CES-1

132 4 0
                                    

T-shirt lengan panjang warna biru gelap dan tudung bawal warna hitam dikenakan apabila dia hendak menyapu sampah di halaman rumahnya. Kena la jaga aurat beb! Orang pompuan ni kan special. Jaga la sebaiknya..

Dia mencapai penyapu sampah yang tersandar di dinding dapur rumahnya. Projek menyapu sampah bermula!

Tengah syok sapu sampah sambil telinga disumbat earphone, abang posmen pun sampai.

"Khairunnisa' Humaira ada?" Soal abang posmen itu.

"Saya! Ada surat ke bang?" Soal Maira.

"Tak ada pun. Saja je tanya." Usik abang posmen tu.

"Isy abang ni! Orang tanya baik-baik dia jawab camtu pulak. Kalau takde takyah dok depan pagar ni. Pergi la hantar surat lain tu!" Maira menghalau abang posmen itu.

"Alah cik adik manis ni dah merajuk. Haha.. abang gurau je lah. Ni ada surat dari UPSI. Maira nak jadi cikgu ke?" Abang posmen lekas bertanya. Sibuk pulak pakcik ni. Desis hati Maira.

"Haah! Nak jadi cikgu. Asal? Tadi cakap main-main! Mana suratnya?" Tegas sekali Maira menyoal.

Abang posmen itu menghulur sekeping surat yang bersampul. Maira menyambut surat itu dengan perasaan yang berdebar. Abang posmen itu berlalu pergi setelah meminta maaf kepada Maira kerana mengusiknya tadi.

Maira hanya mengangguk tipis. Fikirannya lebih tertumpu pada surat di tangannya. Dengan cermat sampul surat dibuka. Bait-baik perkataan dibaca dengan tekun.

"Mama!! Papa!!" Maira menjerit. Nasib baik jiran tak dengar sebab rumah jiran jauh sikit.

"Apa Maira? Jerit-jerit ni terkejut mama!" Ujar Puan Yasmin Anisah.

"Mama..papa. Maira dapat tawaran ke UPSI!!!" Ujar Maira girang.

"Ya Allah! Alhamdulillah! Akhirnya dapat jugak anak papa pergi UPSI untuk melunaskan cita-cita Maira." Encik Muhammad Muhajir berasa gembira kerana impian anak bongsunya tercapai jugak.

"Mama nak call abang dengan kakak jap. Nak bagitau citer happy ni!" Mama pulak yang melebih.

Family Maira begitu happy dengan berita ni. Dia teringat kembali sewaktu dia mendapat result SPM tahun lepas.

THROWBACK

HUMAIRA'S  P.O.V

Perasaan gementar, gembira dan sedih bergabung menjadi satu saat menunggu keputusan SPMnya diumumkan.

"Sekolah kita terdapat beberapa orang pelajar yang mendapat straight A+ dalam SPM tahun ni. Pihak sekolah berasa amat gembira. Calon-calon tersebut terdapat 5 orang. Antaranya ialah Fawwaz Aizat, Nurin Syafika, Maisara, Alif Firdaus dan Khairunnisa' Humaira." Ujar pengetua SMK Bukit Belutong.

Aku? Aku dapat straight A+?! Betul ke ni??!!

"Mama.." aku sudah tidak terkata-kata.

Mama mengalirkan air mata gembira. Lantas aku dipeluk mama seeratnya. Saat mama melepaskan aku, Maisara pula memeluk aku.

"Maira!! Kita dapat straight A+!! Aku happy sangat beb!" Ujar Maisara sambil memeluk aku.

"Aku pun happy jugak tapi takyah la peluk aku. Lemas tau tak!" Aku berkata.

Maisara melepaskan pelukan  tetapi sengihannya makin melebar. Mesti korang tertanya-tanya kan? Mana parents Maisara? Tul tak?

Okey.. parents Maisara dah meninggal dua minggu sebelum SPM sebab sakit jantung dan strok. Korang bayangkan macam mana perasaan Maisara waktu tu. Stress gilerr! Tu yang dia excited sangat bila result dia terbaik!

"Tapi mak ayah aku tak sempat tengok aku dapat result aku. Dulu diorang dah janji nak pergi dengan aku ambik result. Aku.." Maisara sudah mengalirkan airmata selepas kami mengambil result kami di atas pentas.

