Prolog

431 10 0
                                    

"Abang Johan, Juan datang... "Ucap dia gembira, seperti selalunya. Punggungnya lantas didaratkan di tepi tembok simen berbentuk segi empat itu.

"Kali ni Juan balik cuti dua hari aja. Esok Juan dah nak balik ke asrama semula. "Gadis itu mencabut rumput-rumput yang sudah tumbuh sedikit panjang.

"Oh ya! Cantik tak baju Juan? Bunda Laila jahitkan special untuk Juan, buat pakai masa prep. Budak-budak lain tak tahu pun baju ni bunda yang kasi. Bunda kata jangan cakap dekat sesiapa, kalau tak nanti dia orang jealous. "Petah dia bercerita soal baju kurung kain kapas barunya. Selepas itu gadis itu mulai bercerita soal sekolahnya, asramanya dan cerita di Rumah Cantik.

"Abang, Juan sunyi... "Gadis itu mengetap bibirnya. Ditahan agar rasa pahit yang menghimpit dan menyebukan dada itu dari melemahkannya.

"Juan rindu abang... "Akhirnya gadis itu kalah dengan rasa yang menghimpit dadanya sejak tadi. Air jernih masin jatuh mencucuri pipinya yang polos. Cepat dikesat pipi yang basah, digelengkan kepalanya perlahan.

"Tak, Juan tak boleh sedih, tak boleh nangis. Abang nak Juan jadi budak kuat kan?"Blok batu yang terpacak di atas tanah itu diusapnya perlahan, seperti mengusap seseorang.

"Juan tak boleh lama, abang. Tapi Juan janji, nanti kalau Juan balik lagi Juan duduk sini lama sikit ya? "Gadis itu membersihkan rumput-rumput yang dicabut tadi, lantas sekuntum bunga mawar di letakkan di tepi blok batu. Bunga yang dipetik dari laman Rumah Cantik, bunga yang ditanamnya sendiri.

"Juan sayang abang Johan."Gadis itu tersenyum, dengan mata yang dilap dengan belakang tapak tangan, membersihkan sisa air mata yang tertinggal.

Dengan perlahan, gadis itu mengatur langkahnya meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Di satu sudut, sedari tadi rupanya si gadis Johanna diperhati seseorang di balik pokok ketapang.

Langkah mendekat ke petak kubur. Bertinggung, batu nisan yang bertulis Johan bin Faizal dipandang. Mata diangkat dari batu nisan, merenung langit yang berlatar indah awan kapas.

"Juan..."Sepotong nama itu meniti di bibir.

JohannaWhere stories live. Discover now