatan dengan tasik.

Saya mesti perbetulkan apa yang awak salah faham terhadap saya.
1. Saya masih single
2. Memang ada saya cakap yang saya nak lindung awak sebab saya ikhlas sejak kali pertama saya jumpa dengan awak dan awak perlukan pertolongan saya masa tu..
3. Saya sebenarnya sudah tahu masa silam awak tapi awak tidak perlu terkejut.
4. Saya ikhlas
5. Bagi saya cantik luaran bukan berarti seseorang itu baik dan saya suka 😘 seseorang yang bijak,pandai jaga perasaan orang lain,sanggup berkorban, tidak pentingkan diri sendiri, merendah diri,berdikari,tidak putus asa dan sopan.
Saya rasa semua ciri tu ada pada awak.😊
6. Saya sebenarnya banyak kawan tapi kurang yang melanjutkan pelajaran di tingkatan 6.

Owh ok. Sorry kalau saya pernah kata sesuatu yang membuatkan awak kecewa dengan saya.

Tak pe. Lambat laun awak akan tahu siapa saya yang sebenarnya kepada awak.

Kenapa awak cakap macam ni.. Sebelum ini kita pernah jumpa ke?⁉

Awak tak perlu risau lah..

Awak. Kan awak cakap awak tahu masa silam saya. Jadi awak kenal lah Faz.

Ya. Saya kenal Faz.

Apabila aku dengar Mr.misteri berkata begitu aku sangat terkejut😱

Awak janganlah buat muka macam tu.. Kelakar lah😂

Apalah awak ni..😳

Dah dah saya tak gelak lagi..😈

Ok.😕

Janganlah merajuk.. Saya dah tidak gelakkan awak lagi dah.. Jomlah kita balik nanti apa pula kata mama awak..

Sampai di depan rumah..
Mama dan adik-beradik tngok aku dengan lelaki yang mereka tak kenal..
Pada masa yang sama,mr.misteri bukakan pintu untuk aku dan memimpin aku sampai ke dalam rumah.. Mereka hairan kenapa lelaki ini hantar aku balik. Siapa lelaki itu pada aku sebab ini kali pertama lelaki datang dalam rumah kami..

Kak, kenapa balik lewat ni?? Mama risaukan kakak..takut terjadi apa-apa yang tidak diingini..-Adik Ani.

Inikan kakak dah balik.. Tak perlu nak di risaukan lagi..

Kak ini siapa??-Adik semah

Ini kawan kakak..

Aku terpaksa berkata begitu takut mereka akan tanya lebih lanjut lagi..

Ah,kaki kak kenapa pulak ni?? Kereta kakak mana.?-mama

Mama tak perlu risau. Iqin terseliuh tadi kat sekolah dan dia ni tolong hantar iqin balik..

Macam mana iqin nak pergi ke sekolah kalau iqin tak ada kereta.??-mama

Mak cik tak perlu risau esok saya ambil Iqin pergi ke sekolah.saya akan jaga dia mak cik..mak cik boleh tak saya minta izin saya nak jadi boyfriend kepada Iqin.-Mr.misteri berkata dengan serius.

Apa!??😯
Aku sangat terkejut betapa beraninya dia cakap begitu depan mama. Mama pada mulanya terkejut tapi mama juga satu izinkan dia jadi boyfriend kepada aku.

Mak cik izinkan tapi kamu mesti janji dengan Mak cik kamu mesti jaga anak mak cik ini elok-elok. Dan walaupun mak cik tahu kamu yang sebenarnya....

Ayatnya terus terhenti apabila mama melihat Mr.misteri yang memberi tanda jangan bagitu.

Sebenarnya apa mama??

Aku jadi confuse dan aku merasakan yang mama juga ada simpan rahsia daripada aku.. Adakah aku perlu cari siapa mr.misteri itu sebenarnya?? Aku sendiri tak tahu..

