Kau Tercipta Untukku? 1

46 1 0
                                    


'Mira! Aku dah nak keluar ni. Nanti on the way balik aku belikan burger ayam dengan air sekali', laung Aisyah Alisa dari pintu utama rumah.

 Tergopoh-gapah Mira Adriana melihat sahabatnya yang seperti orang hendak bertemu dengan sang kekasih yang sudah lama tidak bersua muka. Dia hanya melihat sahabatnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ya, sahabatnya Aisyah Alisa. Sudah 8 tahun mereka bersama-sama mengharungi segala suka dan duka. Jauh di sudut hatinya yang dalam, dia bersyukur kerana Allah S.W.T sudah mengurniakan seorang sahabat baginya yang setia berada di sisinya walau apa jua keadaannya. Dia berharap sahabatnya itu dipertemukan dengan insan yang mampu menjaga dan membahagiakannya.

'Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku ini. Semoga esok akan menjadi hari yang lebih baik dari hari yang sebelumnya. Semoga aku dapat tawaran bekerja di Syarikat Unggul Jaya. Jika rezekiku bukan di sana, maka kau permudahkanlah supaya aku tidak mengeluh untuk mencari pekerjaan. Kau ampunilah segala dosa-dosa hambamu ini. Kau ampunilah kedua arwah ibu bapa ku dan kau lapangkanlah kubur mereka. Sesungguhnya kau maha pengampun dan maha penyayang. Amin.' Usai solat maghrib, Aisyah bingkas ke dapur untuk menghidangkan makan malam bersama Mira. Menu makan malam pada hari ini ringkas sahaja. Burger ayam, nasi goreng dan juga milo. Walaupun mereka tinggal berdua sahaja, gelak tawa mereka seperti 10 orang ketawa. Itulah istimewanya persahabatan mereka. Apa sahaja topik yang dibincangkan, suasana akan menjadi riuh.

'Syah, kau dah dapat kerja ke ? Gembira sungguh kau malam ni. Ke, tadi kau jumpa mamat handsome. Betul tak ?' Aisyah ketawa mendengar sahabatnya. Lucu sekali. 'Haha, ada ke kau fikir sampai ke situ. Pasal kerja, belum lagi. Insya'allah esok lusa aku dapatlah,' jelasnya sebelum sambung. ' Pasal mamat handsome, aku tak jumpa pun lah. Kau ni takkan tak tahu aku...', baru sahaja dia ingin meneruskan bicara, Mira sudah terlebih dahulu 'membantunya' menyelesaikan ayatnya yang tergantung tadi. 

'Hmm, yalah. Aku tahu. Kau masih belum move on lagi kan ? Kau masih berharap suatu hari nanti kau akan jumpa dia lagi kan ? Sudahlah tu Syah. Dah 8 tahun kot. Takkan kau masih mengharapkan dia lagi ? Cubalah untuk mencintai orang lain. Kita ni dah 24 tahun tau. Aku rasa dia pun dah ada girlfriend. Lagipun masa itu kita belum dewasa lagi. Itu semua cinta monyet. ' tutur sahabatnya dengan wajah yang jelas terpancar kerisauan. Aisyah hanya diam membatu sahaja. Dalam diam, dia juga meng'iya'kan sahabatnya. Satu keluhan berat dilepaskan. 'Mira, aku tahu tu semua. Memang betul apa yang kau kata. Sampai sekarang, aku masih tak boleh lupakan dia tapi aku sama sekali tak mengharapkan dia lagi. Kalau pun suatu hari nanti aku terjumpa atau terserempak dengan dia, aku tak akan ...,' kata-katanya dimatikan di situ. Entah mengapa lidahnya keluh untuk dia mengucapkan perkataan selanjutnya. ' Life must goes on right ? Kau doakanlah aku dapat suri hati secepatnya. Hahaha!' Namun jika sudah tulis takdirnya untuk bertemu kembali dengan dia, apa kan daya. Kerana kalau jodoh, mahu dia lari ke mana sahaja, pasti akan dipertemukan kembali. 

Kau Tercipta UntukkuWhere stories live. Discover now