Nazri datang semula dengan mangkuk berisi bubur dan air.
Dia meletakkan makanan tersebut di meja sisi, ditepi katil tempat pembaringanku.Aku bangun dari baring dan mula duduk. Mangkuk yang berisi makanan tadi aku capai dan aku mula menyuap makanan ke mulutku. Perutku terasa kosong.
"U masak ke?"
"Ya. Kenapa tak sedap ke? maaflah makanan orang bujang je Marissa" Nazri telah memberi satu maklumat lagi padaku, dia bukan suami orang.
"Sedaplah. Terima kasih u. U single lagi ke? Siapa tinggal dengan u kat sini?" ujarku mengorek identiti Nazri, aku senyum padanya, dan aku nampak Nazri sedikit gelabah.
"I tak kahwin lagi, i tinggal dengan kawan i, tapi dia dah pergi kerja. Marissa, u nak baju ke? Tapi i hanya ada baju tshirt je, maklumlah tiada perempuan yang tinggal disini"
"Kenapa pulak u nak bagi i baju?I kan dah ada baju i sendiri ni" Aku tenung Nazri, dia semakin gelabah.
"Marissa, saya lelaki. Saya juga ada nafsu. Saya tak dapat menahan mata saya dari melihat ke situ" Nazri memalingkan wajahnya dan memejamkan mata. Aku tertawa. Terasa lucu dengan perlakuan Nazri. Aku tahu baju ku yang koyak dibahagian dada menyerlahkan lagi mahkotaku itu. Mungkin secara tak langsung tubuhku telah menggoda Nazri dalam diam.
"Nazri..." aku memanggilnya manja, sengaja menggodanya. Itulah kelebihanku setelah aku berubah. Aku menarik tangannya, sekali lagi tangannya itu menyentuh dadaku, aku rasa seronok, aku lupa dunia.
Nazri cuba menarik tangannya semula, namun aku menarik badan Nazri ke arahku lagi. Tarikanku menyebabkan tangannya berada dikiri dan kanan mahkotaku, bibir Nazri yang dekat denganku ku kucup. Nazri tergamam, terdiam. Aku pasti otaknya tengah berkecamuk. Antara terima atau tidak dengan godaanku. Aku dapat rasa balasan kucupan dari Nazri, bibirnya lembut dan sejuk. Tangannya juga memainkan peranan. Godaanku menjadi.
Seketika Nazri menolakku. Dia seperti tersedar.
"Maaf Marissa. Nazri tak patut..." aku menutup mulutnya dari berkata-kata.
"Tak Nazri. Itu hadiah i untuk u. Terima kasih ya" aku mengetap bibirku. Nazri tak mampu berpandangan denganku.
Nazri bangun. Dia mula melangkah keluar dari bilik. Sesampainya di pintu dia berkata "Marissa makanlah dulu. Nanti Nazri ambilkan Tshirt. Lepas tu Nazri akan hantar Marissa pulang ke rumah"
Aku hanya senyum. Nazri tidak berani bertentangan mata denganku. Hatiku bersuara.
I will make you fall in love with me Nazri..
¤¤¤¤¤¤¤¤
"Terima kasih Nazri sebab hantar I balik rumah. Thanks for everything yang u dah buat untuk i, dan terima kasih sebab selamatkan i"
"Sama-sama. Marissa, maafkan i pasal tadi tu, i sepatutnya menolak"
"Takpe. Kan i dah cakap tadi takpe kan. Itu hadiah i untuk u"
"Tapi i rasa bersalah pada u"
"Its ok Nazri, perkara kecil je"
"Tapi besar bagi Nazri"
"Kalau macamtu apa kata u bagi i your phone number? Untuk menghilangkan rasa bersalah u tu" aku memerangkap Nazri, dan mengeluarkan handphoneku lalu memberikannya pada Nazri.
"Ok. Ini nombor i. Dah save" Nazri mengembalikan handphone ku setelah memasukkan nombornya.
"Thanks. I will call u Naz" ucapku dan aku menghadiahkan satu ciuman di pipi Nazri. Sekali lagi dia tergamam. Tak sempat mengelak.
"Bye Naz. I masuk rumah dulu ya" aku meninggalkan Nazri yang masih tidak percaya dengan tindakanku. Aku nampak dia menggelengkan kepala dan menepuk dahinya. Aku ketawa.
¤¤¤¤¤¤¤
"Beb..ceritalah apa berlaku kat kau semalam? Aku tak nampak Sheryl hantar kau pulang, kau tidur kat rumah Sheryl ke?" tanya Aina.
"Taklah, aku tidur dekat rumah Naz"
"Siapa pulak Naz? Bukan Ryan ke?"
"Haha..bukanlah beb. Jauh kan beza nama Naz dan Ryan. Naz tu Nazri. Dia tolong aku semalam"
"Tolong?kenapa dengan kau?"
"Semalam kesucianku hampir diragut. Aku mabuk. Jadi aku tak tahu siapa yang hendak merogol aku"
"Lepas tu?"
"Kau boleh sabar tak? Biarlah aku tarik nafas dulu"
"Yelah..yelah..sambunglah lagi"
"Aku diselamatkan oleh Nazri sewaktu mamat tu cuba rogol aku. Nazri cerita dia takutkan mamat tu dengan bunyi hantu. Terus mamat tu lari"
"Penakut jugak mamat tu ek"
"Hantu kut. Mana tak takut nya. Lepastu Naz terus papah aku ke rumah dia"
"Then, apa jadi?"
"Tak jadi apa-apa"
"Kenapa lak tak jadi apa-apa?bukan kau ni ratu goda ke? Mustahil lelaki tak jatuh dalam godaan kau"
Si Aina ni kalau mengata aku laju je mulutnya. Minta cili minah ni.
"Tak beb. Sebab Naz ni seorang lelaki yang baik. Dia jaga aku masa aku tak sedar. Buatkan aku makanan pulak. Dan kau tahu tak dia minta maaf sebab dah tersentuh bahagian dadaku ni"
"Wah. Menarik. Habis tu takkan kau tak goda dia?"
"Aku buat dan dia kalah pada godaanku. Tapi cuma seketika. Tapi aku yakin aku akan buat dia jatuh hati padaku sepertimana lelaki sebelum ini. Aku nak jadikan dia mangsa aku yang seterusnya"
"Hish kau ni..Ryan ko nak letak mana"
"Letak tepi lah. Terpulanglah Ryan nak pergi mana. Dia bukan setia dengan aku pun"
"Berubahlah Marissa. Sampai bila kau nak balas dendam kau pada orang yang bukan buat salah pada kau"
"Haha. Kau tak payahlah jadi ustazah depan aku. Aku tahulah apa aku nak buat"
Aina mati kata. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.