Aku tersedar. Mataku berpinar sedikit. Aku perhatikan keadaan di sekeliling. Shit, where the hell I am? Aku seperti berada di dalam sebuah helikopter yang futuristik. Dan apa yang pasti ialah helikopter ini bukan hak milik hospital atau sukarelawan, ia seperti milik sebuah syarikat makmal. Roser's corp? Setahu aku syarikat ini adalah syarikat yang sudah lamanya terbengkalai dan masih hidup? Aku memerhati lagi keadaan sekeliling. Ada dua tiga orang pekerja makmal sedang menekan-nekan papan elektronik yang aku tidak sendiri tahu apa fungsinya.
"Please make sure his blood are fine and in good condition, thank you."Arah seorang pekerja makmal kepada pembantunya sambil menekan papan elektronik.
"Take it. Make sure he is stable." Kata seorang lagi saintis sambil menghulurkan picagari kepada pembantu makmalnya.Damn, aku ni tikus makmal ke? Dan darahku diperiksa seperti di hospital untuk mengetahui berapa tinggi atau rendah tekanannya, sebelum disuntik.
"Sir, we are close to the arrival." Gema bunyi announcement daripada pembesar suara helikopter.
"All passenger, please be ready. We are going to landing in less from 1 minute." Dan apa yang dapat aku lihat ialah sebuah pencakar langit yang tinggi kepunyaan Roses's Corporation yang tersergam megah. Dan proses pendaratan pun berlangsung. Kepala aku sedikit berpinar, dan bunyi berdesing, sebelum semuanya kembali gelap.
___________________________________________
"Ah-" Aku terbangun. Surgery room. What? Aku cuba bangun. Damn. Tangan dan kakiku sudah dikunci di atas katil. Huh, memang sah aku ni tikus makmal. Tapi, kenapa?
Aku cuba memejam mata, badanku keras seperti memaksa. Aku dapat rasakan suatu aura, seperti suatu kuasa. Dan apa yang dapat aku rasakan ialah seperti sebuah cahaya menyuluh ke arah mata. Dan hilang begitu sahaja. Klakk! Besi yang mengatup kedua belah tangan dan kaki sudah terbuka. Damn, I have a power! Getus perlahan hati aku.
Aku sneak ke bawah perlahan-lahan. Tidak pasti di dalam kubikel apa yang aku huni ni, kerana sebaik sahaja tersedar aku sudah di sini. Aku melangkah perlahan ke pintu kawalan dengan berhati-hati. Shit, pintu ni ada kata laluan. Dengan menggunakan ilmu I.T yang aku ada, aku membuka penutup peranti kata laluan dengan kemas, menyambung beberapa wayar sehingga pintu terbuka dan TTUP! Pintu selamat dibuka.
Aku pun sneak lagi meninjau di sekeliling aras menara. Sunyi. Hanya bunyi perlahan siren menandakan semua di dalam kawalan sahaja kedengaran. Aku melangkah perlahan ke arah pengawal keselamatan. Holy crap, mereka kelihatan seperti mahu berperang biology. Dengan mask yang melindungi muka dari gas beracun dan juga suit lengkap seperti askar SWAT. Damn, radioactive war is about to begin!
Aku melangkah perlahan ke belakang pengawal keselamatan. Dengan kemas aku merangkul lehernya kebawah dan mematahkan tengkuknya dengan sekali pusingan. Lembik. Aku merangkul semula pengawal itu ke sebuah stor yang berdekatan. Setelah bersalin pakaian, kini aku pula kelihatan seperti pengawal keselamatan.
Aku meronda ke seluruh aras sebelum berjumpa dengan beberapa pengawal keselamatan yang lain. Shit, mereka sudah pandang lain macam. Aku pun berlagak macam biasa je lah. Dan macam biasa; aku ni tak pandai berlakon; mereka pun mengacukan senapang biology mereka yang dilengkapi laser dan high-heat beam yang menggunakan solar charging.
Shit, macam mana mereka (Rose's Corp) boleh semaju ni? Senjata mereka adalah amat futuristik dan spesifikasi peranti mereka adalah berasaskan holografi maya.
