Bab 2 : Berangan

8 0 0
                                    


Alya meletakkan basikalnya di kawasan parkir motosikal. Ah! Rasa ganjil benar hahaha... mana la ada orang KL nak bawa basikal pergi kerja kecuali Tuan Puteri ni je..(senyum)

Alya mengunci basikalnya dengan cermat dengan meletakkan rantai kunci tersebut dililit dengan besi yang disediakan di sebelah hadapan parking motosikal.

Setelah yakin kunci basikalnya benar-benar sempurna, Alya berjalan di siar kaki menuju pejabat tempat temuduganya. Tiba-tiba mata Alyah terpandang sebuah kereta mewah berwarna putih yang mempunyai persamaan nombor plat kereta yang hampir melanggar dirinya.

Terasa panas naik ke muka Alya, jika ikutkan hati mahu sahaja dipancitnya tayar kereta tersebut. Tetapi Alya masih mampu bersabar. Niat dia untuk hadir temuduga bukan mencari gaduh. Semoga Allah memberi balasan kepada mereka, Alya mengomel seorang diri. 'Ah, lupakan sahajalah.'

Setibanya Alya di pejabat yang dituju. Dia terus melaporkan dirinya di bahagian pendaftaran temuduga, kelihatan tiga orang calon juga sedang menunggu.

Beberapa minit setelah semua dokumen diserahkan kepada pegawai bertugas, dia terus berlalu ke bilik menunggu. Tetapi baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya namanya telah dipanggil. Eh! Cepatnya, kan ramai lagi yang menunggu untuk masuk dan datang awal daripadanya. Musyhkil betul.

Dengan keadaan tergesa-gesa itu, Alya terus meluru keluar dari bilik tersebut untuk pergi ke bilik temuduga. Tetapi dengan tiba-tiba..

Panggg! Alya terlanggar seorang pemuda yang melalui laluan tersebut. Failnya terjatuh dan beberapa dokumen bertebaran di lantai.

Astagfirullahalazimmm! Apalah nasibku hari ni, tadi terjatuh, ini terlanggar orang pula, Ya Allah! apakah dosa yang aku buat.. aduhai..

"Awak tiada mata ke? Jalan pakai lutut, tak nampak, kalau rabun pakai la cermin mata. Alya mendongak lalu berdiri di hadapan pemuda yang bertali leher dan memakai coat itu.

Alya berkata di dalam hatinya, 'aku macam pernah lihat mamat ni, tapi di mana ya? Oh ya! wajahnya seperti abang Poslaju tadi, tapi tak mungkin orang yang sama, abang Poslaju tu wajahnya kelihatan suci putih-putih gitu, ada lesung pipit dan berbahasa orangnya. Pelanduk dua serupa kut, tak mungkin..tak mungkin"

Namun apa yang sebenarnya berlaku bukan Alya sahaja yang terkesima sebentar, pemuda itu juga terpegun melihat wajah Alya yang kelihatan ayu dan kulit yang putih mulus itu.

Matanya berwarna coklat membuatkan wajahnya tampak jelita dan senyumannya yang memikat membuat siapa juga yang memandangnya akan terpesona.

Encik! Encik!.. Alya memulakan bicara sambil tangannya mengibas-ngibas di wajah pemuda itu. Saa ya..Saaa yaa minta maaf, saya tak sengaja. Pemuda itu buat tidak tahu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pemuda itu terus berjalan tanpa menoleh, dia seperti tidak keruan. Alya pula yang ternganga dan keliru dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

Tanpa membuang masa, Alya mengutip semula fail dan dokumennya sesegera mungkin. Dia perlu fokus dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan itu.

Alya masuk dengan seribu harapan dan membaca ayat-ayat penerang hati untuk meredakan rasa gugupnya. Akhirnya ..

"Alhamdulillah!" kata Alya sebaik sahaja keluar dari bilik temuduga. Apa yang penting pada Alya dia telah mecuba yang terbaik, Insyaallah ada rezeki dapatlah dia pekerjaan itu.

Alya berlalu untuk keluar daripada pejabat itu. Dia tersenyum puas sambil menuruni tangga bangunan tersebut. Alya memilih untuk menggunakan tangga berbanding lif, oleh kerana bilik temudga itu hanya berada di tingkat satu sahaja.

Setibanya dia di depan parkir di letakkan basikalnya tadi, dia terpandang seorang pemuda yang berlaga dengannya sebelum temuduga tadi.

Dahi Alya berkerut seribu, seraya berkata di dalam hatinya 'La kereta mamat ni yang cuba nak langgar aku tadi.. memang tak semengah langsung, muka je handsome tapi takda budi bahasa, orang kaya memang macam ni kut, rasa dah bagus sangat ada kereta besar, baik macam aku pakai basikal cabuk tapi hati baik..eh.. walaupun pinjam abang ipar aku hehehe..., siapa agaknya mamat ni, tadi dia keluar sekarang dia menuju ke pejabat tadi semula? Ah..biarlah, orang macam tu tak rugi pun kalau tak berkawan dengannya.' (senyum)

"La..la..la..la" Alya menyanyi riang sambil mengayuh basikalnya menyusuri deretan kedai di sepanjang pejabat tersebut. ' Wah bestnya, kalau aku dapat kerja di sini, hari-hari aku pergi balik kerja naik basikal, jimat sungguh, boleh la simpan duit, mujur ada pamoga, eh basikaa hehhehe' getus Alya terus berangan-angan."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Oh! ABANG LAJUKUWhere stories live. Discover now