1

126 15 4
                                    

SHRIIINKKKK!

Bunyi desing. Aku terbangun. Mataku melilau-lilau mencari sesuatu. "A.. Aku kat mana ni" aku bertanya kepada diri sendiri walaupun aku tau aku takdapat jawab soalan tu. Aku menoleh ke arah penjuru di tempat yang aku duduki sekarang ni. Ah, baru aku sedar yang aku berada di dalam sebuah kubikel, tapi tidak pasti lokasinya dan kubikel yang mana. Aku perlahan melangkah setapak demi setapak sehingga-

PRAAKKKK!!

Celaka. Aku terus berlari mendapatkan kapak yang berada di penjuru kubikel itu. Aku taktau apa yang perlu aku buat dengan kapak tu tapi aku pasti aku amat memerlukannya. Kejap, mana semua orang? Sialan. Ini lagi memeningkan kotak fikiran aku selain soalan matematik yang susah gila tu, ni lagi runsing. Sebenarnya, aku tak ingat apa-apa pun yang terjadi sebelum ni, sehinggalah-

_________________________________

Aku merupakan seorang pelajar asrama yang biasa dan tidak lah sebodoh yang korang sangka. Kehidupan di asrama aku adalah sangat sucks dan kadangkala menghiburkan jiwa aku kerana penduduk di dalamnya semua gila-gila. Setiap pagi kami akan dikejutkan oleh seorang mamat nerd yang menjadi upahan kepada budak-budak yang bermasalah bangun awal dan malas untuk bangun awal seperti aku. Luckily, aku ni budak bilik dia so hell yeah, tak perlu susah-susah pun nak kempiskan dompet untuk khidmat mamat ni.

Apa yang membuatkan kitorang
(sebilik) terjaga sebenarnya bukanlah daripada kejutan or teriakan daripada mamat ni, just bunyi bising daripada gayung yang jatuh disebabkan sikap careless-nya yang dari kecik tu sampai buat aku nak hengguk sekali gayung-gayung tu kat kepala dia. Kadang-kadang adalah bedak tumpah lah, buku terjatuh daripada loker and banyak lagi yang boleh buatkan kitorang terjaga. Dan selepas tu barulah dia kejutkan yang lain-lain.

Dan tepat pada pukul 6.15 pagi, aku akan menggeliat hasil tindak balas budak nerd tu. Aku pun meraba-raba katil untuk mencari spektakel yang aku tanggalkan sebelum tidur. Sebenarnya,  aku taktau apa sebabnya aku berspektakel, mungkin antara sebabnya adalah ; 1) Hasil berkat kerajinan aku untuk stay-up membaca buku di dalam gelap atau 2) Kegiatan aku melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya aku lihat disebabkan aku di bawah umur dan orang atas umur pun tak patut lihat ; dan aku rasa korang mesti percaya sebab yang kedua kerana korang ni memang celaka. Apapun, selesai menyarungkan spektakel Ray Ban aku bergegas ke bilik ampaian untuk mengutip baju yang aku baru basuh semalam.

Apa hasil yang aku lihat ialah sebuah baldi yang berbau kepam dan ditandakan dengan initial  'Amin' di mana baldi itu adalah hak milik aku. Untuk pengetahuan korang, aku ni merupakan seorang yang happy go lucky so yeah, bukan kebiasaan aku untuk mencarut dan hamun pada pagi-pagi buta itu kecuali pada hari ini. Bukan aku tak belajar bacaan doa pada awal pagi masa kat tadika dulu-dulu, just situasi sekarang memang fucked up  dan memaksa aku memulakan pagi aku dengan makian. Aku terus melajukan langkah untuk mencari seorang budak, ya Danial.

Selesai sahaja aku berpetah bicara dengan mamat yang bernama Danial tu, oh lupa, ya Danial tu merupakan classmate aku dari Form 1, so kami memang rapat dan mempunyai chemistry yang tinggi. Hamun dan makian aku dah sebati dalam jiwa mamat tu kerana yelah, kami dah lama kenal. Danial tu pun apa kurangnya, bab hamun aku ni memanglah yang pertama. Dan kitorang anggap lah hamunan dan makian sebagai gurauan, sebab bestfriend mana yang jadi serious shit bila jumpa bestfriend sendiri? Orang bodoh pun tak macam tu, maybe.

