MASIH POV HANA
Pintu rumah Jungkook aku ketuk berkali-kali.
Tak ada siapa yang buka pintu. Aku call Jungkook, still tak jawab. Haih.Aku pun ingat nak lepak cafe, tiba-tiba pintu rumah tu terbuka.
"Cari siapa?" seorang lelaki muka lebih kurang macam Jungkook.
"Oh.. Em. Saya cari Jungkook." Jawab aku.
"Oh. Kookie tak ada. Dia keluar dengan kawan dia. By the way saya Jungwoon, abang dia." kata Jungwoon sambil menghulurkan tangan.
Aku pun bersalam dengannya.
"Hana imnida. Okaylah. Saya pergi dulula ya." kata aku. Jungwoon mengangguk dan aku pun pergi.
Haih.. Manala kau wahai Jungkook oi.. Aku pun jalan kaki ke cafe berdekatan.
"Ya miss. Nak order apa." macam biasala, akak flawless yang kerja kat cafe tu tanya aku.
"Ice Americano satu. Dengan emm.. Toast satu set." kata aku.
"Okay. Sila duduk dulu." katanya.
Aku pun duduk dekat meja kecil di sudut cafe itu. Aku masih risau dengan Jungkook. Aku ada buat salah ke?
"Hai Hana." tiba-tiba ada seseorang menegur aku.
"Luhan?? OH MY GOD! Bila kau balik Korea ni?" kata aku teruja.
"Hehe. Actually.. Aku tak jadi balik China. Mak aku ada hal. Next two weeks baru aku pindah terus gi China.. So.. Aku duduk rumah aku je. Aku saje singgah cafe ni, nak minum. Baru tadi ingat nak singgah rumah kau. Nak buat surprise."
"OMG. Aku mati mati fikir kau dah gerak gi airport weh. Aishhh" kata aku.
"Taklah. Mak aku call last minute. Malas nak stay rumah kau, so aku stay rumah aku jela. Bukan apa. Aku takut menyusahkan parents kau." kata Luhan.
Lama jugakla aku berbual dengan dia kat cafe tu. Sampai terlupa sekejap pasal Jungkook.
"Hana. Kita gi main basikal sewa nak?" ajak Luhan.
"Okay aku on je." jawab aku.
TIBA DI CYCLING PARK
Aku pun main basikal dengan Luhan kat taman tu. Seronok jugak la. Aku kadang kadang sepak basikal dia perlahan. Kitorang lumba kat taman tu.
"Hana. Tak payah la laju sangat!!" Kata Luhan sambil ketawa.
"Mana ada laju! Kejarla kalau boleh. Wekkkkk!"
Aku membawa basikal dengan laju. Entah macam mana, rantai basikal aku tu tak berfungsi dengan elok dan akhirnya......
"HANAAAAAAAAA!!!!"
TAMAT POV HANA
DI HOSPITAL SEOUL.
"Doktor. Macam mana dengan kawan saya?" Tanya Luhan.
"Dia baik baik je. Cuma kaki kanan dia patah, tulang tangan kanan dia pun retak. Dia tak boleh banyak bergerak buat sementara waktu, tapi saya jamin dia akan cepat sembuh dan keadaan dia taklah teruk mana.. Cuma.. dia perlukan rehat yang cukup. Jangan risau ya."
"Terima kasih doktor." kata Luhan lalu doktor itu pun beredar.
Disebabkan badannya yang berpeluh dan tak selesa, Luhan pun membuat keputusan untuk balik ke rumah. Sebelum itu, Luhan sempat menghantar mesej kepada Chanyeol dan menerangkan semua yang terjadi.
-----------------------------------------------------------------
SITUASI JUNGKOOK.
POV JUNGKOOK.

YOU ARE READING
Love? [ SLOW UPDATE ]
FanfictionPark Hana- seorang perempuan yg genius, cantik dan kaya. Tetapi, dia kasar seperti lelaki. Dia juga mempunyai masalah keluarga yg besar. Jeon Jungkook - seorang lelaki yg kemas, menjaga penampilan, dan baik. Dia digelar Mr. Perfect disebabkan penam...