7

36 3 0
                                    

[Tentang Niqabis]

Bila ditanya, "Kenapa guna niqab?"

"Sebab ianya sunnah" Katanya.

Adapun jawapan yang lain berbunyi;

"Aku tak mahu dipandang dan memandang. Aku mahu jadi bidadari syurga. Aku mahu wajahku halal untuk suamiku sahaja..."

Dan macam-macam lagi.

Baiklah, jika begitu janganlah upload gambar.
Jika benar kamu faham begitu, jangan upload!

Hari ini, macam dah jadi fenomena alam maya di mana pengguna niqab atau purdah dok tayang gambar-gambar depa. Tak kisahlah dengan kawan atau tak, dengan suami atau tak, dengan family atau tak. Isunya ialah = GALAK UPLOAD GAMBAR.

Bagaikan purdah / niqab tu jadi modal dia nak dapat ramai orang tekan 'like'. Wallahua'lam.

Apa yang salahnya?
Meh kita hurai.

Pertama;
Ianya tak wajib pun. Boleh guna atau tidak.
Kalau dah guna, baguslah. Tahniah. Moga Allah redha!

Guna niqab tak wajib, tapi ada sifat malu = WAJIB.

Jadi, utamakanlah pemakaian 'rasa malu' serentak dengan penggunaan niqab. Boleh kan? :)

Kedua;
Kata tak mau dipandang, dan memandang. Tapi paseipa galak sangat upload? Obviously nak dipandang. Kalau sekali dua untuk tujuan tertentu boleh lagi nak sangka baik (untuk business dll) tapi ni dok galak upload macan dah jadi hobi kumpul stem dah. Setiap hari upload, macam rutin harian dah. Tak mau dipandangan dan memandang, so janganlah pandang 'like' followers. Pandang pahala bila jihad lawan nafsu lagi aula.

Ketiga;
Nak jadi bidadari Syurga kan? Bidadari fokus bertasbih, bukan fokus ber-instagram upload gambaq tak habih-habih. Bukan apa, maksudnya bidadari ni hamba Allah yang jaga ibadatnya; mereka dambakan pujian Tuhan, bukannya dok dambakan pujian-pujian manusia yang sekadar membodek semata. Hidup bukan untuk 'likes' pun kan.

So fokus jadi 'bidadari syurga', bukan 'bidadari manusia di dunia'...

Keempat;
Ok la. Nak jadikan muka hang tu halal untuk suami sahaja. Baguih la tu kan?

Tapi, paseipa dok suka sangat upload. Hang ni macam nak bagi lelaki luar sana usha mata hang, nikmati keindahan 'separa wajah' hang. Tak cukup special untuk suami kalau lagu tu.

Jagalah semua wajah tu. Hang patut rasa malu bila dok upload gambar. Jangan bagi mata semudah buka instagram untuk ditatap. Jangan!

Kelima;
Hang pikiaq la noh. Anda faham mana baik dan mana buruk.

Konklusi;
Guna niqab + galak upload gambar = opposite the purpose of the niqab.

Gunalah niqab tu sungguh-sungguh.
Bukan sebab trend atau ikut-ikutan sahaja.
Guna betul-betul sebab ilmu dan taqwa.

Isteri saya pun guna purdah & niqab;

Saya jealous sangat-sangat kalau ada lelaki pandang dia walau sesaat APATAH LAGI kalau saya biar dia upload atau saya upload muka dia di alam maya kan? Jika saya perlu upload untuk maslahat bisnes atau dakwah, saya akan pastikan saya blur muka dia. Bahkan kalau ada yang nak bergambar bersama saya dan isteri, saya minta dia simpan je buat kenangan atau kalau nak upload, blurkan juga.

Itu sudut pandang daripada seorang suami dan lelaki, yang lain bagaimana?

Ini isu prinsip seorang muslimah dan mukminah.

Prinsip di mana anda faham bahawa hanya hidup ini untuk dakwah. Untuk jadi khalifah, daieah dan hamba Allah, bukannya pendamba followers di media sosial. Anda sentiasa usaha menambah iman dan taqwa bukan untuk penuhi expectation manusia, tetapi untuk expectation Allah.

Saya ulang balik equation di atas tadi;

[Equation mudah]

Guna niqab + Galak upload gambar = opposite the purpose of the niqab.

Fahami dan muhasabah.
Apakah purpose guna niqab? :)
Ayuh muhasabah ya.

Moga Allah kurnia kalian Syurga.
InshaAllah Allah redha dan cinta.

Seorang Hamba,
Aiman Banna.
#AimanBanna

Sebarkan andai bermanfaat :) #Share.

JUST NOTEWhere stories live. Discover now