Baiklah mak cik, saya dah kena balik ni. Esok saya datang ambiklah awak.assalamuaikum.
-terus pergi dan mama tolong hantar mr.misteri sampai di depan pintu.

Aku merasakan mama pasti berbual dengan mr.misteri tu..

Mr.misteri pov.

Mak cik boleh tolong saya tak??

Kamu nak minta tolong apa dari mak cik??

Mak cik tolong rahsiakan diri saya yang sebenarnya sebab saya tak nak dia tahu dulu. Kalau ada masa yang sesuai baru saya bagitahu semuanya kepada dia..

Baiklah.. Mak cik faham pasti kamu takut yang anak mak cik tu tahu siapa kamu yang sebenarnya.

Ya mak cik.

Kamu tidak perlu takut. Mak cik akan cuba sedaya upaya mak cik untuk bantu kamu. Kamu tak perlu risau..

Terima kasih mak cik..

Nanti kirim salam mak cik kepada mak abah kamu ye..

Baiklah mak cik..

Aku terus berlalu pergi dan aku bersyukur yang mama Iqin faham situasi yang dialami oleh kami berdua.
Iqin aku janji akan buat awak bahagia sebab saya tak nak lagi lihat awak sengsara lagi. Itulah saya ambil keputusan utk datang dalam hidup awak. Saya janji akan jaga awak..

Iqin pov.

Lama jugak mama aku ni berbual dengan mr.misteri tu.. Aku pun lupa nak tanya siapa nama dia yang sebenarnya..

Eihh. Kakak iqin dah ada boyfriend.. Bila adik dapat abang ipar cepat.-adik ani

Apalah adik ni.. Akak tak sampai ke situ ok.. Akak nak belajar dulu,kerja dulu..

Nyalah ya.. Hihi-adik semah pula menyampuk.

Kalau kaki Akak ni tak sakit siap korang Akak kerjakan..

Dah dah.. Jangan usik Akak kamu macam tu sekali. -mama bela aku.

Nasib mama ada..
Mama kenapa mama biarkan dia jadi boyfriend iqin. Iqin tak suka lah mama.

Tapi mama suka.. Dia baik dan dia sopan.-mama mahu saja beritahu perkara yang sebenarnya tapi mama dah janji dengan boyfriend kamu..

Mama..

Owh.. Biar mama urut kaki kamu yang bengkak tu. Lagi cepat baik..-mama cuba tukar topik..

Apabila selesai mama urut kaki aku. Aku terus masuk bilik aku dan mahu tidur sekejap sebab kaki aku rasa ok sikit selepas diurut oleh mama tadi..

Baru saja aku nak tertidur telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk.

???? : assalamuaikum! Kaki awak dah okey??

Iqin : ni siapa?? 😦

???  : ini sayalah.

Iqin : awak. Macam mana awak tahu nombor telefon saya ni??

Mr.misteri : saya minta nombor telefon awak daripada mama awak.. Sorrylah sebab saya minta nombor telefon awak tanpa bagitu awak dulu.

Iqin: Takpalah.. Kenapa awak berani kata yang awak nak jadi boyfriend saya sedangkan kita baru saja kenal.

Mr.misteri: betul ke kita baru saja kenal saya rasa dah beberapa kita kenal..

Iqin : suka hati awaklah. Saya nak tidur kejap ni. Awak jangan ganggu saya tidur tau??

Mr.misteri: Baiklah tuan puteri. Mimpikan saya ye..

Iqin : apalah awak ni.. Assalamuaikum

Mr.misteri: walaikumussalam.
See tomorrow. Girlfriend.

Apa lah dia ni.. Aku baru je kenal dia ini terus dah jadi girlfriend dia pula.
Inilah pengalaman yang baru kali pertama terjadi kat aku..

Apakah yang akan terjadi kepada iqin selepas ini??
Adakah mr.misteri dapat membahagiakan Iqin..

Vote and thank you..

MR.MISTERIWhere stories live. Discover now