"Abang! Jangan bang.. Sakit." Malika merintih. Tangannya yang dijirus air panas tanpa belas kasihan sudah mula kemerah-merahan. Habis melecur tangannya.
"Kau tahu tak, sebab kau lah aku hidup susah macam ni. Menyesal aku kahwin dengan kau." Dahi isterinya di tunjal-tunjal.
"Malika tak salah bang. Dah nasib kita bang. Abang jugak yang cakap dulu kan sanggup bersusah senang dengan Malika." Kaki suaminya dipaut, meminta pengertian. Air mata berjujuran di pipi tanpa henti.
"Tak salah kau cakap? Sebab aku kahwin dengan kau, semua harta benda aku ditarik. Kau tahu tak, kau ni pembawa sial! Business aku bankrupt. Rumah kena sita lepas tu kereta pulak kena tarik. Muflis, kau tahu!" Rengus Fauzi. Matanya merah menahan marah. Kalau ikutkan panas hatinya, lama dah dipijak-pijak perempuan di hadapannya.
"Bukan Malika yang minta semua tu bang." Rayu Malika.
Bodohnya dia masih cuba memujuk suami yang suka menggunakan kekerasan atas dirinya.
Bodohnya dia kerana menagih simpati suami yang bencikannya.
"Ibu!" Jerit Iris.
"Apa yang ayah dah buat ni?" Soalnya lagi. Selaku anak sulung dia tak sanggup ibunya terseksa. Tubuh kurus ibunya didakap kejap. Kasihan melihat ibunya yang menjadi mangsa kekejaman ayahnya.
"Ayah jahat!" Irfan pula datang menerpa ke arah Fauzi dan menggigit tangan sasa ayahnya.
"Auhhh! Sakitla bodoh!!" Pipi Irfan ditampar kuat dan membuatkan tubuh kecil itu jatuh tersungkur ke lantai.
"Abanggg!!" Jerit Malika kuat. Sungguh tak sangka lelaki yang dicintainya sepenuh hati sanggup memukul dan mengkhianati janji mereka.
Bertahun-tahun menyulam cinta membawa mereka ke alam rumahtangga. Hampir 9 tahun mendirikan rumahtangga, suaminya mula menjadi panas baran. Perniagaan merosot, masalah kewangan semakin teruk.
Tiada lagi cinta, tiada lagi kasih sayang dalam rumahtangga mereka. Yang ada hanya caci maki dan kata-kata yang menyakitkan hati.
"Abang dah lebih, sanggup abang pukul anak sendiri??" Malika meninggi suara. Tiada lagi hormat untuk sang suami. Amarah menguasai diri. Selama ni dia bersabar, tapi bila melibaanak-anaknyaaknya sabarnya hilang. Tidak pernah dia menjentik pun anak-anaknya, inikan ditampar.
"Kurang ajar kau!!" Fauzi cuba menampar Malika.
Namun Malika pantas mengelak, kaki pula cepat naik menendang perut suaminya.
"Berani kau..." Fauzi bersuara dengan muka berkerut-kerut.
"Kenapa? Sakit? Kau tahu sakit? Yang kau buat aku selama ni tak sakit? Aku tak hadap lah jantan macam kau. Sendiri buat perniagaan muflis, salahkan aku. Bukan aku yang uruskan perniagaan kau tu. Kau lepaskan aku! Aku tak nak hidup dengan jantan dayus macam kau. Tak ada pedoman hidup." Malika meluahkan rasa yang sudah lama terbuku di hati. Biar Fauzi tahu apa yang dia pendam selama ini.
"Eh.. perempuan! Aku ni suami kau tau!!"
"Suami? Huhh.. suami yang menggunakan kekerasan tak layak dipanggil suami."
"Kenapa? Kau nak cakap aku berdosa? Kau lagi berdosa dari aku lah." Belum sempat Fauzi bersuara, Malika menyambung lagi. Berterbangan pergi rasa hormatnya pada suami.
"Akleema Malikah, mulai hari ini aku ceraikan kau dengan talak tiga." Selafaz Fauzi membalas membuatkan suasana hening seketika.
Terpempan Malika mendengar lafaz suaminya.
Duppp... Hatinya tetap terasa bila dilepaskan dengan talak tiga. Sedikit sebanyak dia gembira kerana terlepas dari cengkaman jantan tak guna. Sedih bila memikirkan dia bergelar janda di usia muda, 29 tahun.
"Ya Allah...." rintih Malika. Sungguh besar dugaan Mu. Aku lemah..
"Ibu.. kami ada ibu.. kami sayang ibu." Iris bersuara dan memeluk Malika, air mata Malika diseka. Irfan turut memeluk ibunya memberi kekuatan.
Walaupun baru berusia 7 tahun, tapi anak anaknya cukup matang berbanding budak budak lain seusia mereka. Dari mereka berusia 5 tahun, ibu dan ayahnya selalu bergaduh. Ibu menangis, ayah menjerit jerit memukul ibunya. Dari tidak mengenal apa itu derita, kini hidup mereka cukup sengsara dengan kelakuan ayahnya.
Malika terpaksa mengambil upah tolong orang meniaga nasi lemak dengan upah rm20 sehari. Petang pula, Malika menjual pisang goreng di gerai tepi jalan. Sudah lama Fauzi tak menghulurkan duit. Semua perbelanjaan harian dan belanja sekolah anak anaknya dia yang tanggung. Menyesal tidak mendengar kata orang tuanya supaya sambung belajar dahulu sebelum berkahwin. Itulah padahnya melawan cakap orang tua. Rumahtangga berantakan tanpa restu.
Iris dan Irfan dipeluk kasih. Mereka lah kekuatan dalam hidupnya, merekalah cahaya yang menerangi hidupnya. Syukur kerana dikurniakan sepasang anak kembar yang taat dan patuh.
Dia perlu bangkit untuk anak anaknya. Dia perlu kuat untuk menyara kehidupan mereka. Tiada lagi tempat berpaut bukan bererti hidupnya juga musnah.
'Akleema Malikah, kau mesti kuat. Tabahkan hati. Buang semua keperitan yang Fauzi tinggalkan. Lupakan jantan keparat tu.' Bisiknya di dalam hati.
"Ibu akan jaga Iris dengan Irfan hingga akhir hayat ibu. Biarlah ayah tak ada pun." Kepala anak anaknya diusap.
"Bukanlah ibu, Iris dengan Irfan yang kena jaga ibu." Irfan mencantas kata kata Malika.
"Betul tu, betul." Iris menyambung.
Tergelak Malika dengan telatah anak anaknya. Buah hatinya yang disayangi. Hilang terasa perit di tangannya.
YOU ARE READING
Akleema Malikah (✔)
RandomNamaku Akleema Malikah, bermaksud ratu cantik. Tetapi hidupku tidak secantik namaku. Aku... seorang janda beranak dua. Pagi meniaga nasi lemak, petang meniaga goreng pisang. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Berlakunya tragedi...