Dimalam yang dingin
Aku mencari sesuatu dari imaji
Yang tak akan dapat kumiliki
Kerana dengan berimajinasi
Yang mati bisa hidup semula
Yang putus bersambung semula.
Kutanya pada Embun
Kenapa kau jatuh pada Tanah?
Jawabnya si Embun
Kerana dia ikhlas menadah
Jika aku dan dia bersatu
Bumi tersergam indah.