00:11

539 70 8
                                    

-10:30 pagi-

Setelah usai mandi, mereka bertujuh berkumpul di ruang tamu untuk berbincang. Mereka berbincang tentang aktiviti dan menu utama untuk malam ini.

Mereka menjadikan Gochujang Jjigae dan daging panggang sebagai menu utama. Bibimbap pula sebagai menu sampingan.

Setelah menetapkan menu. Mereka mengasingkan tugasan untuk aktiviti pula. Jin ditugaskan untuk menyenaraikan bahan-bahan Gochujang Jjigae. Hoseok pula ditugaskan untuk menyenaraikan bahan-bahan daging panggang manakala Jimin dan Taehyung ditugaskan untuk menyenaraikan bahan-bahan Bibimbap.

Manakala sahabat yang lain, seperti Yoongi akan menetapkan bajet setiap pembelian. Namjoon dan Jungkook pula ditugaskan untuk menyediakan tempat dan menyenaraikan alat untuk mereka ber'camping' pada malam ini.

-11:00 pagi-

Setelah selesai berbincang, mereka bertujuh masuk ke dalam Mariogen. Jin memandu keluar vannya dan ke pasaraya terdekat.
Sesampai mereka di pasaraya, Jin memarkir vannya di tempat parkir. Mereka bertujuh turun dan masuk ke dalam pasaraya tersebut. Mereka berkumpul di tepi trolleys.

"Hoseok, kau cari bahan-bahan untuk daging panggang" arah Yoongi.

"Jin dengan aku, cari bahan-bahan untuk Gochujang Jjigae"

"Jimin dengan Taehyung cari bahan-bahan untuk Bibimbap"

"Namjoon dengan Jungkook cari alat atau bahan untuk kita ber'camping' malam ni"

"Arasseo?" Soal Yoongi.

"NAE!" mereka menjerit perlahan setelah mendengar arahan Yoongi. Setelah itu, mereka berpisah mengikut team yang ditetapkan oleh Yoongi. Jin sempat mengambil trolley di sebelahnya dan berlalu pergi.

Bermula dengan Hoseok. Dia ke bahagian bahan mentah. Matanya mencari sebungkus daging lembu. Berpinar matanya kerana terdapat pelbagai daging di situ. Sampailah seorang perkerja wanita menyapanya.

"Encik nak cari apa?" Soal wanita itu,

"Daging lembu. Ada?" Soal Hoseok. Wanita itu hanya mengangguk dan mengambil sebungkus daging lembu.

"Lagi dua bungkus daging lembu" pinta Hoseok. Wanita itu mengangguk lagi dan menghulurkan dua lagi bungkus daging lembu kepada Hoseok.

"Kamsahabnida" ujar Hoseok. Dia memeluk tiga bungkus daging lembu sambil membaca senarai bahan yang telah dia senaraikan.

"Cendawan pulak" Dia berjalan ke bahagian sayur-sayuran dan mencari cendawan pula.

Kemudian, Jin dan Yoongi pula ke bahagian pes dan sos. Jin hanya menolak trolley sambil membaca senarai yang telah dia senaraikan tadi. Manakala Yoongi pula melilau mencari pes lada merah untuk Gochujang Jjigae.

"Haa ni pun" Yoongi menyapai sebungkus pes lada merah yang bersaiz sederhana.

"Kecik sangatlah tu" rungut Jin.

"Okay la ni. Kalau beli yang besar, mahal sangat" ujar Yoongi.

"Kalau beli yang kecil takut tak cukup" rungut Jin lagi.

"Haa yang takut tulah sebenarnya membawa kita ke pembaziran tau tak?" Yoongi seolah-olah mahu mengajar Jin. Jin mengalah jua. Yoongi tersenyum nipis dan meletakkan pes lada merah di dalam trolley yang masih kosong.

"Lepas tu nak cari apa pulak?" Soal Yoongi.

"Terung" balas Jin sambil membaca senarai kertas. Yoongi terangguk. Mereka bersama-sama berjalan dan ke bahagian sayur-sayuran.

Di bahagian sayur-sayuran, Jimin dan Taehyung leka mencari timun. Hampir 15 minit mereka mencari timun yang tak sudah-sudah. Jimin mula naik bengang.

The Truth | BTSWhere stories live. Discover now