Aku menggosok belakang Maisara untuk menenangkannya. Mama dah tahu pasal family Maisara. Mama datang memeluk aku dan Maisara. Aku pandang wajah mama.

"Alah tak luaknya mama kau tu. Aku nak tumpang kasih sayang mama kau pun tak boleh ke?" Maisara bersuara. Sedihnya dah hilang. Mujarab tul pelukan sayang mama.

Aku tersenyum.

END THROWBACK

Sekarang ni Maisara dah meninggal. Dia dilanggar lari. Maira termenung.

"Ha!" Sergah Kak Ida.

"Eh king aku terbang!" Maira melatah.

Haha....

Kuajaq punya kakak. Dia sergah aku boleh pulak dia gelak macam orang hilang akal. Bisik hati Maira.

"Siapa king? Ni mesti kes tengok citer playboy itu suami aku. Kan..kan..kan!" Maira mencebik.

"Kak Ida, citer tu dah lapuk la. Maira dah bosan tengok citer tu. Tahu la akak minat Fattah Amin tu tapi takyah la sibuk duk usik orang!"

"Habis tu Maira termenungkan apa tadi?" Soal Kak Ida. Soalan tadi kembali menerjah fikirannya.

"Maira...Maira tiba-tiba teringat pasal Maisara. Rindu pulak kat dia." Wajah Maira kembali sendu.

"Sabarlah dik. Dah ajal dia. Lagipun perkara tu dah berlalu. Jangan dikenang lagi perkara tu. Kalau arwah Maisara ada lagi mesti dia tak nak tengok Maira sedih ingatkan dia." Kak Ida memberi nasihat.

"Lagipun Maira kena move on! Perkara lagi penting akan berlaku. Jom kita packing baju!" Sambung Kak Ida.

"Terima kasih pasal nasihat akak tu. Jomlah kak. Tak sabar Maira nak pergi sana!" Mood Maira berubah ceria.

Mereka dua beradik seiringan masuk ke dalam rumah.

"Apa yang kamu dua beradik bincangkan tadi?" Soal mama.

"Hihihi... ada mental problem sikit mama." Jawab kak Ida.

"Problem mental!! Siapa ada problem tu?!" Mama kalut.

"Tak ada sape2 ma. Akak ni memang macam tu. Perangai tah pape!" Marah Maira.

"Eh! Pandai-pandai je Maira cakap akak macam tu. Maira tak kesiankan akak ke?" Kak Ida buat muka sayu. Ingat Maira nak kisah ke kak?!

"Eleh! Buruk la akak buat muka camtu. Macam beruk abang Jali belakang rumah."

"Hahaha..!" Mama gelak kuat.
Kak Ida garu kepala. Mama dan adiknya sudah sepakat mengenakannya. Apa lagi idea nak usik adiknya tu?

"Dik, abang posmen tadi tu ngorat adik eh?" Ha! Idea dah muncul.

"Posmen mana kak?" Maira pura-pura menyoal. Takkan kakaknya nampak perbualan dia dengan abang posmen tadi tu?

"Eleh, kura2 dalam perahu. Pura2 tak tahu." Kak Ida menambah perencah.

"Mana ada akak!" nada suara Maira naik satu oktaf.

"Hehe... betul apa. Adik usya dia ke dia usya adik dulu?" Kak Ida masih belun berhenti memainkan peranannya.

"Isy kak Ida ni. Ke situ pulak. Mama tengok akak ni." Maira menarik perhatian mamany pula.

"Ida, dah la tu. Kesian adik kamu ni. Maira dah kemas baju?" Puan Yasmin menukar topik perbualan. Bukan apa, kesian melihat anak bongsu diusik kak ngahnya.

"Belum umi. Ni nak pergi kemas baju sebenarnya. Akak yang melencong ke dapur ni. Entah apa kejadahnya kak Ida ni. Maira nak masuk bilik dia tarik ke dapur. Nasib tak patah aje tangan comel Maira ni." Sambil menunjukkan tangannya.

"Dah la! Maira pergi kemas baju dulu. Mama nak buli akak pulak." Mama naik sekaki dengan Maira.

"Wokeh mama!" Dengan perasaan yang gembira dia melangkah ke biliknya.

Yo gaizzz... i'm back.. hope korang suka yg ni.. and don't forget to vote..

CINTA EMP4T SEGI?!Where stories live. Discover now