00:15

653 77 9
                                    

"Hoseok, kau memang dengan Jimin eh dari tadi?" Soal Jungkook inginkan kepastian bahawa apa yang dilihatnya tadi hanyalah hayalan.

"Aku memang kat sini dari tadi. Kenapa?" Soal Hoseok.

"Habistu...tadi...tangan siapa yang kat sana?" Soal Jungkook.

"Bu-bukan Hoseok ke?" Soal Jin gagap. Jungkook menoleh memandang Jin dan Yoongi di dapur. Wajah mereka sangat pucat. Ternyata mereka juga terlihat tangan di penjuru bilik tadi.

"A-aku ingat Hoseok..." Yoongi termenung memandang penjuru bilik.

"Ma-mana ada! Aku memang kat sinilah. Dengan Jimin" Hoseok menjerit sambil memeluk semula Jimin erat. Dia mula cuak.

Tiba-tiba lampu di ruang tamu berkelip-kelip.

"Omma!" Hoseok dan Jimin menjerit serentak. Mereka berenam agak terkejut walaupun hanya lampu berkelip-kelip.


















SHHREEEEEEEKKKKKKKKKKKKK~


























Mereka dikejutkan lagi dengan bunyi cakaran pada dinding. Bunyi cakaran itu sangat kuat dan seolah-olah ada seseorang sedang mencakar satu rumah.

"J-jungkook" Taehyung yang bersandar pada dinding mula ketakutan.

"Sini" Jungkook memanggil Taehyung, Jimin dan Hoseok supaya bangun dan berkumpul. Dia juga memberi isyarat kepada Jin dan Yoongi supaya berkumpul di ruang tamu. Kemudian, bunyi cakaran tadi pun berhenti.

Sesaat Jin dan Yoongi melangkah keluar daripada dapur, suatu bunyi kedengaran.

BANG!!

Sepantas kilat Jin dan Yoongi berlari ke arah Jungkook. Mereka berenam memandang dapur. Suatu periuk besi bergolek di atas lantai.

"A-apa dah jadi ni?" Soal Jin gagap. Taehyung mencangkung di sebelah Namjoon. Di cuba untuk mengejutkan Namjoon yang masih pengsan atas lantai.

"Na-namjoon-ah" Taehyung menggoncang badan Namjoon kuat tetapi tiada hasilnya.

"Jungkook, apa dah jadi ni?" Soal Jimin sambil memaut lengan Jungkook.

Situasi mereka begini, Namjoon terlentang di hadapan pintu. Taehyung mencangkung di sebelah Namjoon. Jin pula memaut lengan kiri Jungkook dan Yoongi pula menyorok di belakang Jin. Manakala Jimin memaut lengan kanan Jungkook dan Hoseok pula memeluk erat Jimin.

Mereka bertujuh berkumpul di ruang tamu. Masing-masing cuak dan panik dengan sitausi yang mereka hadapi.

Sesaat kemudian, suatu kelibat yang sangat besar berdiri di hadapan mereka.

"Be-belakang..." pinta Jungkook sambil mendepakan tangannya. Perlahan-lahan mereka berundur ke belakang.

Perlahan-lahan juga kelibat itu menghampiri mereka. Rambutnya sangat panjang dan berterbangan. Bajunya sangat lusuh dan Wajahnya....wajahnya sangat mengerikan dengan mata tersembul keluar.

Baunya sangat busuk. Sangat busuk seperti bau sampah.

Hoseok tidak mampu melihat kelibat yang mengerikan itu. Dia memejamkan mata seeratnya sambil memeluk Jimin.

"LARI!" Suatu jeritan kedengaran. Tanpa berfikir panjang, mereka melulu keluar dari pintu rumah.

Mereka berlari keluar dan ke Mariogen yang diparkir di halaman rumah. Sudah di tengah laman, hanya beberapa langkah untuk ke van, Yoongi, orang terakhir yang keluar daripada rumah terperasan sesuatu.

The Truth | BTSWhere stories live. Discover now