BAB 55|PROBLEM COMING

1.5K 50 2
                                    

Zahirul awal-awal lagi sudah bangun dan membuat sarapan mereka berdua . Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata .

"Aik , awalnya awak bangun . " tegur Qayra dari belakang .

Zahirul menoleh seketika sebelum meneruskan kerjanya . Dia hanya masak makanan western . Entah kenapa tiba harini teringin makan.

Qayra hanya melihat Zahirul dari belakang . Dia rasa mahu sahaja memeluk lelaki itu kerana dia merasakan hari ini hari terakhir bagi mereka.

"Sayang ? Takyahlah pandang abang macam tu . Tahulah abang handsome" usik Zahirul .

Qayra terus segan dan hanya tersengih . Zahirul duduk di hadapan Qayra dan mereka terus makan.

"Awak macam pelik hari ni " kata Qayra sambil memandang tepat ke arah Zahirul.

"Tak adalah . Merepek je sayang pagi-pagi macam ni" balas Zahirul .  Qayra hanya terdiam mendengar jawapan Zahirul . Bukan dia tidak kenal Zahirul ni macam mana.

"Sayang … kalau abang minta something boleh tak ?" Tanya Zahirul tiba-tiba.

"Apa dia ?"

"Sayang ambil cuti harini , please " rayu Zahirul .

"Okay"

Zahirul tercengang seketika sebelum menangkap sesuatu . Dia terlupa isterinya adalah bos .

---------------------

"Awak, kita nak ke mana ni sebenarnya ?" Tanya Qayra di dalam kereta .

"Jalan-jalan . Tengok bunga sakura . Mana tahu lepasni saya tak boleh dah jejak kaki ke Jepun dah" balas Zahirul tanpa memandang Qayra .

Qayra hanya diam .

"Here you go " kata Zahirul selepas mereka tiba di sebuah taman bunga . Last nasihat Najihah ialah Qayra suka bunga .

Mereka menghabiskan masa selama sejam di taman bunga dan Qayra sangat gembira . Zahirul terhibur dengan isterinya yang sangat excited bercerita tentang semua bunga dan berbagai lagi . Yang penting semua pasal bunga . 😅😂

Mereka seterusnya berjalan di tempat perjalan kaki yang dipayungi bunga sakura .

Zahirul tiba-tiba berhenti . Qayra memandang pelik ke arahnya .

"Kenapa ?"

"Sayang , abang tak tahu apa lagi yang boleh lembutkan hati sayang untuk terima abang balik . Abang cuba buat sayang gembira dengan memenuhi semua benda yang sayang suka . Tapi … abang rasa abang gagal . Sebenarnya , hari ini hari last abang akan teman sayang kat Jepun . Abang tak nak berharap sangat sayang akan ikut abang balik Malaysia semula . Tapi tolonglah balik Malaysia dengan abang" luah Zahirul .

Qayra terkesima seketika . Dia perlahan-lahan bergerak ke Zahirul .

"Qayra…" belum sempat Qayra membalas luahan Zahirul . Tiba-tiba…

"Eh Zahirul ! Here you are . Tak sangka saya awak ada kat sini jugak" Iera datang dari belakang Qayra dan menyapanya .

"Oh Qayra ada juga rupanya"

Qayra menapak ke belakang selangkah .

"Ni rancangan awak ke ? Awak , saya dah tahu siapa Iera ni . Saya tak akan balik . Malam ni saya tak tidur rumah"

Selepas itu ,Qayra terus pergi meninggalkan Zahirul yang sangat terkejut dengan kehadiran Iera .

"Nerhh . You are a  spoiler ." Kata Zahirul dan pergi ke keretanya . Dia tidak memujuk Qayra kerana dia tahu Qayra pasti terluka sekarang.

Dia sudah berputus asa . Namun dia tidak akan sesekali lepaskan Qayra dengan mudah .

------------------------

Qayra tidur di rumah Najihah pada malam itu . Dia masih menangis sehingga bengkak matanya . Dia baru sahaja mahu memberi peluan kepada suaminya tapi hatinya terluka kembali.

Najihah pening kepala dengan perangai rakannya yang sensitif itu .

Tiba-tiba terdengar loceng ditekan . Najihah pergi ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang . Dia menjerit kegembiraan melihat tetamu yang datang .

Qayra tidak mempedulikan jeritan Najihah . Dia lebih focus untuk menangis .

"Woi jemah , kau nangis pasal ? Teruk gila muka kau" tegur seseorang .

Qayra memandang ke hadapan dan melihat Nurin di hadapannya . Dia terus memeluk Nurin . Nurin yang sudah mengetahui konflik rumah tangga kawannya itu terus sahaja menenangkan perasaan kawan baiknya itu .

Mereka terus duduk di sofa . Najihah hanya berdiri melihat mereka berdua .

"Okay macam mana boleh jadi macam ni ?" Tanya Nurin .

Qayra terus menceritakan bagaimana dia boleh berada di Jepun dan apa yang terjadi pagi tadi dan siapa Iera di sisi Zahirul selama ini. 

Setelah itu …

Nurin mengeluh mendengar cerita rakannya itu . Dia memandang ke arah Najihah dan tersenyum tawar .

"Beb , kau dah salah paham ni . Kau ikut perasaan je selama ni . Kau tak dengar pun penjelasan dari suami kau dengan Iera.  Tup tup kau minta bantuan Rayyan untuk bawa kau ke sini . Aku ada something nak bagi kau dengar " kata Nurin dengan lembut .

Dia mengeluarkan iPhonenya dan menekan aplikasi whats app .

"Qayra . Ni saya Iera . Saya minta maaf sebab merosakkan rumah tangga awak . Saya datang ke Jepun bukan sebab ikut Zahirul tapi saya ada kerja dengan salah sebuah syarikat di sini . Saya minta maaf buat awak salah faham .
Saya mengaku saya yang beria goda Zahirul tapi hati dia hanya untuk awak . Saya takpernah pun dapat cinta dia . Saya baru tahu selama kami berkawan dahulu , dia sedikit pun tidak pernah rasa cinta kat saya . Dia hanya anggap saya sebagai kawan . Apa yang awak nampak dekat hospital itu memang salah saya . Dia tidak mahu pun makan tapi saya sengaja suapkan dia sebab saya tahu awak akan datang . Saya adalah janda anak seorang . Tu sebab saya perlukan Zahirul . Tapi saya sedar , dia bukan untuk saya . Maafkan saya . Pergilah kepada Zahirul . He really need you . Dia dah cukup terseksa semasa awak tak ada. I am sorry ."

Nurin memandang ke arah Qayra setelah voice record itu sudah habis dimainkan . Qayra menangis teresak-esak .

"Aku lama dah tahu cerita sebenar , Qayra . Cuma kau terus hilang macam ni . Aku paham perasaan orang mengandung ni macam mana sebab aku pun mengandung tapi control your temper and feeling . Dengan aku pun kau berahsia taknak bagi tahu. Baliklah ke pangkuan Zahirul"

Qayra hanya menangis dan menjawab .

"Aku akan fikirkan "

"Please Qayra . Esok dia dah balik . Tolonglah" pujuk Najihah .

Qayra hanya terus berlalu ke biliknya .

Sapa benci Iera sekrg ni ? Ade lg tak ? 😂 degil kan Qayra ?

Love Story-A Gamer Girl ✔Where stories live. Discover now