Bab 2

228 4 0
                                    

Tahun-Tahun Selepas Dobi.

Sekeping gambar yang dilekatkan pada corkboard diambil lalu direnung sekejap, kemudian diterbalikkan. Tulisan pada belakang gambar bersaiz 3R itu dibaca.

Boy-Friend.

Bibir Johanna tersenyum sendiri, namun bila melihat tanda sengkang yang berada diantara 'Boy' dan 'Friend' senyumnya terus pudar. Gambar diterbalikkan semula, memandang wajah si lelaki yang sedang tersenyum manis di sebelahnya. Senyuman yang masih meninggalkan kesan pada hati seorang Johanna.

Senyuman milik Izz. Izzul Fahri.

Sejak kisah di dobi beberapa tahun yang sudah, Johanna dan Izz semakin rapat, tapi hubungan mereka tidak lebih dari batas kawan. Atas dasar itu, Izz adalah 'Boy-Friend' pada Johanna. Dan Johanna rasa, gelaran itu tidak akan mungkin berubah. Mana mungkin dia dan Izz jadi pasangan kekasih. Mungkin boleh terjadi, tapi dalam mimpi sahaja lah. Masalahnya, nak terjadi dalam mimpi pun tak pernah, apa lagi terjadi di dunia sebenar. Berangan sahajalah, Johanna.

Gambar dilekatkan semula ke corkboard. Malam ini entah kenapa tiba-tiba ingatannya melayang teringatkan Izz. Tapi rasanya buang masa sahaja teringatkan lelaki itu kerana selama hampir dua tahun ini, sepotong mesej pun tiada diterimanya dari lelaki itu.

'Some promises are made to be broken, kan Juan?'

"Never lost contact. "Kata-kata Izz hampir dua tahun yang lalu, semasa pertemuan mereka di Kofee.

Sembang saja. Mana pergi janjinya? Sejak Izz di negara kincir angin menyambung master degree, Johanna pernah mengirimkan emel kepada Izz, tapi tak pernah dibalas. Whatsapp dan panggilan telefon, tidak pernah langsung kerana Izz idak memberikan nombor telefon Belanda nya kepada Johanna. Tak sedar, bibir melepas keluhan.

Mana kau Izz?

Setahun setengah yang lalu...

Kofee, 5 Disember 2015.

Johanna datang awal ke Kofee kerana kebetulan tadi kelas Mr Nadzim habis awal sejam. Sementara menunggu Izz datang, dia menjawab kuiz online subjek Mr Nadzim yang due time nya jam lima petang nanti. Selesai lima belas soalan, Izz masih juga belum datang walaupun jam sudah masuk pukul tiga empat puluh lima petang. Dia kata jam tiga setengah jumpa di Kofee.

Cuaca di luar kelihatannya mendung. Awan gelap sudah berarak masuk menutupi langit. Tinggal tunggu masa hendak hujan sahaja. Nasib baik dia ada membawa payung lipat di dalam beg. Berguna juga ramalan cuaca yang  diselitkan di homescreen telefon.

"Sorry, lambat. "Serentak dengan suara itu, satu haruman maskulin menerjah deria bau Johanna. Izz datang dengan senyum senget.

"It's okay. Tak ada lah lambat mana. "Johanna berbasa-basi.

Tak lama lepas itu, pelayan kafe datang menghampiri meja.

"Order? "Tanya pelayan. Ditangannya tersedia pen dan kertas untuk mencatitkan pesanan.

"One Iced Americano. Juan?"Tanya Izz. Johanna berfikir sekejap sebelum memutuskan untuk memesan hot chocolate, memandangkan suhu terasa semakin dingin.

"So, apa benda apa kau nak beritahu aku tu? Is it too important sampai kena jumpa? Kau nak kahwin eh? "Gurau Johanna. Padahal perkataan kahwin yang  disebutnya itu sedikit mencalarkan hati sendiri.

Izz tersengih lalu menggelengkan kepalanya. Johanna jadi lega sendiri. Takut juga kalau Izz benar-benar mahu kahwin, tak pun tunang. Mahu mandi air mata kecewa dia nanti.

"Bukan kahwin. Kahwin lambat lagi. Aku... nak sambung master dekat Belanda."Ujar Izz senafas. Johanna bungkam untuk beberapa saat. Mencerna berkali-kali ungkapan lelaki itu.

