Pada pagi yang indah itu membuatkan elisya tidur lena. "Lisya.... bangun sayang, matahari dah tegak atas kepala pun tak reti nak bangun lagi ke ha!." jerit puan intan sambil mengikat langsir di dalam bilik elisya bagi menerangi sedikit bilik itu. Elisya yang mendengar jeritan uminya terus menutup telinga dan menarik selimut hingga ke muka. Dia menyorok. "Hey anak dara apa ni, tak reti nak bangun lagi, bangun cepat."bebel puan intan kepada anak daranya yang sorang itu. "Apa umi ni tarik selimut lisya..." rungut elisya. "Bangun la...., ni ada posmen hantar surat, nama kamu ni malas pulak umi nak bukak takut surat penting pulak" beritahu puan intan. Elisya yang mendengar terus bangun duduk bersila di depan uminya dan sengih. "Ha, mane meh sini umi pergila turun dulu nanti lisya turun makan okey" seloroh elisya sambil mengenyitkan matanya. Malas puan intan melayan, terus puan intan keluar meninggalkan elisya sendirian. "Surat apa ni? " soal elisya sendirian.Elisya membuka sampul surat itu dana membacanye, lama.Dan, "arghh.... Umi.... Yeah... Lisya dapat... " menjerit elisya keriangan dan elisya berhenti apabila puan intan masuk. "Eh apa terjerit- jerit nii.. Malu jiran sebelah dengar" marah puan intan. "Hehe" elisya sengih seperti kerang busuk. "Sorry umi excited sangat, nah." elisya meminta maaf dan memberi puan intan baca suratnya itu. Puan intan menyambut pemberian itu.'apalah yang teruja sangat anak aku ni' soal puan intan di dalam hati. 'Surat tawaran temuduga. Dengan ini dimaklumkan Cik Tengku Nur Elisya Binti Tengku Ismail akan ditemuduga pada11/2.Temuduga bekerja di bahagian Jabatan Cardiothorastic sebagai setiausaha. Dalam hati puan intan berkata 'Ya Allah Syukurnya Aku padamu' terus puan intan memeluk elisya. "Tahniah anak umi, umi tahu lisya boleh buktikan pada semua orang yang lisya jugak mampu berjaya dan sekarang matlamat lisya sudah tercapai" menangis puan kerana terharu dengan kejayaan anaknya itu.Mana tidaknya, dulu elisya sering dihina, pemalas dan kurang pandai. Tapi, elisya sempat berubah sewaktu dia tingkatan 5. Elisya yang sekarang seorang yang cantik,bijak, anak solehah, hormat orang tua dan paling penting pandai masak, sudah layak menjadi isteri orang kerana sudah cukup syaratnya.
Sorry guys baru pertama kali buat novel tolong la yer perbaiki novel ni saya baru belajar.. Hehe vote and comen la ramai ramai yerr. 😘😊
YOU ARE READING
SUAMIKU EX BOYFRIEND
Romanceseorang gadis yang dipaksa berkahwin dengan bekas kekasihnya 6 tahun lalu. Betapa bencinya dia pada lelaki itu. "I hate you!", itu ungkapan yang Elisya lafazkan saat bertemu dengan lelaki yang dia benci itu. Namun apabila Elisya selamat berkahwin d...