CES-9

36 2 0
                                    

Sepanjang dia bekerja di syarikat gah itu, boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan mendapat bunga yang bermacam jenis dan warna yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Matanya sudah jemu memandang bunga oleh seseorang yang tidak pernah jemu. Betul ke tak tatabahasa tu? Haha... memandai jekk.

Hari itu kerjanya diselesaikan lebih awal kerana program menyambut hari lahir rakan serumahnya. Komputer dimatikan dan beg tangan serta beg kelengkapan solatnya dibawa dambil menunggu teksi di hadapan syarikat itu.

Sambil menunggu dia mencapai telefon bimbitnya dan menulis sesuatu pada aplikasi whatsappnya.

Pon! Pon!

Hon kereta yang membingitkan telinga itu membuatkan Humaira mengangkat mukanya untuk melihat gerangan yang menekan hon macam orang tidak beradab.

"Ryan?" Humaira berkata perlahan.

Ryan keluar dari keretanya dengan lagak yang macho sambil mengenyitkan matanya kepada Humaira. Humaira mengeluh perlahan.

"Nak saya tolong hantarkan?" Ryan menyoal sopan.

"Takpe lah. Saya nak tunggu teksi aje." Humaira menolak lembut.

"Biasanya teksi susah nak dapat kalau waktu macam ni. Teksi lebih mudah dapat kalau keluar time balik pejabat. Kalau nak balik awal baik naik kereta dengan saya je. Kalau nak tunggu teksi jugak, up to you." Ujar Ryan sambil berlalu masuk ke kereta mewahnya dan meninggalkan Humaira yamg masih berfikir.

"Wait! Okey, saya akan ikut awak." Setuju Humaira.

Ryan tersenyum seraya membuka pintu sebelah pemandu untuk Humaira. Humaira masuk tanpa berlengah dan kenderaan mewah itu meluncur laju menuju ke rumah sewa Humaira.

*********************************

"Thanks." Ujar Humaira apabila mereka tiba di rumah sewa Humaira.

"Welcome. Kalau esok nak balik awal lagi just call me." Ujar Ryan lalu mengenyit mata kepada Humaira.

"Jangan buat macam tu boleh tak!" Ujar Humaira geram.

"Buat apa?" Ryan berpura-pura.

"Kenyit mata tu la!" Humaira mengetap gigi menahan geram.

"Oh! Saya suka buat macam tu. Kenapa? Tergoda ke?" Usik Ryan.

"Ooppss. Sorry. Tergoda? Not at all. Dah la. Pergi la balik. Nanti apa pulak kata orang." Humaira menggesa Ryan supaya pergi dari situ.

"Awak halau saya?!"

"Tak! Bukan halau cuma nak elakkan tanggapan negatif orang terhadap saya."

"Okey, fine. Saya balik dulu. Esok jangan datang lewat. I'll wait for you." Ujar Ryan dengan nada romantik.

"Okey." Ryan masuk ke keretanya dan berlalu dari rumah itu dengan segera.

Humaira pula segera masuk ke dalam rumah untuk menyiapkan aktiviti menghias rumah untuk majlis itu nanti.

*********************************

"Surprise!" Rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga datang ke rumah sewa Humaira untuk menyambut ulang tahun rakan serumahnya, kak Lili. Kak Lili berketurunan cina maka majlis yang dibuatnya ada iras-iras majlis orang cina jugak la. Saudara-mara pun ramai yang berbangsa cina. Humaira yang memiliki wajah keturunan Mesir kelihatan agak pelik di situ. Wajahnya yang putih bersih tidak menghairankan sesiapa. Tapi dengan hidungnya yang mancung, wajah bujur sirih, bibir kecil dan merah merekah. Tubuh yang kecil dan agak genit macam budak sekolah menengah menjadikan dia kelihatan comel.

CINTA EMP4T SEGI?!Where stories live. Discover now