Aku menatap wajah Ryan, anak orang kaya, ayahnya antara jutawan terkaya di Asia. Pipinya ku pegang lembut, ternyata sentuhanku membuat Ryan tergoda. Ryan merapatkan lagi wajahnya ke wajahku. Aku dapat rasakan degupan jantung Ryan yang berdegup pantas. Tangan kiriku menyentuh dadanya. Ombak nafsunya kian meningkat. Aku memejamkan mata. Aku dapat rasakan pergerakan Ryan, wajahnya semakin tertunduk,akhirnya bibir kami bersatu.
Ryan menciumku dengan rakus seperti insan yang sedang kehausan. Lidahnya menerokai dalam mulutku. Sesekali lidahku dihisap ketika ia menjalar ke dalam mulut Ryan. Tangan Ryan membelai lembut rambutku sekalipun ciumannya bergerak laju dan mula turun dari kepala ke leher membuatkan nafsuku kian menaik. Kemudian tangan itu turun ke bawah lagi menjamah bonggolan dua mahkotaku yang terdedah sedikit, terasa kehangatan kulit tangannya bila ia terkena bahagian atas dadaku yang tidak berlapik kain itu. Aku mula menolak Ryan. Ryan kelihatan terkejut.
"Marissa sayang, kenapa ni?" tanya Ryan.
"Saya nak balik. Letih" jawabku bersahaja. Wajah Ryan berubah. Dia mengambil tanganku dan diciumnya berkali-kali.
"Tapi kita baru nak mula" Ryan memujukku.
"Nantilah. Saya penat. Saya naik dulu" aku tetap dengan pendirianku. Sekali lagi wajah Ryan berubah. Aku merapatkan wajahku padanya, sesaat kemudian aku mengucup bibirnya, goodbye kiss. Aku membuka pintu kereta mewah Ryan dan terus keluar meninggalkannya tanpa sebarang kata-kata.
Aku meneruskan langkah hingga ke pintu rumah. Kelihatan kereta Ryan masih berada di depan pagar rumahku. Aku terus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Aina, teman serumahku sedang leka menonton tv sambil mengunyah keropok. Perasan akan kehadiranku, dia berhenti mengunyah dan memanggilku supaya duduk di sebelahnya. Aku menghampirinya.
"Rissa, aku ada sesuatu nak bagitahu kau" dahi Aina berkerut sedikit, tanda serius. "Cuba kau tengok ni" Aina menunjukkan gambar di dalam skrin handphone nya.
"Kenapa dengan gambar ni?" aku seolah-olah tidak terkesan oleh gambar yang ditunjukkan Aina.
"Eh kau tak kisah ke?" tanya Aina yang kehairanan melihat aksiku.
"Ya, aku tahu tu gambar Ryan. Kenapa aku nak kisah pulak?"
"Gambar Ryan berpelukan dengan perempuan dan perempuan itu bukan kau sedangkan kau kekasih Ryan" Aina menerangkan maksudnya, baginya aku harus cemburu.
"Aina, aku tak kisah. Aku dah biasa. Tak ada lelaki jujur dengan kita. Kucing mana yang tak makan ikan kan" aku berkata sambil melangkah pergi meninggalkan Aina di ruang tamu.
Ya, memang aku tak kisah. Ryan memang kekasihku dan gambar itu memang gambar Ryan yang berpelukan dengan gadis lain. Aku tahu dan aku pernah tengok lebih dari itu. Semua itu tak menjadi masalah bagiku. Aku dah masak dengan perangai lelaki. Mereka semuanya penipu! Dasar lelaki! Ciuman tadi hanyalah salah satu mainanku. No hard feeling. Aku hanya nak berseronok dengan Ryan.
Sejak aku ditenggelami sejarah kisah silamku aku menjadi seorang wanita yang kuat, tidak gentar menghadapi segala kemungkinan malah lebih dari itu. Dulu aku dipermainkan, sekarang aku yang mempermainkan orang. Aku tidak pernah serius dalam bercinta. Aku tak nak disakiti. Aku tak nak mempercayai. Aku tak nak dilukai lagi. Aku tak nak jadi Marissa yang bodoh kerana cinta suatu masa dulu.
Ryan, hanya mainanku. Aku tahu aku mampu menarik Ryan menyukaiku. Memang aku yang goda Ryan. Hanya kerana aku nak membalas dendam atas apa yang terjadi padaku sebelum ini. Aku tahu Ryan buaya darat, tidak dapat melihat perempuan cantik, semua dia nak cekik!
Aku melihat diriku di dalam cermin. Ternyata berbeza dari dulu. Dulu akulah perempuan yang sangat lemah lembut dan menjaga kelakuanku. Tapi kini aku sangat berani dan main redah je. Aku ternyata lebih kuat berbanding dulu yang terlalu lemah.
Aku tidak mahu membazirkan airmataku seperti dulu. Sehingga aku selalu dibuli. Selalu di khianati. Selalu dipermainkan. Adakah selama ini perasaanku hanya mainan semata-mata? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?
Hatiku pernah hancur suatu ketika dulu. Ketika aku berusia sembilan belas tahun. Aku dikhianati oleh kawan baikku sendiri. Aku menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Amran. Amran adalah kekasih pertama aku. Kami berhubungan sejak dibangku sekolah lagi. Namun aku tidak menyedari rupa-rupanya dibelakangku dia juga menjalinkan hubungan dengan sahabat karibku, Diana. Diana sangat pandai menyimpan rahsia mereka sehingga aku tidak dapat menangkap langsung perbuatan mereka. Sehingga pada suatu hari kebenaran akhirnya terbongkar. Diana dan Amran terlanjur. Diana mengandung, dan dia mahu Amran bertanggung jawab atas perbuatannya. Aku sangat sedih ketika itu bila mendengar sendiri luahan mereka berdua. Sungguh mereka kejam!!!! Aku kehilangan kekasih dan sahabat baik serentak pada waktu itu. Hampir setiap hari aku bermandikan air mata mengenangkan diriku. Aku membawa diri, jauh dari kebenaran yang amat menyakitkan.
Bak kata orang tidak semua lelaki jahat. Ya, aku tidak menafikannya. Aku tidak menutup terus pintu hatiku. Setahun kemudian aku mengenali seorang lelaki bernama Farid. Aku memberikan peluang kedua kepada diriku. Namun sekali lagi kepercayaanku diragut. Mula-mula aku bagi Farid peluang setelah aku terbaca whatapp dia bersayang-sayang dengan perempuan lain. Mungkin dia akan berubah bila telah di beri amaran namun aku ternyata silap. Akhirnya aku sendiri yang menyaksikan Farid berlaku curang didepan mataku. Bukan sahaja di alam maya namun di alam realiti. Waktu itu hatiku sakit sangat, bagai dihiris belati tajam. Pisang berbuah dua kali. Ternyata sejarah lama berulang walaupun berlaku kisah yang berbeza. Sejak dari itu aku tidak mempercayai lelaki dan aku tutup pintu hatiku rapat-rapat agar aku tidak terluka lagi. Agar aku tidak dipermainkan oleh insan bergelar LELAKI.
Percubaan pertama- Zue_anne