Seperti yang dikatakan oleh Jihyo kemarin... beberapa kelas yang terpilih akan memasuki hutan pada hari ini
Kesemua pelajar yang dipilih telah datang dan menunggu di stesen bas yang diberitahu oleh Jihyo. Bergaya sungguh semua pelajar dengan trend sekarang ni begitulah Jin , Jihyo , B.i dan Junghwa
4 buah bas yang telah ditempah oleh mereka telah pun datang dan kesemua pelajar beratur untuk menaiki bas tersebut dengan berhati-hati
Barang-barang mereka juga sudah disimpan di tempat ruangan beg oleh pemandu bas tersebut dan mereka pun bergerak menuju ke destinasi mereka
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh dikatakan perjalanan itu telah mengambil masa selama 2 jam. Agak memedihkan punggung tapi perjalanan itu boleh dijadikan sebagai kenangan terindah 😂
Dan mereka jugak telah sampai di destinasi mereka. Hutan tersebut sungguh cantik dan penuh dengan kehijauan alam semula jadi
Pelajar-pelajar juga telah turun daripada bas dan mereka pun mengambil barang masing-masing
Kemudian seorang jurulatih dan beberapa orang lain datang menghampiri mereka . Jurulatih itu mengucapkan selamat datang kepada mereka. Mereka pun membalas dengan mesranya
" Korang semua tahu apa tujuan korang kat sini? " - Jurulatih -
" Tahu " - pelajar -
" Ok sekarang ni saya nak kamu semua letak barang kamu dalam dewan tu. Kamu pun pergi la bersihkan diri dulu lagipun hari pun dah nak malam and nanti bila dah bersiap kamu semua pergi makan dulu kalau dah habis kita akan berkumpul di sini . Faham? " - Jurulatih -
Kesemua pelajar mengangguk tanda faham dan mereka pun beredar dari situ untuk bersiap
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sehingga sekarang Jin dan Jihyo masih bertengkar dan tiada sesiapa antara mereka tidak mahu mengalah
Walaupun Jin dan Jihyo duduk bersebelahan semasa makan...tapi tiada sedetik pun mereka bergaul mahupun memandang antara satu sama lain dan mata Jin lebih tertarik kepada Junghwa yang sedang makan tanpa seorang teman
Jin jugak tidak teragak-agak untuk datang dekat ke arah Junghwa walaupun mereka tiada hubungan lagi
Jin sempat mengambil air dan memberikan air kepada Junghwa tapi sayangnya air itu tumpah apabila air itu telah ditolak oleh tangan Junghwa . Wow dasyat 😂
Lalu Junghwa pergi ke tong sampah untuk membuang sisa makanan tersebut...
Sekali lagi Jin datang kepada Junghwa. Kali ni dia cuba untuk memegang tangan Junghwa tetapi sempat ditepis olehnya
" Hey, aku cakap sekali lagi eh. Jangan kacau life aku and kita dah tak ada apa-apa hubungan faham! " - Junghwa -
Kemudian Junghwa pun beredar dan meninggalkan Jin keseorangan di situ. Jin sangat kecewa dan sedih dan dia tidak mampu untuk berbuat apa demikian
Dia juga hanya mampu pasrah dan sejak dari itu dia tidak mendekati Junghwa lagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah mereka telah selesai makan malam...mereka terus berkumpul seperti yang dikatakan oleh jurulatih pada petang tadi
" Ok saya ada satu aktiviti yang menarik untuk kamu semua. Malam ni kita akan main ' Night Walking ' didalam hutan. Syaratnya adalah kamu bersama kumpulan kamu akan mencari bendera yang berwarna putih di dalam hutan dan balik ke sini semula dengan bendera tersebut. Kumpulan siapa yang datang lebih awal, kami akan memberikan ganjaran yang sangat menarik untuk kamu. Kami jugak akan menyediakan lampu suluh kepada setiap kumpulan. Pasal jalan jangan risau, kami telah meletakkan anak panah jalan dan kamu just follow saja. Ok itu saja dan boleh mula sekarang " - Jurulatih -
YOU ARE READING
My Wife Is Ms.Jihyo [Completed]
ФанфикJin dan Jihyo ialah kawan baik sejak kecil lagi . Mereka telah dijodohkan oleh kedua - dua ibu bapa mereka. Suatu hari, ketika hari pertama Jihyo menjadi pensyarah di tempat suaminya belajar. Tiba - tiba Jihyo ternampak seorang perempuan yang bernam...