*Tazkirah Hari Ini (21.11.2016)*
Menurut pandangan Islam punca stres itu bukan daripada tekanan mental dan emosi semata-mata tetapi ia sebenarnya berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah mudah marah, sukar memaafkan dan mudah tersinggung.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
_"Orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya tatkala marah." (Riwayat Muslim)_
Islam menangani stres yang melampau dari dalam ke luar (inside-out). Yakni dengan menguatkan keimanan dan membina sifat-sifat mahmudah sekali gus bertindak mengikut landasan syariat.
(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Semuanya Soal Hati)