Tanpa berlengah aku membuka langkahku. Nice, nasib baik suit pengawal tadi dilengkapi sepasang kerambit yang telah menjadi kemahiranku. Aku meluru ke pengawal yang berada di bahagian tengah untuk mengumpan dan membuat gerakan whirlwind supaya mereka teragak untuk menembak. Sejurus itu, aku mengangkat tubuh untuk membuat turning kick ke arah pengawal yang berada di bahagian tengah dan sebuah death spin supaya pengawal yang berada di kiri dan kanan tumbang sekali. Dan sebagai finisher, aku hadiahkan sepasang kerambit aku ke arah pengawal yang berada di tengah tadi; menyilangkan sepasang kerambit di lehernya, seterusnya menyentap kerambit dengan sekuat hati dan kepala pengawal tersebut terpelanting; sebelum aku memancung dan menyilang kepala pengawal yang lain.
Damn, this is to breathtaking! Aku pun terus berjalan dengan perlahan sehingga aku tiba di sebuah bilik. Excused room? Huh? Aku pun menguakkan pintu bilik tersebut. Shit, apa yang berada di dalam bilik tersebut adalah amat di luar jangkaan aku; sekujur tubuh badan sedang terduduk di atas kerusi sambil struktur abdomennya terbuka menggunakan besi di bahagian rangka dan organnya habis dikeluarkan; what the hell is this then? How can they do this creepy thing?Dan pandangan aku beralih ke arah sebuah kotak yang berada di hujung kubikel itu. Hanyir. Hamis. Crap, sebuah kotak yang penuh dengan organ manusia? Dan aku percaya semua organ ini akan dijadikan sebagai bahan ujikaji kepada tikus makmal seperti, manusia. "Next patient" Shit, dah next victim pulak? Aku cepat-cepat berselindung di belakang kotak sebelum dua orang pengawal masuk ke dalam kubikel itu untuk mengusung keluar 'pesakit' tu.
Next patient masuk. Yang peliknya ialah mereka berada dalam kondisi yang sangat tenang, seperti pembedahan. "Okay, we're going to making some surgery, please make sure this went clear." Shit la surgery.
Selepas dua orang pengawal itu keluar, seorang saintis pula masuk. Saintis itu lengkap dengan sarung tangan dan juga mask, seperti mana-mana doktor yang ingin melakukan pembedahan di klinik-klinik kerajaan mahupun swasta.
Saintis itu mulakan langkahnya dengan meletakkan besi kerangka pada tulang rusuk 'pesakit' baru itu. Selepas itu, dia menyemak biodata pesakit itu untuk tujuan yang aku tidak pasti apa. Daniel, huh? Dengus perlahan saintis itu. Kejap. Nama itu aku kenal. Ya. Holy crap, shit just got real. Sumpah takboleh jadi.
Operasi bermula. Shit, kenapa aku diamkan diri? Mesin itu perlahan-lahan membidik laser ke arah dada Daniel. Kemudian besi kerangka yang melitupi rusuk itu dibuka dan direnggang-renggang sedikit demi sedikit dan sebuah lagi tangan mesin yang seperti memegang scalpel, membelah dada Daniel. Kelihatan organ-organ yang masih hidup dan berwarna merah darah.
Celaka, apa lagi yang aku tunggukan, bila yang depan mata itu kawan! Aku meluru ke arah doktor itu dengan pantas dan merentap lehernya dengan kemas sebelum memusingkan tengkuknya 360 darjah dan membenamkan kerambit kedalam lehernya kemudian melepaskannya ke lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Satu lagi masalah, aku tak reti kendalikan mesin ni, dan ya, operasi itu terus berlangsung tanpa Daniel menyedarkan diri. Aku terus meraba-raba semua suis mesin itu sehingga aku ternampak emergency stop. Dan itu bukan lah right timing aku sebab organ Daniel sudah pun berjurai.
"Daniel, please open your eyes! Say something! " Aku menampar perlahan pipinya beberapa kali sebelum dia tersedar dan berkata-
"They're.. They're making vaccine, usin
..using our organ!"Terang Daniel terbatuk-batuk. Shit, aku terduduk sambil memeluk erat lututku. Kejam. "Dan siapa punca semua benda ni berlaku? "Desak aku kepada Daniel mengaharapkan jawapan. "Kau pergi ke headquarters, semua jawapan ada kat situu-" Dan berakhirlah riwayat kawan baikku, Daniel.Aku berdiri semula mengangkat kembali kedua-dua bilah kerambit yang sudah basah dengan darah dan menyarungkannya dengan sarung kerambit. Aku meninjau ke arah tingkap. Kelihatan berjuta-juta zombi liar yang sedang mengerumuni kawasan pencakar langit ini. I will paid for this, getus hatiku, mengorak langkah, mengubah sejarah.