Lepas sahaja daripada mandi dan gosok gigi aku teruskan rutin asrama aku untuk ke dewan makan. Sebenarnya aku takdelah persiapkan diri aku dengan mandi dan gosok gigi je, kalau aku tulis nanti takut semakkan mata korang yang membaca je. So aku turun daripada tangga tingkat 5 ke tingkat 3 untuk tunggu Daniel. Sementara menunggu, aku bersiul melagukan  rentak 7 years-Lukas Graham. Walaupun aku tahu siulan aku tidak berapa mantap, takpe, konfiden itu penting!

BRAHHHH!

Sialan. Terkejut aku. Terjahan daripada mana tah. Daniel rupanya! Ni kalau makan penyepak aku tiga hari tak tidur ni. Nasib la kawan. Aku cukup pantang dengan kejutan-kejutan ni. Lagi-lagi yang daripada belakang. Ya, semangat aku memang lemah. Jadi kalau korang nak ajak aku pergi cinema cerita Conjuring  ke Insidious, lupakan la hajat korang. Takut jadi menyusahkan pulak bila nak kena usung aku panggil ambulans. 

Dan apabila masuk-masuk je pintu dewan makan, ah, aku syok dengan dua benda ni ; 1) Aroma ayam masakan dewan makan yang menyengat hidung sampai lebam 2) Akak dewan makan sendukkan lauk dekat side pelajar putera ; dan of course aku paling suka yang kedua selepas  bau aroma ayam. 

"Kak, kuah lebih sikit kak"

"Mengada eh kau, ha ambik ni"

Dan pinggan aku banjir dengan kuah,

"Terima kasi-

SHRIIINKKKK!

Ah, apa benda ni? Mataku berpinar sekejap. Bunyinya seperti desingan tapi aku sendiri pun tak pasti. Dan apa yang pasti pinggan yang aku pegang tadi sudah jatuh berderai dengan ayam yang bergolek tanpa henti seperti kayu balak jatuh dari bukit. Apa yang aku dapat perhatikan dari sini ialah hilaian ketawa para pelajar  putera dan puteri, Eh, diorang ni tak dengar ke? Last-last aku pun tinggalkan dewan makan dengan perasaan sedikit bingung.

Sambil melangkah ke dorm aku pun me-recall satu persatu bunyi desingan tu. Persoalannya mana dia datang? Dah la tu, datang kat aku sorang je. Dan kenapa mesti aku? Misteri. Aku benci la benda misteri-misteri ni. Ingat aku takde benda lain ke nak buat? Nak reveal misteri ni pun dah satu hal. Kan aku dah meroyan. So aku pun decide lepaskan tension dengan beriadah lepas asar nanti.

______________________________________

Dan petang pun berlalu dengan pantas, bak kata pepatah mana tah ; time flies so fast ; aku bersetuju jugak dengan pepatah tu sebab ada betulnya jugak selain menjadi trending di laman sosial. Dan pada waktu petang begini biasanya aku mengisi masaku dengan bermain bola sepak, selain bola tampar. Aku ni bukannya skilled sangat pun, kalau nak kata contest Mencari Ramli, aku orang pertama keluar sebelum ditemuduga. 

Selepas aku menggelecek beberapa pertahanan lawan dan menjaringkan gol, aku kembali di mana posisi aku berada tadi. Tiba-tiba Murad datang dari belakang dan menepuk perlahan bahuku. Nama si Murad ni memang tak asing lagi di arena bola sepak sekolah kami. Nak dikatakan, Safee Sali dengan dia, Safee Sali pun boleh ternganga lalu di-'ole'kan oleh penyerang pihak lawan dan menggelecek beberapa pemain pertahanan, dan itu dia gol yang dihasilkan oleh penyerang pihak lawan. Eh, apa aku mengarut ni.

"Lawa do kau main tadi."

"Alah, kau pun apa kurangnya,"
"Boleh la bagi nama tahun depan ni"

"Belum masany-

SHRIIINKKKK!

Ah, aku paling benci bila masa ni tiba. Bunyi desingan dan mata berpinar. Melilau, pening sementara. Dan apa yang aku dengar ialah bunyi teriakan orang seperti menyuruh melarikan diri, huh, aku ni alien ke? Dan itu sahaja apa yang aku fikir dan apa yang aku nampak sebelum aku mendengar dentuman yang sangat kuat sehingga impaknya menyebabkan suasana di sekelilingku gelap.

Kubikel.Where stories live. Discover now