Master? Belanda?

"And I'm going in two weeks, Juan."Tuturnya lambat-lambat. Macam terdengar rasa bersalah pun ada.

"Master?! Kau main-main kan? Tipu lah..."Johanna menafikan sendiri, walau dia belum tahu apa benar atau tidak apa yang baru Izz kata.

"No kidding, Johanna. Aku tak tipu. Sunday 18th, aku fly. So sorry sebab tak beritahu kau awal..."Pandangan mata Izz semacam meminta maaf. Johanna masih dalam keadaan terkejut. Ini memang bukan main-main.

"Kenapa tak payah beritahu terus?"Ujar Johanna tenang, tanpa ada nada menyindir. Pelayan yang mendekat mengalihkan perhatian Johanna. Usai berterima kasih kepada pelayan yang menghantarkan pesanan, Johanna memandang Izz semula.

"Sorry, Juan. Aku... ada alasan sendiri. P and C. Kau marah ke?"Izz mendekatkan tubuhnya sedikit ke hadapan. Johanna menegakkan tubuh lalu memegang cawan hot chocolate nya yang hangat.

"Tak. Kenapa aku nak marah? Lagipun, kau ada alasan sendiri. Itu hak kau, kan?"

Mengesan nada lain macam Johanna, Izz digigit rasa serba salah. Bukan niatnya nak berahsia dengan Johanna, cuma... entahlah.

"Sorry..."

"Ya lah... tak penting, faham."

"Juan..."

Hot chocolate Johanna kacau perlahan, membebaskan asap tipis ke atmosfera Kofee. Kesot hati juga sebenarnya dengan Izz. Sampainya hati berahsia. Bila masa Izz mohon master pun Johanna tak tahu.

"Macam ni ke kawan? Dah dekat nak pergi baru bagi tahu."Johanna membuat muka menyampah, menutup perasaan mendung yang sedang berarak di dalam hatinya, sama seperti awan mendung yang di luar sana.

"Sorry, Juan. I really am. Tapi, kau orang second tahu aku nak fly..."

Kening Johanna terangkat halus. Siapa orang pertama? Jangan kata someone special...

"...after kakak aku. "

Johanna lepas nafas lega.

"Tapi aku betul-betul minta maaf okey? "Izz merapat lagi sehingga tubuhnya tersentuh meja. Johanna memandang Izz kosong, lalu merapatkan tubuh ke meja juga.

"Aku minta satu je. Jangan lost contact. Boleh?"

Bibir Izz tersenyum.

"Tak akan."

Dan janji tinggal janji.

Katanya, selepas sampai di Belanda dia akan segera emelkan kepada Johanna nombor telefonnya di sana. Senang mahu berhubung katanya. Tapi mana? Tiga minggu pertama pemergiannya ke sana, gigih Johanna membuka emel setiap hari, menanti kiriman emel dari Izz. Bila emel pertamanya tidak berbalas, dia beranggapan yang Izz sibuk kerana masih baru lagi di sana.

Tapi kalau dah dua bulan emel tak dibalas langsung, itu tandanya apa? Tanda dia lupa kan? Tanda dia lupa pada janjinya sendiri.

Tapi Johanna tidak terlalu membawa emosi. Dia faham situasi Izz sebagai pelajar master. Pastinya berganda-ganda sibuk dari dia yang separuh hidup menghabiskan degree. Untuk memujuk hati sendiri, Johanna set di kepalanya yang Izz sedang sibuk dengan pelajarannya di sana, jadi tak perlu menyibuk hal dia. Kalau dia masih ingat, Izz akan hubungi dia juga nanti.

Silly Johanna. Kenapa teringat sangat dekat dia ni? Habiskan tenaga aja.

Tiittttitttttittt.

Ini pasti mesej Whatsapp dari Nadzim. Siapa lagi yang suka menganggu waktu-waktu malamnya kalau bukan Nadzim? Dengan malas-malas, jari diseretkan pada skrin telefon. Ada mesej dari Nadzim, dan satu mesej dari nombor yang paling dia tunggu selama ini.

Juan. I'm back for good.

Jantung berdegup laju dari biasanya. Mata terasa panas.

Izz dah balik Malaysia?

JohannaWhere stories live. Discover now