BAB 1 : Nasib
Pon!Pon! Pon! Bunyi pekikan dari kereta di belakang amat merimaskan.
Alya yang hayal pada ketika itu tersentak sambil tergesa-gesa menekan brek memperlahankan basikalnya ketepi. "Oh.. baik punya kereta, kau ingat kau besar suka hati je nak langgar aku, ingat jalan ni kau yang punya?
Plat kereta W 151 D siap kalau aku jumpa nanti..." Alya merungut sendirian tatkala menahan kakinya daripada terjatuh, basikal yang diboncengnya hampir rebah ke badan dan tayar terjongket sedikit kehadapan dan masih berpusing. 'Penat la pakai cantik-cantik, bukan senang nak tengok aku pakai baju kurung macam ni, lastly jatuh juga ke tanah.. eee gerammnya arrrgghh...'
Alya terus merenung ke bawah, dilihatnya kasutnya yang bertumit dua inci rata itu telah separuh tenggelam di dalam lecah. 'Aaah! Habis kasut kotor, macam mana ni, satu hal lagi, Ya! Allah! permudahkanlah urusanku...' getus Alya mengomel kecil. Alya merenung melihat jam di tangan, alamak hampir jam 9.00 pagi.
Dia perlu sampai ke pejabat tempat temuduganya sebelum 9.30 pagi. Alya merasa cemas, peluh mula menitis di dahinya, wajah bujur sirihnya diusap, terasa solekan nipisnya semakin bertapuk mungkin, cuaca yang semakin panas itu betul-betul merisaukannya. Berminggu kerisauan itu ditampung, berusaha membuat persediaan dari mental dan fizikal, menunggu masa untuk dilunaskan di dalam sesi temuduga itu nanti.
Banyak benar dugaan yang Alya perlu hadapi. Dia hampir tidak dapat hadir temuduga apabila pada awalnya tidak mendapat restu daripada ibunya. Berkat dari pujukan berbisa dari kakaknya, akhirnya ibu membenarkannya. Pasrah juga.
Sambil membetulkan basikalnya semula, Alya membongkok mahu mengambil beg bimbitnya yang terjatuh beberapa tapak dari basikal. Sedang dia mengutip fail dan folder yang berterabur, tanpa disedari kelihatan sepasang kaki dengan memakai kasut hitam kulit sedang berdiri di hadapannya.
Alya merenung ke atas, kelihatan seorang pemuda lengkap berpakaian uniform berdiri merenungnya sambil tersenyum. Oh! Abang Poslaju rupanya. Emmm, boleh tahan handsome 'ishh..aku ni dalam keadaan ni sempat lagi menggatal ' kata hati Alya. Senyum.
"Apa yang boleh saya bantu cik? Pemuda itu menunduk sambil membantu mengutip dokumen yang berterabur kepunyaan Alya.
"Awak nampak resah, hendak ke mana?" Kata Abang Poslaju sambil menyerahkan dokumen kepada Alya. Wajah Alya yang mencuka terus membalas kata-kata pemuda itu, "Saya on the way nak pergi temuduga ni, saya dah lambat, terjatuh pula di sini."
"Oh begitu!" Di mana tempat temuduga?" tanya abang Poslaju. Tidak jauh dari sini, di bangunan sebelah sana, di sebelah Maybank Jalan Pasar Selayang, syarikat GLC." Balas Alya.
"Jika begitu, boleh la cik singgah di stesen minyak di sebelah Maybank tu dahulu untuk mencuci kain dan kasut cik yang dah kotor tu, takkan cik nak pergi dalam keadaan kasut yang dah berlumpur? Jika tiada apa-apa, saya gerak dulu cik, betul ya tiada apa-apa yang boleh saya bantu?
"Terima kasih, tak perlu" Kata Alya sambil memerhati Abang Poslaju menuju ke motosikalnya. Suara Alya sedikit meninggi oleh kerana bunyi motosikal pemuda tersebut mula berbunyi "Terima kasih banyak tau, hati-hati, sambil mengangkat tangan kepada pemuda tersebut.
Sejuk hati Alya melihat wajah polos pemuda yang berlesung pipit itu, 'Terima kasih Abang Lajuku! Hahhah (Alyah ketawa kecil sendirian).
Alya terus membonceng basikalnya ke tempat yang ditujui. Alya cuba menenangkan dirinya untuk menghadapi temuduga yang amat penting baginya.
Keputusan Alya untuk menaiki basikal adalah kerana mahu mengelakkan kesesakan, dan yang paling utama ialah dia tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan, tambahan pula rumah kakaknya tidak jauh dari situ dan terdapat jalan pintas untuk ke tempat temuduga.
Jika menaiki kenderaan awam, laluannya agak jauh, tambahan pula waktu puncak begini, kesesakan jalan raya akan berlaku. Jalan Kuching di Pasar Borong Selayang itu memang terkenal dengan kawasan sesak dengan kenderaan yang menuju ibu kota.
Alya nekad mahu hadirkan diri ke tempat temuduga tersebut. 'Harap tiada masalah lagi lepas ni' bisik hati kecil Alya.
YOU ARE READING
Oh! ABANG LAJUKU
RandomAlya berusaha untuk mencapai impiannya, dia memerlukan sokongan dari orang sekeliling sehinggalah muncul dua lelaki di dalam hidupnya. Di dalam masa yang sama doktor mengesahkan sakit ibunya sukar dirawati. Pengorbanan Alya diperlukan di saat- saat...