CES-6

28 2 0
                                    

Sejambak bunga dafodil kuning yang dibeli di kedai bunga semalam dipegang erat oleh Humaira sambil duduk di salah sebuah meja yang terdapat di kafe universitinya. Pelajar-pelajar yang lalu lalang memandang pelik ke arahnya namun dibiarkan. Apa yang penting adalah hati Zamir perlu dipikat!

Dari kejauhan, Zamir sedang berjalan ke arah tempat Humaira duduk. Dia nampak segak dengan kemeja polo warna merah dan seluar jeans warna coklat dan kasut. Gadis-gadis yang berjalan berhampiran dengannya berpaling dan tersenyum menggoda.

"Huarrgghhhh!!!" Zamir mengejutkan Humaira yang membelakanginya.

"Aarrgghhhh!!" Humaira turut menjerit kerana terkejut.

Zamir ketawa terbahak-bahak. Humaira yang baru menyedari dirinya dipermainkan mencubit lengan Zamir.

"Sakit la Maira." Zamir mengaduh.

"Sape suruh usik orang. Ha! Kan dah kena." Humaira menjawab.

"Hehe... sorry Maira. By the way, kenapa awak panggil saya datang sini?" Zamir menyoal maksud sebenar Humaira memanggilnya ke sini.

"Err... saya.. saya..." Humaira teragak-agak untuk memberitahu Zamir.

"Saya apanya Maira. Perkara penting ke?"

"Saya nak bagi bunga ni kat awak. Harap awak suka." Humaira menghulur bunga dafodil kuning yang dibawanya dan lekas berlalu pergi dari situ meninggalkan Zamir yang terpinga-pinga.

Zamir membawa bunga yang diberi Humaira ke biliknya. Ryan yang kebetulan sedang menonton tv memandang Zamir kehairanan.

"Kau asal tengok aku camtu? Ada benda pelik melekat kat muka aku ke?" Zamir berpura-pura tidak mengerti.

"Bunga tu. Siapa bagi? Awek eh?" Ryan menyoal Zamir.

"Oh bunga ni! Err... Maira bagi. Aku pergi jumpa dia tadi." Jelas Zamir.

"Maira! Kau jumpa Maira berdua je?!" Soal Ryan.

"Haah, tapi sekejap je." Jelas Zamir.

"Sekejap je tapi bagi bunga tu untuk apa?" Ryan ragu-ragu.

"Entah." Jawab Zamir jujur.

"Mesti ada kad. Cuba kau cari." Arah Ryan.

Zamir membelek-belek bunga dafodil ditangannya dan terjumpa satu kad yang dilipat dua.

Kad itu dibacanya kuat.

"Masa awak baca kad ni mesti awak dah ada kat bilik awak kan? Saya harap awak suka bunga ni. Saya beli bunga ni sebab saya suka warna kuning pada bunga ni dan kelopaknya yang kecil. Hehe.. ok saya dah mengarut lebih. Niat sebenar saya bagi bunga ni pada awak sebab saya suka awak. Saya tak tahu perasaan awak pada saya tapi saya harap awak sudi terima saya. Humaira." Zamir memandang wajah Ryan dan jelas kelihatan wajah itu kelihatan kecewa. Dia sendiri pun tahu Ryan menyimpan perasaan pada Humaira tapi tidak ditunjukkan. Maklumlah, ego tinggi melangit!

"Ryan, kau ok?" Zamir memberanikan diri menyoal Ryan.

Ryan tidak menjawab dan terus meninggalkan Zamir yang terpinga-pinga akan sikapnya hari itu.

'Maafkan aku Zamir. Aku tak sanggup dengar lagi isi hati kau tentang Humaira. Aku sayang dia. Aku ingat kau akan laksanakan rancangan yang dah kita rancang dulu. Rupanya kau memang nak pikat Humaira. Humaira sendiri pun dah terpikat kat kau. Kau memang terbaik Zamir. Kau pandai lembutkan hati Humaira. Aku hanya pandai menyakitkan hati dia je.' Desis hati Ryan dan mengunci dirinya di dalam bilik.

*********************************

Humaira menekup mukanya pada bantalnya sambil menjerit kegembiraan.

"Kau ni kenapa Maira? Terjerit-jerit macam orang hilang akal. Kau cerita la kat aku. Dulu kau juga yang cakap kita ni kan BFF. Always together walaupun perbagai rintangan mendatang. Tapi sekarang ni kau gelak sorang-sorang. Aku nak tahu juga apa yang kau gelakkan." Bebel Syira.

Humaira berhenti ketawa dan menceritakan perkara yang menggelikan hatinya saat itu.

"Kau nak tahu kan. Sebenarnya tadi aku ikut cakap kau tu." Belum sempat Humaira menghabiskan ceritanya, Syira menyampuk.

"Yang aku suruh kau beli bunga dan hantar kat Zamir?" Soal Syira bersungguh-sungguh.

"Yup! Aku bagi bunga dan terus lari. Alu takut dia tolak aku mentah-mentah. So,aku luah perasaan aku dalam kad."ujar Humaira.

Syira menekup mulutnya.

"Kau bagi camtu je?! Pastu kau terus blah?!" Jerit Syira yang masih tak puas hati.

"Haah. Habis tu takkan aku nak tunggu dia baca kad tu depan aku. Malu la aku." Jujur Humaira menjelaskan.

"Dah tahu malu yang kau teruskan juga cadangan aku tu pehal! Kau ni memang betul-betul sukakan dia ke?"

"Of kos la aku serius. Kalau tak tak ada maknanya aku nak teruskan cadangan gila kau tu. Aku rasa itulah perkara paling memalukan dalam kamus hidup aku."

"Kalau dia ambik keputusan taknak jumpa kau terus, agak-agak apa perasaan kau?" Soal Insyirah lagi. Maaflah. Saya guna Syira kejap, Insyirah kejap. Tapi harap-harap readers paham la yee!😉😉

"Aku.....aku tak tahu." Senyuman teruja tadi hilang serta merta setelah soalan itu timbul. Di fikirannya terbit pelbagai persoalan tentang kesudian Zamir menerima cintanya. Dia tak kisah kalau Zamir anggap dia sebagai gadis gedik macam Afra tu tapi ini perasaannya. Dia sendiri tak sedar bila perasaan ini muncul!

"Aik, senyap pulak. Tadi bukan main riuh aku dengar. Asal wei?" Zahra yang tiba-tiba muncul menyoal.

"Tak ada pape la Zahra. By the way, kau pergi beli barang apa kat mall? Yang aku pesan tu ada tak?" Syira menyoal Zahra pula. Humaira yang mendiamkan diri mengambil keputusan untuk beredar dari situ.

"Kenapa dengan Maira?" Zahra menyoal lagi.

"Entah dia tu. Angin kus-kus dia dah datang kot." Jawapan selamba Syira disambut dengan cubitan manja oleh Zahra.

"Auch!"

"Siapa suruh jawab main-main. Aku tanya elok-elok kau jawab macam tu pulak."

"Habis tu. Aku nak jawab camne lagi."

"Malas la layan kau. Nak jugak menjawab." Zahra mendengus.

Syira tersengih. Macam la lawa sangat.

Di dalam bilik Humaira sudah keluh kesah. Serba tak kena pada matanya. Perasaannya pada Zamir bagaikan hampir pudar.

CINTA EMP4T SEGI?!Where stories live. Discover now